BAB 53

Romance Series 30124

KERETA mewah yang berjenama Bentley memasuki perkarangan pejabat Food Mega. Pintu kereta dibuka dan seorang gadis keluar. Bunyi kasut tumit tinggi yang berjenama Mel & Molly mula kedengaran apabila langkah dihayunkan untuk masuk ke pejabat Food Mega.

“Saya nak jumpa Melinda binti Mirza Zhafran.” Dia terus menyatakan hasrat kepada Rayyan dan Helmi yang sedang mengemas tempat rehat. Rayyan dan Helmi berpandangan antara satu sama lain.

“Ouhhh … cik nak saya tunjuk bilik…”

“Tak perlu.”

Rayyan terkejut apabila kata-katanya dipotong oleh gadis itu. Gadis itu pantas menaiki anak tangga lalu menuju ke bilik gadis itu. Tombol pintu dipulas dan daun pintu ditolak tanpa diketuk dahulu.

“Assalamualaikum. Di sini ada Melinda binti Mirza Zhafran?”

“Waalaikumsalam.”

Wajah Melinda diangkat. Bibirnya terkedu melihat wajah tersebut.

“Hai, Mel. Kenal saya? Saya Amanda. Salam perkenalan.”

MELINDA memeluk tubuhnya. Matanya dipejam seketika sebelum menghela nafasnya.

“Kenapa, Cik Mel? Risau ke?” soal Amanda dengan sinis. Melinda membuka kelopak matanya.

“Tak ada apa-apa yang perlu dirisaukan. Kita sampai mana tadi?”

Amanda tersenyum sinis.

“Sampai kisah sebuah pembunuhan.”

Dahi Melinda berkerut.

“Kisah sebuah pembunuhan? Boleh awak cerita sikit.” Amanda membetulkan posisi duduknya. Matanya memandang tajam ke arah Melinda.

“Satu hari, saya membuat panggilan cemas untuk melaporkan kepada pihak polis yang ayah saya hilang.”

“Selepas itu?” Melinda berminat untuk mendengar.

“Saya mengikuti pihak polis ke tempat kejadian apabila mereka mendapat aduan terlihat kelibat ayah saya di sana.”

“Saya terpisah dengan dua orang anggota polis. Dan apa yang saya lihat sangat mengejutkan.”

Mata Melinda membulat.

“Apa tu? Apa kau nampak?” soal Melinda ingin mengetahui lagi.

“Saya nampak seorang gadis sebaya seperti saya sedang berdiri dengan tangan yang berdarah.”

Melinda mengerutkan dahinya.

“Eh, macam pernah dengar je?”

“Eh, awak pernah dengar cerita ini ke? Dengar kat mana?” soal Amanda. Melinda cuba mengingati semula.

“Hah!”

Melinda memandang ke arah Amanda.

“Ouhh, kau anak si…”

“Yes!”

Amanda menghentak meja menyebabkan bahu Melinda ternaik. Wajahnya sudah berubah menjadi bengis.

“Okey, rileks. Aku pun nak jelaskan.”

“Kau nak jelaskan apa? Kau dah bunuh ayah aku!!”

Melinda bangun lalu cuba menenangkan Amanda.

“Rileks … jangan marah-marah. Jangan jerit dan jangan mengamuk. Okey, kita bincang elok-elok ye,” pujuk Melinda. Namun pujukan tersebut hanya dipandang sebelah mata sahaja oleh Amanda sendiri.

“Kau ingat? Aku ni nak dengar cakap kau, pembunuh!”

“Sabar, Am! Kau boleh bawa bersabar tak? Kita bincang.”

“Apa lagi kita nak bincang? Bertahun-tahun hidup aku sengsara sebab kau! Kau dah bunuh ayah aku! Kau pula yang menghilang begitu sahaja. Kau memang manusia tak guna! Bodoh!!”

Melinda menepis tangan Amanda yang cuba untuk menolaknya.

“Amanda! Tenang!! Jangan meroyan.”

“Kau dengar sini ye!” Suaranya mula keras berbaur amaran. Nafas Amanda naik turun menahan amarahnya.

“Walau apa pun terjadi, aku tetap akan balas dendam kepada pembunuh ayah aku!”

Melinda terkedu.

“Amanda!”

“Aku takkan lepaskan kau! Aku akan bawa kau ke muka pengadilan!” Amanda mengambil beg tangannya lalu melangkah keluar dari pejabat Melinda. Melinda menghela nafas lalu mengejar Amanda.

“Amanda binti Mansoor!”

Terima kasih!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience