BAB 45

Romance Series 30157

RAYYAN hanya memandang kosong ke arah Melinda. Tiada sebarang senyuman pun diukir pada bibir lelaki tersebut.

“Kalau kau taknak berada dalam hubungan ini lagi, apa kata kau buat macam begini.”

Rayyan mengerutkan dahinya.

“Apa kata, kau lafazkan sahaja lafaz cerai di hadapan aku sekarang.”

Rayyan terkelu mendengar ayat yang berani keluar dari mulut Melinda. Walaupun dia membenci gadis itu tetapi dia tidak tahu mengapa dia tidak boleh melafazkan lafaz cerai di hadapan Melinda sekarang.

“Kau baru pecat Kamilah. Orang yang tiada apa hubungan dengan kau langsung, Rayyan. Kau dah marah aku macam aku ni orang asing dalam hidup kau.”

“Memang betul orang cakap. Semua kebaikan akan ditutup dengan satu kesalahan yang dilakukan sekarang.”

Melinda tersenyum tawar.

“Kau baliklah. Aku tak perlukan kau lagi. Teruskan hidup kau dengan aman. Tanpa aku.”

Melinda melangkah keluar dari bangunan Food Mega sebelum menghilangkan diri.

Rayyan menghela nafasnya. Dia mencapai kunci motosikal lalu berlari ke garaj. Dia tidak mengendahkan Melinda lagi. Pantas sahaja dia membonceng motosikal tersebut tanpa memikirkan tanggungjawabnya ke atas Melinda.

AWAN yang kian menjadi hitam dipandang dengan pandangan mata yang kosong. Kepalanya ditundukkan memandang kaki yang berlapiskan kasut tumit tinggi yang sedang melangkah di atas jalan tar. Rasa sakit mula mengucuk-ngucuk kakinya.

Pantas dia membuka kedua-dua belah kasut tumit tingginya lalu dibaling begitu sahaja. Dia meneruskan perjalanan tanpa kaki beralaskan apa-apa. Jiwanya begitu kosong. Lelaki dulu yang dipuja kini menjadi pembunuh jiwanya sendiri.

“Aku kejam ke?”

Melinda memandang ke arah kedua telapak tangannya. Dia tidak tahu selama ini apa yang dia telah lakukan ke atas semua orang yang berada di sekelilingnya. Adakah dia mengembirakan orang yang berada di sekelilingnya atau menyakiti mereka?

Melinda menarik nafas.

“Aku masih jalankan tugas aku sebagai seorang isteri, Rayyan. Walaupun kau layan aku macam sebegitu. Aku pun nak dilayan elok macam Kamilah,” ujar Melinda sendiri.

Layanan baik Rayyan kepada Kamilah sangat dicemburui oleh Melinda. Rayyan selalu melayannya kasar seperti orang luar tetapi dengan Kamilah? Layanan itu seperti Rayyan sedang melayan seorang puteri.

“Aku sayangkan kau. Aku sanggup tebalkan muka untuk tarik kau dalam hidup aku. Aku bagi kau berlian, kau balas dengan kaca?”

Melinda membiarkan air matanya yang kini mencurah-curah ke pipi. Dia meneruskan masih perjalanan.

Bunyi petir yang menyambar bunyi tidak memberikan kesan kepada Melinda yang disakiti oleh suaminya sendiri. Gadis itu masih meneruskan perjalanan tanpa memikirkan apa-apa lagi. Dunia sekarang menjadi sangat kosong!

Matanya memandang ke arah langit yang sudah gelap. Air hujan mula turun membasahi bumi. Melinda kaku dan membiarkan tubuhnya dibasahi air hujan tersebut.

Terima kasih! Harap bersabar menunggu bab seterusnya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience