Saat Hakim sedang melangkah untuk berjumpa dengan Doktor Murni, telefon bimbit Hakim mendapat notification tanda e-mail masuk. Dikeluarkan telefon nya dan dengan segera membaca isi maklumat e-mail yg diperolehi...
"Alhamdulillah..ada no telefon.. Ada baiknya aku telefon Azlisham ni dulu sebelum jumpa Murni."
Hakim berjalan terus ke belakang ward di mana tempat Hakim berbual pertama kali Liya masuk ward.
Hakim terus mendail no telefon Azlisham... Saat bunyi nada panggilan bergema di cuping telinga nya, Hatinya berdebar..
"Perlu kah aku buat semua ni? perlukah Azlisham tahu keadaan Nuratieliya Humairah?"
dalam pada hakim sedang berkira-kira, panggilannya telah dijawab oleh seseorang.
"Ini en Azlisham ke?" Halim memulakan perbualan.
"Ye... saya Azlisham. Siapa ye yg dalam talian sekarang ni?" Sham menjawab.
"Saya Doktor Hakim yang rawat awak masa awak kena kes pukul dulu. Ingat lagi tak?" Hakim menjelaskan..
"Haaa...ye saya igt lagi. Ada apa ye doktor? Saya ada appoiment yang terlepas ke?" Sham bertanya kehairanan.
"Emmmm... saya nak mintak tolong en Azlisham datang ke hospital hari ni boleh tak? Ada hal penting yang saya nak bincangkan. Tak sesuai rasanya kita berbincang di talian." Hakim meminta.
"Kebetulan pulak saya cuti hari ni. Kalau nak jumpa, boleh lah. Nanti dalam tengahari saya datang." Sham memberi kata putus.
Selesai membuat panggilan, Hakim masuk semula ke dalam wad dan menuju ke ruang bilik Doktor Murni.
sebaik pintu bilik Doktor Murni dibuka..
"Now...What you want from me??" Hakim bertanya sambil berdiri sambil memeluk tubuh di hadapan Murni.
"You kata you still single. Now macamana boleh tiba-tiba you dah ada girl friend dan bakal jadi your future wife tak lama lagi ni?" nada suara murni tinggi saolah melepaskan geram.
"I tak pernah declare mengatakan yang I still single. Orang keliling yang buat spekulasi macam tu. Dan you sendiri pun tak pernah nak tanya I how my real situation." Hakim menjelaskan
"Sebab I tgok you langsung tak pernah bersama mana² perempuan pun sepanjang di sini. You are workers holic person I tengok. Jarang cuti..sentiasa ada di sini. Thats why Is thought you are still single. "
"Hahaha... You sendiri pun tahu kan macamana I layan semua perempuan dekat sini. Termasuk juga dgn you. You try Tackle I pun I tak layan. kan?"
"Itu yang buat I tak puas hati. Sejak bila pulak you bercinta dengan patient tu sedang kan you always di sini." Murni masih tidak puas hati.
"Kalau you nak tahu. She was my first Love. Dari Kami di bangku sekolah lagi. I masih tetap cintakan dia walaupun kami berjauhan. Kami terpisah bila I ambik medical. Kami Lost contact selama ni.. But I Still love her until now." Hakim bertegas.
"You nak terima dia dalam keadaan dia sakit macam tu?" Murni masih tak puas hati.
"Yes.. I akan jaga dia selepas ni 100% She will my wife after this. She's agree." Hakim memberi jawapan balas dengan tegas.
"What???" Murni terkejut..
"Yes.. Dia akan jadi isteri I dalam masa terdekat ni.. sangat terdekat. So.. I Harap you faham maksud I Murni." selepas itu hakim trus keluar bilik murni dalam situasi Murni masih terpinga-pinga.
Hakim berjalan menuju ke bilik Liya dalam perasaan puas. Akhirnya dia berjaya menjauhkan diri dari Murni dengan alasan yang kukuh. Kini Hakim lega. Selepas ini dia tidak kan lagi dibayangi kehadiran Murni yang seringnya membuatkan hakim tak selesa.
Sebaik aja pintu bilik wad Liya hakim buka...
"Haaaa... sampai pun bakal suami Atie ni.. kau pergi mana Hakim tinggalkan Atie sorang dalam bilik ni.. Nasib baik aku datang awal. Masuk aja sini aku tgok kau takde." Indra merungut.
"Aku jumpa Murni jap tadi buat perhitungan terakhir.. sebelum tu aku call seseorang nak ajak jumpa tghr nnt." Hakim menjelaskan sambil menghampiri katil Liya dan terus mencium kepala Liya.
"Jeles lah aku tgok korang berdua ni..sweet sgt lah... Aku ni dah lah masih single... adoiiii.. baik aku blah lah.. Sakit pulak hati aku... Hakim..Ni makanan aku dah belikan untuk sarapan.. Liya baru lps makan kueh sikit. Lapar katanya tunggu kau lama sgt. Lontong dia nak kau yang bagi."
Sambil bangun membetulkan bajunya, Indra memberi arah.
"Thanks sahabat. Ok Boss.. Arahan diterima." Hakim menjawab sambil tersenyum..
Sebaik aja Indra berlalu pergi, Hakim menyiapkan juadah sarapan yang Indra dah belikan.
"Sayang dah lapar ke? Abang mintak maaf lambat"
"Dah selesai ke urusan Abang tadi?" Liya bertanya.
"Alhamdulillah.. dah.. Emmm... tengahari nanti abang nak jumpa kawan. Abang ajak jumpa di sini aja tempat riang rehat tu"
"Ooh..igtkan abg nak jumpa luar dari sini."
"Tak lah..Nanti takde pulak orang nak bagi suap sayang makan." sambil itu Hakim mula menyuap Liya makan.
Selesai bersarapan, Liya tidur semula.
Hakim yang menemankan Liya sepanjang Liya terlena, hatinya semakin sayu melihat keadaan Liya yang semakin lemah. Hatinya menjerit agar urusan pendaftaran pernikahannya di pejabat agama dapat disegerakan. Hakim mula bimbang andai semakin dilewatkan hari pembedahannya.
Dalam pada Hakim mengelamun, telefon bimbit Hakim berbunyi..
" Haaa...panjang umur kau Ustaz" hatinya bergetus.
"Assalamualaikum..Hakim.. I've good news untuk kau"
"Permohonan aku diluluskan ke?"
"Yup.. Hari Sabtu ni kau akan dinikahkan di wad Atie. Aku sendiri yang akan nikahkan kau dengan Atie nanti."
"Haa?? Kau yang akan nikahkan aku nnt?Biar betul?"
"Yee.. aku yang akan nikahkan kau nanti. Aku dah setahun sebenarnya dah jadi juru nikah. Aku yang mohonkan dipercepatkan. Alhamdulillah.. Memang impian aku selepas kau cerita keadaan kau dgn Atie."
"Thanks sahabat. Adoiii... gemuruh lah pulak bilah dah dapat tarikh ni.. hahaha.."
"Releks.. aku tak akan tanya kau banyak.. Asalkan kau dan Atie sah dijab dan qabul nnt."
"Insyaallah.. Aamiiin,"
Setelah tamat berbual, Hakim terus mendail no telefon Kak Long Izah. Perkhabaran gembira itu disampaikan kepada Izah tu dan Rusdee.
Share this novel