"Sayang.. Jom lah kita kawin.Family abang semua dah ready nak pinang sayang."
"Abang dah cerita dekat family abang ke pasal kita? Awalnya?"
"Ibu abang. Masa masuk bilik abang dia terjumpa gambar sayang dekat tepi katil. Selalu tu abang letak dalam laci. Entah kenapa pagitu abang lupa simpan semula gambar sayang masuk dalam laci. Tu yang ibu jumpa. Balik kerja, apa lagi.. kena soal siasat lah dengan family."
"Abang cerita lah semua pasal Liya?"
"Abang cuma bgtahu yang Liya asal masa, umur berapa dan cakap yang kita baru aja kenal dalam 2 bulan. Kenal hati budi pun belum."
"Ok.. Yang kata family abang dah ready nak masuk meminang tu, dia orang dah nampak Liya ke?"
"Dah.. Dia orang buat kerja dalam diam. masa tu abang tak sempat langsung nak bagitahu sayang. Dia orang datang secara mengejut."
"Haa!!!?? Bila!!?? Sampai hati abang tak bgtahu Liya. Buat rancangan langsung tak bincang dulu."
"Abang dah kata tadi kan. Tak sempat. Semalamnya dia orang jumpa gambar, esoknya buat rombongan mengejut intai Liya. Siap pura-pura jadi customer lagi. Kejao.. abang tunjuk gambar dia orang." Sham mengeluarkan walletnya dari poket belakang dan dikeluarkannya sekeping gambar dan tunjuk pada Liya.
"Ada tak family ni datang beli sandle?"
Berkerut wajah Liya cuba mengingati sesuatu
"Haah.. ada.. Family abang ke ni?"
"Ye... Dia orang lah tu.. banyak kali juga kan dia orang datang?"
"Haah.. tapi masa tu Liya tengah sibuk layan customer. So tak dapat nak layan lah sangat. Sekadar tanya khabar aja lah.. Patut juga ibu abang kata dia ada anak kerja sini juga. Tapi tak sempat liya nak tanya siapa."
"Ye... banyak kali nak datang sebab katanya tak jemu mata memandang. Makin dipandang makin memikat hati diaorang kata."
"Yang ibu abang kata dah tak lama lagi nak dapat menantu tu, siapa yang ibu maksudkan? Abang ke?"
"Ye.. nak bermenantukan sayang lah.."
"Abang.. Liya tak bersedia lagi lah.. Muda sangat rasanya nak lalui alam tu. Janggal sangat rasanya."
"Maksud sayang? Sayang tak nak jadi suri hati abang?"
"Bukan tak sudi, cuma belum bersedia. Liya nak terima cinta abang dulu pun Liya nak kena belajar ambil masa yang lama. Ini lagi untuk Liya mengakhiri alam remaja Liya. Mestilah Liya kena belajar banyak perkara. Bukan mudah tau untuk bergelar isteri. Kena bersedia dari segi rohani emosi dan fizikal tau."
"Wow.. Sayang dah buat kajian ye.."
"Tu sebab Liya kata, bagi Liya masa. Kita kenal hati budi masing-masing dulu. Belajar terima baik buruk diri masing-masing. Memahami dulu satu sama lain. Serasi atau tak. Lepas tu baru lah kita boleh buat keputusan yang perlu."
"Liya tak cintakan abang sepenuh hati Liya ke?"
"Abang.. Liya tetap cintakan abang. Tapi kalau cinta semata yang ada dalam rumahtangga, takde maknanya kalau tak saling memahami dan menerima baik buruk pasangan tu. Liya baru 2 bulan kenal abang. Kenal abang sepenuhnya pun belum lagi. Siapa diri abang yang sebenarnya pun Liya masih belum tahu. Abang mungkin lah juga dah siasat tentang Liya dengan merisik cerita dekat abang said. Liya ni? Nak dirisik dekat siapa? Paling tidak Liya nak lah juga kenal abang ni yang macamana. Bila kita dah berumahtangga nanti, mudah lah untuk Liya jaga abang."
"Rumit juga ye nak siapkan diri jadi isteri ni ye?"
"Tahu pun.. Dari situ lah nanti baru boleh rasa nikmat bahagia tu macamana.. saling memahami dan saling menghormati satu sama lain."
"So.. lambat lagi lah ni?"
"Bagi Liya masa, abang..Kalau masa nak terima cinta abang dulu Liya ambik masa lama. Nak buat persediaan sebagai isteri ni lagilah lama. Kalau abang boleh sabar menunggu, abang tunggu. Kalau tak sanggup tunggu... rasanya..."
"Sayang jangan nak kata kita putus ye.. Abang tak nak. Dengan susah payah abang nak dapatkan sayang, takkan abang nak lepaskan sayang macam tu aja. ooh.. tidak.. abang tak akan lepaskan sayang pada sesiapa pun. NO.. NO.. NO.. NO WAY!!! " Sham bertegas.
"Kalau macam tu.. kenalah abangvterus sabar menunggu..
Abang.. boleh ke Liya ni nanti bahagiakan abang. Dah lah kita ni jarak umur jauh berbeza. Mampu ke abang ikut rentak Liya yang masih remaja ni?" Liya tiba-tiba bertanya soalan lain.
"Abang lagi lah rasa muda bila dengan sayang. Balik semula macam remaja semula pulak." sambil senyum Sham buat pengakuan.
"Family abang memang lah dah boleh terima Liya, tapi di pihak Liya macamana? Kalau ada halangan macamana? Dah lah kita bercinta ni pun dalam diam. Keluarga Liya pun tak tahu. Kalau mereka dah tahu dan melarang sepenuhnya. macamana abang nak buat?"
Pendengarkan pertanyaan Liya, Sham jadi terdiam. dia tiada jawapan untuk pertanyaan Liya itu.
"Sayang.. sebenarnya hubungan kita memang dah dikesan abang Ipar Liya. Dia dah jumpa abang dan dah buat amaran supaya jangan ganggu Liya lagi. Betul sayang. Hubungan kita ini memang dah dapat halangan. Abang akan cuba pertahankan cinta kita selagi mampu kerana yang menghalang itu bukan waris terdekat Liya. Demi cinta kita, Abang akan bertahan." Dalam hati Sham berkata-kata sendiri meluahkan isi hatinya sendiri sambil memandang Liya.
"Kenapa abang pandang Liya macam tu? Abang ada sembunyikan apa-apa ke yang Liya tak tahu?" Liya bertanya.
Sham hanya menggeleng kan kepala sambil tersenyum.
Jam ditangan di pandang.
"Jom naik. Ada 5 minit lagi nak habis rehat."
Sambil itu Sham memegang kedua tangan Liya dan menarik Liya untuk berdiri. Selepas itu mereka masuk bertugas ke department masing-masing.
Di konti...
"Sham.. aku nak tanya sikit ni. Aku harap kau tak marah lah.."
"Ada apa? Soalan kau ni menakutkan aku lah.. apa dia. tanya lah?"
"Semalam aku ada nampak abang ipar Liya jumpa kau. Ada apa halnya? Serius aja bincangnya dengan kau?"
"Kau nampak ke? Kau kat mana masa tu?"
"Aku masa tu dari atas nak pegi jumpa Musli kat store. Aku ingat nak singgah konti kau kejap.Tapi bila nampak kau dengan ipar Liya, tak berani nak kacau sebab macam tegang sangat kau dengan ipar Liya tu. Apa yang jadi sebenarnya?"
Pertanyaan Said, Sham tak jawab. Lidahnya seakan kelu untuk menjawab.
"Sham.. kau jangan sorok apa-apa dari aku. Kalau pasal Liya, aku nak kena tahu juga. Ipar Liya tak suka kau dengan Liya kan? Sebabnya aku dengar tak dengar aja yang ipar Liya tu bagi amaran dekat kau suruh jangan kacau dia lagi. Betul kan apa yang aku dengar ni?"
Sham duduk di kontinya sambil tunduk.
"Betul lah tu yang kau dengar. Hubungan kami dah dapat halangan. Tadi Liya ada tanya dekat aku pasal hal ni juga. Aku tak boleh nak jawab Said. Selagi daya aku akan cuba pertahankan cinta kami. Aku tak nak Liya tahu pasal ni. Tolong Said. Kau rahsiakan dari semua orang. Terutamanya Liya. Jangan sampai Liya tahu. Biar aku yang sakit. Aku tak nak Liya yang sakit."
"Besar pengorbanan kau ni Sham."
"Liya cinta Agung aku sekarang. Selagi mampu aku akan pertahankan. Kalau aku tak mampu, biarlah aku yang buat pengorbanan. Biar aku yang sakit dan merana.Jangan Liya."
"Kau dah bersedia hadapi semua ni Sham? "
"Dah.. dari mula aku terima cinta Liya lagi aku dah bersedia apa juga cabaran dan dugaan. biarpun perit. Aku sanggup buat apa pun asalkan aku dapat Liya. Kalau terpaksa aku lepaskan aku akan lepaskan walaupun aku sendiri rasa sakit"
"Sham.. Aku doakann kau kuat semangat nak lalui dugaan ni. Kalau aku mungkin hal ni aku dah bagitahu Liya. Tapi kenapa kau diamkan dari Liya?"
"Liya rapat denga iparnya. Aku takut dia tak percaya. Takpelah. Biarlah ianya jadi rahsia. Apa pun jadi dekat aku, tolong rahsiakan dari Liya. Aku tak nak Liya tahu."
"Ni.. ada lagi satu soalan. Kau tadi melamar Liya ke?"
"Pun kau dengar ke? Dasyat betul lah telinga kau ni."
"Aku tadi turun nak cari kau ada hal sikit. Nampak kau tengah borak dengan Liya. Ingat nak tegur lah. Bila terdengar kau tengah melamar, tak jadi lah aku kacau. tu aku naik balik.
"Haah.. saja lah aku tanya dia. Kalau dia setuju, ingatkan masa dia balik ambik result STPM tu nanti aku nak bawa family aku masuk meminang Liya terus. Tak payah jumpa ipar dia tu."
"Habis tu Liya jawab apa?"
"Kau tahu ajalah perangai Liya kan. Dia kan tak suka yang tergesa-gesa ni. Dia perlukan masa untuk buat keputusan. So kena lah tunggu juga. Aku risau juga sepanjang aku menunggu. Macam-macam boleh jadi. Aku risaukan ipar dia tu."
"Sabarlah Sham. Kalau Liya tu jodoh kau. Insyaallah kau boleh lalui dugaan ni." Bahu Sham ditepuk oleh said bagi membakar semangat sahabatnya itu.
Share this novel