BAB 15

Romance Series 30124

MELINDA dan Rayyan masuk ke dalam perut kereta. Seatbelt ditarik dengan serentak oleh mereka. Melinda menghidupkan enjin kereta. Matanya memandang ke arah wajah Rayyan.

“Dah ready nak kerja selepas bergelar suami orang?” soal Melinda dengan senyuman yang terukir di bibirnya. Rayyan diam dan tidak membalas soalan Melinda itu.

“Woi!”

“Apa?” Rayyan menjeling tajam ke arah Melinda. Dia sangat malas mahu menjawab soalan gadis tersebut. Menengking je kerja. Menyampah!

“Alolo … kenapa ni? Merajuk ke?” Melinda mencubit lembut pipi Rayyan. Lelaki itu pantas menepis tangan Melinda. Sebuah dengusan kasar dilepaskan.

“Jalanlah! Kan nak pergi kerja ni!” marah Rayyan lalu memalingkan pandangannya ke arah luar tingkap kereta. Melinda melepaskan tawanya sebelum tangannya memegang erat stereng kereta.

“Ehem! Dah ready nak pergi kerja?”

“Ye! Cepatlah. Jangan lengahkan masa aku lagi.”

“Yelah! Yelah!” Melinda akur.

Kereta dipandu keluar daripada perkarangan rumah itu. Suasana kereta menjadi hening apabila Melinda dan Rayyan bertindak untuk mengunci mulut masing-masing.

“Rayyan…”

Rayyan menoleh ke arah Melinda. Melinda menghela nafasnya.

“Kau rasa … apa benda tu semalam?” soal Melinda sambil fokus memandu. Rayyan mengerutkan dahinya.

“Benda apa?”

“Yang kacau semalam.”

“Oh, banyak benda kacau aku semalam. Yang mana satu kau maksudkan ni? Yang berambut panjang gatal tidur atas dada aku atau bunyi di luar balkoni?” soal Rayyan dengan sinis. Melinda mengetap giginya.

“Kau mengata siapa tu sebenarnya?”

“Entahlah. Cuba kau fikir.”

Rayyan diam sambil memandang keluar tingkap kereta. Melinda menghela nafasnya. Mereka mengambil keputusan untuk mendiamkan diri semula sehingga sampai ke pekarangan syarikat.


RAYYAN melangkah masuk ke dalam bangunan Food Mega. Dahinya bekerut melihat para pekerja Food Mega sedang berdiri seperti menunggu kedatangan seseorang.

“Korang ini dah kenapa?” soal Rayyan sambil keningnya terjungkit tinggi. Semua pekerja Food Mega memberikan sebuah senyuman kepada Rayyan.

“Tahniah, Rayyan!” ucap para pekerja Food Mega. Melinda melangkah masuk ke bangunan Food Mega hanya mampu tersenyum sambil tubuhnya dipeluk. Dia menanti reaksi daripada Rayyan.

“Tahniah untuk apa ni? Aku dinaikkan pangkat ke?” Rayyan masih binggung. Melinda menghela nafasnya.

“Rayyan, selamat pengantin baru!” ucap Helmi untuk membuatkan Rayyan faham dengan maksud ucapan tahniah mereka. Rayyan terdiam seketika.

“Ouh … korang nak ucap tahniah dekat aku sebab dah kahwin?”

Para pekerja mengangguk kepala serentak.

“Ouhhh … terima kasih,” ucap Rayyan dengan senyuman palsunya. Dia terpaksa berpura-pura gembira di hadapan rakan sekerjanya setelah mendengar ucapan tahniah kerana dia sudah bergelar suami. Walaupun perkahwinan itu adalah sebuah perkara yang baik namun Rayyan tetap tidak menyukai perkahwinannya bersama Melinda. Hanya sebuah perkahwinan paksa demi menjaga nama baik keluarga.

Melinda menepuk tangannya lalu berjalan mendekati Rayyan. Matanya memandang tepat ke arah anak mata suaminya. Senyuman manis diukir di bibirnya.

“Saya sebagai majikan pun hendak mengucapkan tahniah kepada Encik Rayyan kerana sudah bergelar suami orang.” Rayyan hanya diam sambil memandang Melinda tanpa riak.

“Jaga isteri awak baik-baik. Jangan sakitkan hati dia. Jangan berkasar dengan dia. Kalau dia nak sesuatu, awak bagilah dekat dia. Contohnya, macam anak ke. Ingat tu, Rayyan,” ujar Melinda dengan nada sedikit menyindir Rayyan. Rayyan menahan dirinya. Sebuah senyuman munafik diukir di bibirnya.

“Terima kasih, boss.”

Melinda tersenyum lalu memandang ke arah semua para pekerja.

“Nampaknya, hari ini kita dah cukup. So hari ini sebagai langkah utama kita sebelum beroperasi, kita buat sedikit gotong-royong lah.”

Para pekerja mengangguk kepala tanda faham kecuali Rayyan. Dia hanya memandang tajam ke arah Melinda tanpa menggeleng atau mengangguk kepala.

“So, saya akan bahagikan kamu semua kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai sebuah tugasan. Tolong berikan kerjasama atau gaji akan dipotong oleh saya.”

Mendengar sahaja ayat terakhir dari mulut Melinda, para pekerja mula kecut perut. Namun ianya berbeza bagi Rayyan. Dahulu, jika Encik Mokhtar yang mengatakan sebegitu semestinya perutnya akan kecut. Sekarang, ugutan Melinda tidak memberikan kesan kepadanya dirinya. Kalau gajinya dipotong, dia masih dapat mengisi perutnya dengan makanan yang dimasak oleh mama Melinda. Seorang Rayyan selalu berfikiran bijak! Tapi tak selalu guna otaknya dengan betul.

Melinda membahagikan semua pekerjanya kepada beberapa kumpulan. Tugas diberikan sama rata. Semua pekerja Food Mega gigih menjalankan tugas-tugas mereka untuk menjayakan aktiviti syarikat mereka pada hari ini.

Anda semua adalah yang terbaik!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience