BAB 16

Romance Series 17488

Hari Khamis.
"Adi. Kes rompakan yang minggu lepas tu dah settle ke? Ketuanya yang terlepas dah dapat kesan?" Munir bertanya.
"dah.. petang semalam dapat ditangkap masa dia menyorok di rumah ibunya. Kesian aku tengok ibu dia. Terkejut besar dia bila dapat tahu yang anak dia tu rupanya penjenayah dikehendaki. Ibu dia-lah yang telefon Balai lepas ternampak gambar anaknya dekat dalam berita TV. Kan kita sebarkan gambar ketua penjenayah yang terlepas tu dekat semua media massa." Adi bercerita.
"Kesian makcik tu. Mesti hancur kan hati dia bila dapat tahu anaknya tu bukan baik yang selama ini disangka" Munir meluahkan rasa hampanya.
" Tu lah.. kesian sangat aku tengok masa kami buat tangkapan semalam. Langsung dia tak nak sentuh anak dia tu walaupun anak dia merayu mintak ampun segala.. Eh.. yang kau kes rogol tu apa cerita?" giliran Adi pulak nak tahu.
"Pelaku yang disyaki masih dalam reman. Masih dalam siasatan dalam kumpul bukti." Munir menjawab ringkas.
"Oooh.."
"Eh.. petang ni aku nak ambik awek aku balik kerja. Malamnya aku keluar date terus. Jangan tunggu aku." Munir beritahu rancangannya.
"Ambooiiii... bukan main lagi dia sejak dapat awek cun ni.. Nak berkepit aja ye.. jeles pulak aku." Adi meluah rasa hati.
"Nak apit awek yang jinak merpati ni susah tau. Kenalah apit family dia dulu. Senang sikit nak masuk jarum. Kalau tak perit ooo..."
"Memang liat ke awek ni Munir?" Adi teruja untuk tahu lebih lanjut.
"Memang payah.. Sebab dia sendiri dah mengaku yang dia tak nak dulu nak bercinta buat masa ni sebab nak tumpu belajar dulu. Dah habis belajar baru dia akan fikir yang lain." Munir menjawab.
"Laaa.. kau tackle Awek sekolah ke Munir? Apa lah.. takde ke awek yang matang sikit dekat ngan umur kau." Adi mengutuk.
"Dia lepasan STPM lah.. beza 4 tahun aja dengan aku. Apa pulak budaknya.."
"Oooh.. boleh.. boleh.. Sesuai tu dgn kau."
"Aku ni pun jenis susah juga nak buka hati aku ni kat perempuan lepas aku patah hati 3 tahun lepas. Entah macamana bila jumpa dia ni kat rumah sepupu aku baru ni, tiba-tiba pulak hati aku lain macam. Asyik ingat dekat dia aja. Bila aku try apit, dia ok aja. Tak menolak. Ramah aja bila berborak. Aku pun apa lagi.. tengah slow-slow lah ni kayuh. Mak aku pun berkenan sangat. Katanya kalau boleh mak aku nak juga dia dijadikan menantu. Kau rasa kalau kau jadi aku, nak tolak ke.. nak terima bila semua bagi ?"
"Gila nak tolak. Dah lah Cun giler. Lepas tu family kau pulak sokong. Memang tak boleh dilepaskan lah jawapanya.." Adi menjawab.
"Tau takpe." munir pulak membalas.
Tengah rancak berbual..
"Tuan Munir.. Tuan Adi.. DSP panggil mintak masuk ke biliknya.." seorang pegawai rendah menyampaikan pesanan.
"Alamak.. ada apa tuan nak jumpa kita ni? Suspen pulak aku. Ke dia nak tanya perkembangan kes kita ni?" Adi seakan terkejut dan cuak apabila dapat arahan berkenaan.
"Kita positif aja lah.. Siap sedia kan aja maklumat kes kalau Tuan tanya nanti. Mesti dia tanyakan pasal kes Yang kita handle tu. Jom lah. Nanti Tuan bising pulak."
mereka pun terus bergerak ke bilik Tuan DSP.
Selepas setengah jam berbincang di dalam bilik DSP, mereka pun keluar dengan perasaan lega.
"Fuhhhh.. lega hati aku. Ingatkan nak kena basuh tadi. Rupanya nak ucap tahniah sebab sejak kita berdua masuk unit sini kes banyak yang dapat diselesai." Adi meluah rasa leganya..
"Tu lah.. aku pun cuak juga tadi takut ada kes malam ni suruh buat ambush. Dah lah janji nak ambik awek balik kerja hari ni. Kalau tak ambikkan nanti, mampus awek aku nak balik naik apa. Dah lah dia tu takde transport. Naya awek aku tu nanti oooiiii.. dikebas orang"
"Ipar dia tak datang ambik ke?"
"Ipar dia amanahkan dekat aku mintak tolong jemput dia balik sebab dia orang balik kampung."
"Oooh.. ni kira sambil menyelam, kau minum airlah ye.. Skali ajak keluar dinner?"
"Camtu lah lebih kurang.. Bila lagi nak mula langkah kan.."
"Betul.. betul.. betul.."Adi menyokong.

5.00ptg..
"Munir. aku tumpang kau balik. Kereta aku adik aku pinjam lah.. eh!? Lupa pulak aku.. Awek kau balik kerja pukul berapa? Nanti aku kacau daun pulak."
"Dia balik pukul 7 mlm. Sempat aku balik mandi salin baju pakai smart-smart. dah nak dekat pukul 7 baru aku gerak ambik dia. Tempat kerja dia tu bukannya jauh dari rumah kita pun"
"Oooh.. kerja shif ke.. ok.. Terlebih sempat pun."
"Esok aku seharian takde tau. Jangan cari aku. Aku date dengan dia sepanjang hari. Dah dapat lampu hijau dari kakak dan ipar dia. Siap pesan suruh jaga elok-elok lagi.."
"Hamboiiiii... deting sakan kau ye Munir. Bestnya lah hidup kau. Ye lah.. kami tak akan kacau. Kecuali kalau ada hal kecemasan ye.. baru aku kacau tau.."
"Ye... Jom lah kita balik. Ada lagi tugasan yang kau nak buat sebelum kita balik?" Munir bertanya.
"Emmm.. macam dah takde. Jom lah.. Nanti kau lambat pulak nak bersiap."
Munir tak menjawab dan hanya tersenyum.

6.30 petang..
Selepas bersiap, Munir turun dari bilik untuk memandu ke tempat kerja Liya. Sebaik melintas ruang tamu.
"Amboiiiii.. berapa banyak minyak wangi kau sembur badan kau ni Munir. Semerbak harum satu rumah ni baunya."
"Sibuk lah kau. Aku nak pegi dah ni. Ada hal penting aja call aku tau. Kalau tak penting, jangan kacau."
"Ye.. Happy dinner bro. Kirim salam kat awek kau tu."
"Eeehhh.. suka hati kau aja nak kacau daun.. ye.. aku sampaikan nnt."

Munir pun trus start kereta dan perlahan meninggalkan perkarangan rumah.
Sesampai nya di tempat kerja Liya, Munir cuba naik ke atas pasaraya untuk mengintai situasi Liya. Dilihatnya Liya sedang sibuk melayan pelanggan yang ramai dan dibantu pula dengan rakan setugas yang lain, Munir mematikan niatnya untuk bertemu Liya di department. Munir turun semula di tempat letak kereta dan hanya menunggu Liya di dalam kereta sambil baring merendahkan seat mendengar lagu.
Sedang leka Munir melayan lagu sambil menyanyi, tiba-tiba pintu keretanya diketuk dari luar. Munir terkejut lalu terus memandang ke arah orang yang mengetuk tingkap keretanya.
Bila menyedari yang di luar kereta nya adalah Liya, cepat-cepat Munir buka lock pintu dan membenarkan Liya masuk dalam kereta.

"Humairah lupa yang hari ni Munir ambik Humairah balik. Puas Humairah cari kelibat kereta Along. Bila nampak kereta Munir, baru Humairah teringat. Lama ke tunggu? Aduhaiiii.. penatnya.." Liya merebahkan badannya ke kerusi tempat penumpang sebelah Munir.
"Kesian Humairah.. Penat sangat ke ni? Munir ingat nak ajak Humairah dinner luar lepas Isyak ni. Tengok Humairah macam penat sangat, tak sampai hati pulak." Munir luah rasa simpati nya.
"Nak ajak Humairah dinner ke? Emmmm.. Along takde dekat rumah kan? Mesti takde makanan dekat rumah. Nanti Humairah lapar pulak. Boleh lah. Nanti lepas Isyak, Munir ambik Humairah. Harap Humairah tak terlelap lah. Kalau Munir dah sampai, munir call no ni. Bagi handphone Munir, Humairah masukkan nombor nya."
Munir serahkan telefon bimbitnya dan membiarkan Liya menaip no.
"Eh!? kenapa gambar kita berdua yang jadi wallpaper Munir ni?"
"Saja nak buat kenangan. Buat Munir ingat selalu dekat Humairah."
"Simpan takpe. Janji jangan nak dibuat jampi serapah semua tu yedejat gambar Humairah tu tau." Liya beri amaran.
"Mana ada. Takkan lah Munir nak buat macamtu. Syirik lah tu semua."
"Takdelah.. Humairah ingatkan aja. Dah lah.. Jom hantar Humairah balik. Dah maghrib ni. Nanti Munir tak sempat pulak solat maghrib."
"Munir singgah masjid sini aja untuk solat maghrib dan Isyak. Malas nak balik. Selesai solat, Munir datang Jemput Humairah."
"Ok.."
Munir mula bergerak meninggalkan perkarangan pasaraya tu. Tak sampai 1 minit bergerak, munir menoleh ke arah Liya.
"Laaa.. senangnya terlena. Penat sangat lah ni. Kesian... Tak sampai hati pulak nak kejutkan. Tapi aku nak kena pegi solat maghrib. Macamana ni?" Munir bersoal jawab sendiri.
sebaik sampai di halaman rumah Along,..
"Humairah.. Humairah.. dah sampai rumah ni. Bangun lah.. Nanti tak sempat nak solat maghrib."
Mendengarkan namanya diseru berkali-kali dan hidungnya dicuit, terus dia terjaga.
"Humairah tido ke tadi. Ya Allah.. perjalanan dekatbpun Humairah boleh terlelap ke? Aduhaiii... sory munir."
"Takpe.. dapat lah juga Munir tengok muka orang tu tido. Macam sleeping beauty aja Munir tengok. Tetap cantik walaupun tengah tido." Munir memuji.
"Eeehhhh.. dah lah. Humairah nak. masuk rumah lah. Munir tu.. cepat sikit pergi masjid. Nanti tak sempat nak jemaah solat maghrib." Liya memberi arahan.
"Humairah yang tak turun lagi. Macamana Munir nak pergi masjid."
"Eh!? Sory.. terlupa. Ok.. bye.. nanti call kalau dah sampai. Assalamu'alaikum.." Liya terus keluar kereta dan buka pintu rumah. Sebaik aja Liya masuk rumah dan menutup pintu, baru lah Munir bergerak meninggalkn halaman rumah Along menghala ke masjid.

Manakala Liya pula terus mandi dan solat maghrib. Selepas solat, Liya termenung depan almari baju yang sedang terbuka luas dan sedang berfikir pakaian yang macamana dia nak pakai nak keluar dengan Munir sekejap lagi.
"Aaahhhh.. bantai aja lah. Nak keluar makan aja kan. Bukannya nak candle light dinner."
terus aja Liya capai sehelai baju blause biru muda, seluar jeans dan selendang warna merah jambu.
Selesai solat Isyak, Liya bersiap ringkas dengan makeup nipis dan hanya lipstik nipis.
Sebaik sahaja selesai membetulkan tudungnya, telefon rumah berbunyi.
"Hello.. Assalamua'laikum.."
"Wa'alaikumussalam... Alahaiiii.. sedapnya suara bila angkat telefon.. bergetar terus jantung Saya. Dah siap ke?"
"Dah.. kejap lagi keluar. bye.."
Terus Liya letak telefon. Dengan pantas dia capai handbag, capai kasut dan terus keluar rumah. Sebelum itu dia menutup semua lampu kecuali lampu dapur. Siap mengunci pintu dan pagar, Munir dah siap sedia membukakan pintu kereta untuk Liya.
"Silakan My Princess."
"Apasal sweet sangat ni.. semacam pulak Humairah rasa." sambil tu Liya duduk masuk dalam kereta.
"Sekali sekala.. Tak salah kan?" Sebelum Munir menutup pintu kereta Liya.
Munir masuk semula dalam kereta dengan wajah masih tersenyum..
"Tau lah awak tu lagi nampak hansem kalau senyum macam tu. Jangan lah nak meleret sangat senyum tu. Semacam pulak Humairah tengok."
"Takkk... Humairah nampak lain sangat malam ni. Nampak lagi cantik bila simple macam ni." Sambil memandu keluar dari kawasan perumahan tu, Munir sekali sekala menjeling ke arah Liya.
"Awak.. please fokus on your drive. Humairah tak Selasa lah.."
"Ok.. Ok.. Sory.. Sory.. I'll focus on road now. Sorry dear.."
"Good boy. Now kita nak dinner dekat mana? Jangan jauh sangat.Nanti lewat pulak sampai rumah.Kan kita nak keluar lagi esok?." Liya mengingatkan.
"Ye.. Munir ingat.. Kejap lagi kita sampai destinasi pilihan Munir."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience