Bab 19

Romance Series 17488

Selepas salin pakaian yang sesuai, Liya dan Munir mencari tempat yang sesuai untuk mereka main air. Setelah jumpa, perlahan-lahan mereka turun ke dalam air. Kesejukkan suhu air tu membuatkan Liya menggigil sejuk. 15 minit aja Liya mampu bertahan dalam air. Selepas itu Liya naik atas batu.
"Kenapa cepat sangat naik." Munir bertanya kehairanan bila dilihat Liya dah naik rehat atas batu.
"Sejuk sangat lah. Humairah tak tahan. Kejap lagi Humairah turun semula."
"Apa ni saaa..." Munir tak sempat habiskan ayat bila liya meletakkan jari telunjuk di mulutnya tanda amaran.
"Opssss... Apa ni Humairah.. Tak aci lah tinggalkan saya sorang dalam air ni."
"Kejap lah.. sejuk sangat lah. Macam dalam ais."
Belum sempat Liya habiskan ayat, Munir siram air bertalu-talu ke arah Liya. Tindakan Munir buatkan Liya terjerit-jerit. Selepas itu Munir tarik Liya masuk dalam air. Lagi sekali Liya terjerit.
selepas 15 minit berperang air berdua. Munir mengajak Liya naik duduk atas batu menghilangkan sejuk.
"Munir jahat lah.. sayang dah lah tak tahan sejuk. Dera sayang macam ni." Liya meluah rasa dalam nada perlahan sebaik aja Munir datang duduk rapat menyandarnya.
"Sayang sejuk ke? Meh sini Munir Tolong panaskan." Munir mengusik dalam nada perlahan.
"Jangan nak mengada ye.. haa.." serentak itu juga liya mencubit pinggang Munir.
"Aduhhhh... sakit lah.." Munir terus tangkap tangan Liya dan tidak dilepaskan.
"Jangan lah pegang. nanti orang nampak. Malu lah."
"Depan kita ni mana ada orang. Takde yang nampak pun."
"Mengada-ngada lah Munir ni."
"Hari ni aja. Lain kali tak tahu bila lagi boleh nak manja-manja dengan sayang macam ni."
Munir meletakkan kepalanya di bahu Liya.
"Manja sangat ni kenapa? Lain macam pulak sayang rasa."
"Sayang rasa apa bila Munir manja dengan sayang macam ni? Cakap lah. Nak juga tahu."
"Entah. Rasa pelik. Meremang aja rasanya."
"Opsssss... ok rasa tu simpan dulu jangan cerita dekat Munir sekarang. Nanti Munir pulak yang rasa lain macam." Kemudian Munir turun semula ke dalam air. Melihat Liya masih di atas batu, Munir tarik Liya masuk ke dalam air. Akibat dari kurang imbangan, Liya terjatuh ke arah Munir dan secara automatik Munir terpeluk Liya di dalam air. Dalam beberapa detik mereka kaku bergitu. Sebaik aja Liya tersedar, Liya menolak Munir dan bergerak menjauhkan dirinya dari Munir dan memilih sudut bermain air yang agak jauh dari Munir. Tindakan Liya secara tiba-tiba itu buatkan Munir terkejut dan hairan. Perlahan-lahan Munir bergerak mendapatkan Liya.
"Sayang.. kenapa ni? Marahkan Munir ke?"
Liya tak menjawab malah mengelak dari dihampiri Munir. Sekali lagi Munir cuba dapatkan Liya.
"Sayang.. Kalau Munir ada buat Salah, cakap lah.. Munir boleh betulkan." Munir cuba memujuk lagi. Liya sekali lagi cuba nak larikan diri dari Munir. Tapi kali ni Liya tak dapat lepaskan diri disebabkan Munir dah pegang tangan Liya dahulu.
"Sayang.. cakap lah.. Kalau terus membisu macam ni, macamana munir nak tahu kenapa sayang merajuk tiba-tiba macam ni. Munir tak pandai lagi nak selam dalam hati sayang apa yang sayang tengah rasa sekarang ni. Sayang.. Pleaseee... Talk to me..."
Liya terus menundukkan muka tidak mahu bertentang mata dengan Munir.
"Sayang.. Jangan lah macam ni. Sayang tiba-tiba berubah lepas sayang terjatuh ke dalam pelukan Munir. Kalau itu menjadi kesalahan yang paling besar, Munir mintak maaf. Munir tak sengaja. Benda tu kemalangan kan. Hal yang tak disengajakan.. Munir pun terkejut."
Liya dilihat sudah mula menggigil kesejukan..
"Ok sayang.. Jom kita naik rehat atas batu semula. Sayang dah kesejukan ni."
Munir pimpin tangan Liya dan tarik Liya naik ke atas batu.
"Sayang.. Sayang pandang Munir sekarang." Munir mengangkat dagu Liya dan mendongakkan wajah Liya sehingga mata Liya memandang ke arahnya. Pandangan mata mereka bersatu seketika.
"Sekarang sayang cerita dengan Munir. Kenapa tadi tu? Kenapa sayang lari jauhkan diri dari Munir." Munir memujuk lagi.
Kali ini kelopak mata Liya bertakung dengan air mata dan akhirnya gugur jatuh ke pipi.
"Heeiiiii.. kenapa ni? Sayang.. jangan lah takutkan Munir. Cakap lah sesuatu." sambil itu jarinya menyekat air mata yang gugur di pipi Liya.
"Sayang tak marah dengan Munir. Cuma sayang tengah kawal diri. Sayang rasa lain macam masa Munir peluk sayang tadi. Lepas tu datang perasaan yang secara tiba-tiba macam sayang nak buat lebih dari tu. Sayang tahu itu hasutan iblis. Itu sebab sayang tolak Munir dan jauhkan diri dari Munir. Sayang takut sayang tergoda dengan hasutan iblis tu. Sory.. Takde niat pun nak buat hal dengan Munir."
Mendengarkan penjelasan Liya, Munir tersenyum nakal dan mencubit hidung Liya.
"Ingat merajuk kenapa lah tadi.. Buat Takut Munir aja."
"Tengok tu.. sempat lagi usik sayang kan?" Liya buat suara merajuk lagi.
"Comel lah sayang buat muka macam tu. Buat lagi? Geram pulak Munir."
'Haa.. tengok lah tu. Saja kan.."
"Sayang ingat tadi Munir tak rasa lain macam ke bila kita tiba-tiba macam tu? Nasib baik sayang tolak Munir tau. Kalau tak... aduhaiiii.. tak tahu lah apa yang Munir akan buat dekat sayang tadi." Munir membuat pengakuan.
"Haaaa... kan.. Nasib baik sayang sedar cepat. Eeeee... sayang tak nak ingat lah hal tadi. Jom kita salin baju. Perut sayang lapar lah. Dari tadi kita tak makan lagi. Leka main air sampai lupa nak makan."
"Ye lah.. Sayang cakap lapar, baru Munir terasa lapar. Jom kita naik sana beli makanan dekat gerai atas sana. Lepas makan baru kita salin baju dan balik."
"Jom"
Munir memimpin tangan Liya dan berjalan bergandingan ke gerai berhampiran.
Sampai di gerai..
"Assalamu'alaikum.. Pakcik.. Lamanya tak jumpa. Pakcik sihat?"
"Alhamdulillah.. sihat.. Tu lah.. lama betul tuan tak datang sini. Selalu tu datang dengan kawan-kawan. Hari ni bawa buah hati ke?" Pakcik tu mengusik.
"Odah.. tengok ni.. Siapa yang datang. Lama betul dia tak ke sini." Pakcik tu memanggil isterinya.
"Siapa abang?" selepas makcik tu terpandang Munir.
"Laaa.. Munir ke. Lamanya tak datang sini. Merajuk lagi ke?" Munir terus bersalaman dengan kedua orang tua itu. Liya pun turut sama bersalaman.
"Mana ada merajuk.. Banyak operasi lah kebelakangan ni sampai tak dapat nak cuti. Hari ni baru lah dapat cuti. Tu yang datang sini." Munir memberi penjelasan.
Sebaik Liya bersalaman dengan makcik tu, tangan Liya tak lepaskan. Makcik tu pegang tangan Liya.
"Munir... dah ada pengganti ke ni? Cantik orangnya.. Kan bang?"
Pakcik tu tak jawab. Hanya tersenyum sambil menepuk bahu Munir.
"Bukan pengganti lah Mak Odah. Orang baru. Yang lama tu dah jadi sejarah." Sambil bercakap mata Munir menjeling ke arah Liya.
'Ehhh.. duduk lah. Mak Odah masakkan makanan kegemaran kamu sekejap lagi. Mesti kamu lapar. Siapa nama orang baru ni Munir?".
"NurAtiliya Humairah nama dia Mak Odah."
"Sedap namanya secantik orang nya juga. Mak Odah suka pilihan Munir." Sambil itu tangan Mak Odah ligat siapkan bahan untuk masakkan makanan kegemaran Munir.
"Terima kasih Mak Odah. Doakan saya ye semoga yang ini menjadi." sambil itu Munir capai tangan Liya, digenggam dan disorok tangan Liya di sebelah peha dia."
"Munir.. apa ni. Malu lah dengan pakcik dan. makcik."
"Tak payah nak malu lah Humairah bila dengan pakcik dan makcik ni. Makcik ni jenis Moden. Jangan buat yang tak senonoh dah lah. Tu aja." Mak Odah berpesan.
Liya terus cubit Munir.
"Sakit lah sayang.. kenapa cubit.. Mak Odah dengan Pakcik Din sporting lah. Dah 3 tahun tau Munir kenal mereka ni. Tanya mereka berdua ni. Ada pernah Munir bawa perempuan lain ke sini? " Munir bertanya dekat Liya.
"Munir ni kan Humairah memang tak berapa suka layan perempuan. Bukannya takde yang cuba ngorat dia ni. Ramai aja. Termasuk lah anak mak Odah. Dia pun pernah cuba nak ngorat Munir. Tapi Munir tak layan. Orang muka hansem macam Munir ni, memang ramai yang kejar. Cuma Munir ni aja yang tak nak. Bila hari ni dia tiba-tiba bawa perempuan masuk gerai Mak Odah ni, terkejut juga kami." Mak Odah bercerita.
"Ok..Semua dah siap. Ni lah makanan kegemaran Munir bila tiap kali datang sini. Humairah cuba lah. Kot lah juga boleh masuk tekak Humairah." Mak odah mempelawa Liya.
Bila makanan dah terhidang di atas meja Munir dan Liya, Liya seakan terkejut.
"Ini pun memang makanan kegemaran saya juga mak odah. Patut lah Munir pandai makan lauk ni semua masa kami dinner semalam. Rupanya ni pun makanan kegemaran Munir ke?" Liya minta kepastian.
"Ye.. Yang Munir oder semalam tu memang ikut selera tekak Munir. Saja Munir nak tengok sama ada sayang boleh makan atau tidak. Rupanya apa yang Munir oder tu pun makanan kegemaran sayang. Itu sebablah Munir bawa sayang sini sebab dari gerai sini lah Munir belajar makan tu semua.." Munir bercerita.
"Dahlah..jangan nak bersembang sangat Kata lapar tadi. Jemput makan Humairah. Mak Odah harap Humairah suka lah."
Munir dan Liya pun mula makan.
Selesai makan...
"Alhamdulillah.. terima kasih mak Odah.. Pakcik Din. Sedap sangat masakkan mak Odah. Rindu pulak Humairah dengan mak dekat kampung. Sama sangat rasanya dengan mak masak."
"Humairah asal dari mana? " Mak Odah bertanya.
"Dari Pahang Mak Odah. Orang pantai timur. " Munir menjawab.
"Patutlah cantik orangnya. Orang sana kan cantik comel semuanya. Macam Siti Nurhaliza tu.." Mak Odah membalas.
"Hisyyyy.. Mak Odah ni.. Saya ni tak lah secantik Siti tu. Dia lagi cantik."
"Sayang.. Jom salin baju. Dah masuk asar ni. Jom kita solat. Lepas tu kita balik terus."
"Munir.. pegilah dekat rumah Mak Odah sana kalau nak salin. Macam biasalah. Si Atan ada dekat rumah tu. Pegilah."
"Baik Mak Odah. Dah bersiap nanti kami datang sini semula."
Munir pun bergerak dahulu dan disusuli Liya di belakangnya.
"Munir.. jauh ke rumah Mak Odah?"
"Tak jauh.. Kita jalan kaki aja. Sebelum tu kita ambik bag kita dulu jom."
Selepas ambil bag, Munir berjalan menghala ke arah sebuah jalan kecil yang hanya muat satu kereta aja laluannya.
"Munir.. Ini ke rumah Mak Odah?" Liya tanya sebaik aja sampai di halaman rumah Mak Odah.
"Haah.. Rumah kampung aja. Tapi hiasan dalaman dia memang cantik."
Munir memberi salam berkali-kali.
"Wa'alaikumussalam... Eh!? Abang Munir.. Lamanya lah tak ke sini. Dah merajuk ke.." Muncul seorang budak muda menuruni anak tangga dan mendapatkan Munir. Mereka bersalaman dan berpelukan.
"Abang sibuk sangatlah sebulan dua ni. Lagi-lagi bila dah pindah cawangan mula bulan lepas ke Gombak." sambil itu Munir naik tangga masuk ke dalam rumah.
"Amboiiii.. abang sekarang ni dah makin berseri ye.. Kalau tak.. susah nak nampak senyumnya.."
"Teruk sangat ke muka abang sebelum ni sampai puji melambung macam ni."
"Dulu teruk lah juga.. Sekarang ni dah berubah berseri-seri sejak akak ada."
"Dah lah.. Bilik abang dah ready?"
"Dah.. memang selalu ready. Bilik Akak yang hujung tu. Ada bilik air skali tu. Boleh lah bersiap."
"Terima kasih."
Liya masuk bilik dan terus mandi, solat dan bersiap. Selesai bersiap, Liya keluar bilik. Sebaik aja Liya keluar bilik, Munir dah siap menunggu di ruang tamu sambil rancak berbual dengan Atan.
"Amboiiii.. rancaknya berbual. Mesti banyak yang diborakkan tu sebab dah lama tak jumpa kan." Liya menegur.
Mendengarkan teguran Liya , Munir menoleh.
"Woww... Cantiknya sayang hari ni. Rasanya kita takde janji nak dinner kan?"
"Memang lah takde. Habis tu.. baju ini aja yang sayang bawa, sayang pakai lah."
"Akak pakai apa pun cantik kak kalau dekat mata abang tu. Sebab dia tengah angau dekat akak. Lain lah kalau dia tak suka dekat akak, Dressing lah macamana pun tetap akan nampak tak cantik dekat mata dia."
"Hishhh... kau Ni atan. Jangan lah usik abang. macam tu."
"Tapi betul lah apa abang cakap tadi tu. Akak nampak cantik hari ni. Patut juga lah abang gila bayang kat akak."
"Dah lah Atan.. Jangan puji melambung sangat akak ni. Kalau tak nanti akak tukar baju ni pakai kain batik t-shirt aja lah. Baru semua tak pandang akak sangat.. hahaha.."
"eeehhhhh... dah lah. Jom kita jumpa Mak Odah dekat gerai. Nanti lambat pulak kita nak balik Gombak." Munir mengajak.
"Atan pun nak pergi gerai ni. Nak tolong ayah mak kemas gerai. Kejap lagi nak tutup tu."
"Kalau macam tu, jom lah." Munir mempelawa.
Mereka pun bergerak bersama ke gerai..
Sampai di gerai, Munir dan Liya bersalaman dengan Mak Odah dan Pak Din.
"Kami nak mintak diri dulu. Insyaallah kalau ada masa lapang kami datang lagi."
"Ini Mak Odah ada buatkan bekalan untuk kamu berdua. Satu sorang ni. Kalau kamu berdua serumah, senang. Mak Odah bungkuskan satu aja." sambil tu Mak Odah menghulurkan 2 bungkusan plastik kepada Liya.
"Apa ni mak Odah ni.. Buat susah-susah aja. Terima kasih mak Odah.." Ljya menyambut bungkusan berkenaan dan serahkan kepada Munir satu.
"Lepas ni jangan lupa datang sini lagi. Jangan pulak lupakan Kami semua." Pak Din berpesan.
"Insyaallah.. ada kelapangan nanti kami datang lagi. Kami balik dulu. Assalamua'laikum..."
"Waalaikummussalam... Hati-hati memandu tu Munir." Atan berpesan.
Liya dan Munir masuk ke dalam kereta dan mulakan perjalanan keluar dari pusat perkelahan itu.
"Sayang.. jangan tidur tau. Temankan Munir drive." Munir berpesan kepada Liya sebab dia tahu Liya akan tertidur andai suasana sunyi.
"Insyaallah.. tapi tak janji. Kalau dibuatnya mata ni terlelap juga, nak buat macamana kan." Liya menjawab.
"Kalau sayang tidur juga, Munir gigit sayang. Munir tak Kira." Munir mengugut.
"Ok.. Sayang cuba tak tertidur. Sayang cuba tau.." Liya membalas.
Sebaik aja Munir melepasi laluan jalan yang sempit itu, Munir toleh ke Arah Liya.
"Tidur?? Senang betul dia tidur. Tak aci betul.. Nanti dia.." Munir merungut sendiri.
"Sayang... Sayang.. Bangun lah sayang... kan suruh temankan Munir drive. Jangan lah tido.." Pipi Liya diusik hidung Liya diusik berkali-kali merayu agar Liya terjaga.
"Sayang mengantuk sangat lah.. Bagilah sayang lelap kejap.. Please.." dalam keadaan Liya masih pejam mata, liya menjawab.
"Bangun lah sayang.. Kalau tak nak bangun.. Munir cium pipi tu nanti tau lah. Lepas tu gigit bibir tu. Nak?" Munir mengugut skali lagi.
Bila terdengar ugutan Munir itu, terus liya terjaga dan matanya dibulatkan.
"Jangan nak buat hal ye.. Sayang lompat dari kereta ni kalau Munir buat." Liya memukul bahu Munir melepaskan geram marah dan giliran Liya pula mengugut.
"Takdelah.. temankan lah Munir drive. Munir pun letih juga ni. Nanti kalau sayang tidur alamat Munir pun nanti silap gaya terlelap juga. Please lah sayang. Tolong tahan mengantuk tu temankan Munir drive."
"Ok en abang sayang.. Sayang temankan. Tapi nak kena ada sesuatu lah buat sayang kunyah untuk hilangkan mengantuk."
"Sesuatu nak buat kunyah?? Sayang.. boss yang dekat taman tadi ada bagi makanan kan buat kudapan katanya? Apa kata kita makan yang itu?" Munir memberi cadangan.
"Ye lah Munir.. Rasanya ada. Apa kata kita stop tepi sekejap cari benda tu."
"Ok.. kejap." Munir memberhentikan kereta di tepi jalan dan keluar membuka bonet. Setelah itu Munir membawa masuk satu bag plastik dan serahkan kepada Liya.
"Boleh juga tu buat hilangkan mengantuk. Munir keluarkan juga strawberry untuk dimakan."
Selepas itu Munir sambung memandu.
Sementara Liya membuka bungkusan jajan yang diberi oleh bos taman tu.
"Strawberry kering. Sedap juga." sambil liya mengunyah.
"Sayang. Nak juga. Suapkan." Munir meminta.
Liya terus suapkan ke mulut Munir.
"Haah lah.. sedap."
Mereka terus berbual sambil mengkudap semua jajan yang diberi oleh bos taman tu sepanjang perjalanan.

Sedang Liya memandang ke luar tingkap melihat pemandangan, Munir mencapai tangan Liya dan digenggam seperti biasanya.
"Terkejut sayang. Selalunya Munir mintak. Ni tiba-tiba aja ambik."
"Saja. Nak buat surprise. Munir ingat sayang tido. Tu yang ambik aja."
Liya tak menjawab. Liya hanya tersenyum dan memandang Munir dengan pandangan manja.
"Jangan lah sayang goda Munir macam tu. Kalau Munir tak kuat iman nanti, Munir terkam nanti tau lah.." Munir mengugut.
"Sayang tenung macam ni pun boleh tergugat ke iman." Liya terkejut.
"Takdelah.. Munir gurau aja lah..Munir suka sebenarnya sayang buat macam tu sebab selama ni Munir aja yang buat macam tu dekat sayang. Kenapa pandang Munir macam tu? Takut tak jumpa lagi ke?" Munir cuba buat serkap jarang.
"Kenapa cakap macam tu?? Mesti lah sayang nak jumpa lagi. Kalau boleh nak jumpa tiap hari tau." Liya meluahkan perasaannya.
"Nak jumpa tiap hari tak boleh lah.. Munir kan kerja tak tentu masa. Lagi-lagi kalau ada kes. Lagilah jarang kita berjumpa nanti."
"Tu sebab lah sayang nak pandang puas-puas. Nanti takdelah rindu sangat kalau tak jumpa." Liya berkata.
"Amboiiii.. sayang dah pandai nak rindu ni.. Ni nanti lagi buat Munir tak senang nak buat kerja sebab sayang asyik seru nama Munir aja bila rindu.." Munir mengusik. Liya hanya tersenyum.

"Munir.. Tadi bos taman kata dia ada print kan gambar kita masa dekat taman tu kan? Apa kata kita tengok gambar tu dulu sebelum kita balik rumah?" tiba-tiba Liya teringat sesuatu.
"Haah.. Munir pun ada dengar juga tadi cuma tak sempat tengok. Masa cari jajan tu tadi, ada juga Munir nampak kotak album gambar. Nanti kita singgah RnR tengok. Munir nak singgah pergi tandas kejap ni nanti." Munir memberi tahu.
"Ok." jawab Liya.
"Sayang... Sayang pakai losyen ke? Wangi je tangan ni?" Sambil itu tangan Liya diciumnya berkali-kali.
"Memang lah sayang pakai. Kalau tak pakai, kering lah tangan sayang. Yang Munir beria sangat cium tangan sayang tu dah kenapa?" Liya bertanya dan kehairanan dengan perlakuan Munir
"Nak buat hilang mengantuk. Bila cium tangan sayang ni rasa swgar sikit."
"Ada-ada aja lah Munir ni.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience