BAB 5

Romance Series 30122

MELINDA mencapai kunci kereta. Nasiblah dia diberikan pelepasan awal pada hari ini. Jika tidak, mungkin dia lambat memberikan telefon baru kepada Rayyan.

Melinda tersenyum melihat nota kecil yang sempat ditulis olehnya pada kotak telefon baru Rayyan. Nasiblah dia membongkar semua benda yang berada di dalam telefon Nokia Rayyan. Jika tidak, mungkin dia tidak akan tahu hari ini adalah hari yang paling indah untuk Rayyan.

“Melinda...”

Melinda menoleh ke belakang apabila namanya dipanggil oleh seseorang. Matanya memandang ke arah Remy yang sedang berjalan mendekati dirinya.

“Ye, Tuan Remy. Ada apa boleh saya bantu?” soal Melinda ramah seperti selalu. Remy tersenyum.

“Disebabkan awak dilepaskan awal hari ini, saya bagi awak kerja ringan. Ambillah.” Remy menghulurkan beberapa helai kertas kepada Melinda. Melinda ketawa.

“Ini bukan kerja ringan, Tuan Remy. Ini kerja biasa. By the way, thanks. Saya minta diri dulu.” Remy mengangguk kepalanya. Matanya tidak lepas memandang ke arah Melinda yang sudah berlalu pergi. Bibirnya mengukir senyuman lalu melangkah masuk semula ke dalam biliknya. Senyuman penuh makna.


RAYYAN duduk termenung jauh mengenang nasib telefon Nokia kesayangannya yang telah hilang dari radar. Semalam, dia sempat berpatah balik ke restoran mewah itu namun semuanya hampa. Entah ke mana hilangnya ‘baby nokia’ dia pun, Rayyan tak tahu. Sebuah keluhan dilepaskan.

“Kena kerja lebih lah kau, Rayyan. Untuk dapat telefon baru.” Rayyan menunggang motosikal kapcainya. Dia bukan seperti anak-anak orang kaya yang menaiki superbike. Cukuplah motosikal ini yang dia ada, sudah memadai.

PUFFF! PUFFFF!

Dahi Rayyan mula berkerut mendengar bunyi ekzos motosikal yang seperti tenat nak meninggal. Dia turun dari motosikal lalu memeriksa keadaan motosikal kesayangannya itu.

“Eh, eh pasaipa ni...”

Rayyan khusyuk membelek motosikal. Satu persatu bahagian ditilik sehingga tanpa dia sedari terdapat beberapa anak muda mendekatinya.

“Wah, wah! Abang Food Megalah,” ujar Ali sambil menyiku-yiku lengannya ke arah Bob. Bob mengangguk kepala lalu tersenyum.

“Pergilah minta makanan dia, Abu. Kau kan berani.” Abu mengetuk kepala Didi. Didi mengerang kesakitan lalu menggosok-gosok kepalanya.

“Kita sama-sama lah pergi tempat dia,” cadang Abu menyebabkan empat sahabat itu memandang ke arah Rayyan sambil tersenyum sinis.

“Abang Food Mega!” tegur Didi dengan selamba mendekati Rayyan. Rayyan mengangkat wajahnya lalu memandang ke arah wajah Didi dengan riak wajah yang tidak berminat ingin mengambil tahu.

“Apa kau nak?”

“Minta satu makanan boleh?” soal Didi lalu merampas sebuah bekas makanan dari raga motosikal Rayyan. Rayyan terkejut lalu bangun. Dia cuba merampas bekas makanan itu daripada tangan Didi.

“Bagilah sini!”

“Alah, rilekslah. Kitorang nak minta makanan sahaja pun,” celah Ali mendekati Rayyan dan Didi. Bekas makanan di tangan Didi dirampas lalu sengaja dijatuhkan ke atas tanah. Kaki Ali dan Bob memijak-mijak bekas makanan tersebut.

“Woi!!”

BUKK!!!

Abu dan Didi menahan Rayyan yang sudah mengganas. Ali tersenyum sambil menyentuh pipinya yang ditumbuk oleh Rayyan. Matanya tajam memandang ke arah Rayyan.

“Kurang ajar!!”

Melinda menghentikan keretanya di bahu jalan apabila melihat sekumpulan anak muda berada di bahu jalan sedang mengerumuni sesuatu. Dia mematikan enjin kereta lalu keluar dari perut kereta sambil mendekati anak-anak muda tersebut.

Rayyan hanya mampu mempertahankan diri apabila dibelasah oleh Ali, Abu, Bob dan Didi. Dia berdoa supaya ada sesiapa yang lalu di kawasan itu boleh membantu dirinya.

“Ehem, ehem!”

Kepala empat sahabat itu serentak menoleh ke belakang. Melinda mencabut kaca mata hitamnya. Matanya memandang ke arah empat sahabat sambil senyuman sinis terbit pada bibirnya.

“Korang tengah buat apa ni? Pijak kepala otak sendiri?” soal Melinda dengan sinis. Dia memeluk tubuhnya sambil memandang kearah Ali, Abu, Bob dan Didi. Matanya sempat menangkap susuk tubuh Rayyan yang terduduk di atas tanah akibat dibelasah.

“Kakak, kakak cantik hari ini? Boleh kita dating?” soal Bob sambil mara ke hadapan Melinda. Dalam-dalam keadaan genting begitu sempat lagi dia gunakan taktik mengorat. Melinda hanya ketawa.

“Awak budak bawah umur. Tak boleh dating, dik.”

“Kakak datang sini mesti nak selamatkan abang Food Mega itu kan? Alah, kitorang belasah dia aje. Tumbuk dan tendang. Bukan membunuh.” Senyuman di bibir Melinda sudah mati. Tangannya naik lalu memberikan hadiah kepada Bob.

PANG!!

Wajah Bob terteleng ke sebelah kanan. Dia terkejut apabila ini pertama kali dia ditampar oleh orang lain. Bob memandang ke arah Melinda semula.

BUKK!!!

“Aduh!!”

Bob memegang celah kangkang yang terasa pedih akibat tendangan Melinda pada bahagian tersebut. Ali, Abu dan Didi terkejut melihat tindakan Melinda yang selamba itu.

“Kau...”

Bob semakin menjerit kesakitan apabila rambutnya ditarik kasar oleh Melinda. Melinda sengaja memaksa Bob ke kiri dan ke kanan bagi menyeksa lelaki tersebut. Bibirnya mengukir senyuman sinis.

“Sial...”

Tubuh Bob ditolak kasar menyebabkan lelaki tersebut terbaring atas tanah. Ali, Abu dan Didi mengundurkan dirinya.

“Siapa kau?”

Melinda meregangkan otot-otot. Sudah lama dia tidak beraksi ganas seperti sebegini tetapi dirinya dapat merasakan keterujaan yang luar biasa. Seronok juga!

“Siapa mak bapak kau? Tak pernah ajar korang untuk hormat orang ke?”

Melinda melipat lengan bajunya. Rayyan bangun lalu memandang ke arah Melinda yang mendekati mereka berempat.

Ali mara ke hadapan Melinda. Dia memberikan tumbukan padu kepada Melinda namun sempat dielak oleh Melinda sendiri.

“Lambat!!”

BUKK!!!

Ali memegang perutnya. Sangat sakit menerima tendangan dan pukulan daripada Melinda. Walaupun Melinda adalah seorang wanita namun tenaga gadis itu seperti boleh menandingi mereka semua.

“Aduhhhh!!!!!”

Ali menjerit kesakitan apabila lengannya digenggam kuat oleh Melinda. Gadis itu seperti ingin mematahkan lengannya.

Melinda hanya tersenyum. Tangannya semakin kuat menggenggam lengan budak lelaki itu dan tidak ingin dilepaskan. Dah belasah crush dia, memang tak terlepas walaupun sesaat!

Didi mengangkat dahan pokok yang besar lalu ingin memukul belakang Melinda. Rayyan terkejut lalu menendang kepala Didi.

Didi rebah ke tanah. Dia menggosok kepalanya.

“Arghhhh!!”

Melinda tersenyum. Sudah puas membelasahi Ali dan Bob, kini Didi pula menjadi mangsanya. Tangan Didi dipijak menggunakan kasut tumit tingginya yang tajam. Didi mengerang kesakitan.

“Woi, dahlah.”

Tangan Didi dilepaskan oleh Melinda apabila Rayyan menariknya untuk menghentikan semua itu. Kepalanya ditolehkan ke arah Abu yang menggigil ketakutan.

“Apa?!!”

Abu laju berlari lintang-pukang apabila melihat Melinda yang ingin mendekatinya. Ali, Bob dan Didi bangun lalu berlari mengikuti jejak Abu meninggalkan Melinda dan Rayyan. Melinda hanya ketawa melihat gelagat budak-budak itu.

“Nak tunjuk belang, tapi takut. Huh, nasib tak ada uncle. Kalau tak, siap korang,” bebel Melinda sendiri. Dia membetulkan lengan baju yang dilipat dan rambutnya yang sedikit serabai apabila seronok membelasahi orang.

“Kau okey?”

Rayyan tidak melayan Melinda. Dia mencangkung lalu kutip makanan yang tumpah. Melinda hanya memandang. Hatinya dilanda simpati melihat keadaan Rayyan. Tangannya menyeluk poket seluarnya.

“Sini!”

Bekas makanan dirampas oleh Melinda dari tangan Rayyan. Rayyan mendengus kasar lalu merampas semula bekas makanan tersebut.

“Ini bekal makanan akulah!”

Melinda menghela nafasnya. Dia mengeluarkan RM 50 lalu dihulurkan ke arah Rayyan.

“Nah, untuk makan kau nanti. Aku taknak kau sakit sebab kelaparan.”

Rayyan memandang lalu tergelak sinis melihat duit yang dihulurkan. Huluran Melinda hanya dibiarkan.

“Taknak!”

“Rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari! Kalau kau taknak, jom kita pergi restoran.”

“Taknak!”

Bekas makanan diletakkan di atas raga motosikal. Dia memakai helmet lalu menolak perlahan-lahan motosikal melepasi Melinda.

“Rayyan!”

Melinda cuba mengejar Rayyan. Tangannya mendail sebuah nombor lalu menelefon nombor tersebut.

“Hello, nanti saya bagi location kat mana. Tolong baiki motosikal suami saya,” ujar Melinda lalu mematikan panggilan. Dia berlari melepasi motosikal Rayyan lalu menahan motosikal itu. Tolakan motosikal terhenti. Rayyan mendengus kasar.

“Apa kau nak?”

“Aku nak tolong kau. Aku taknak tengok orang susah, Rayyan.”

“Tak payahlah. Aku boleh buat sendiri. Aku masih ada kaki dan tangan.”

Melinda merampas bekas makanan yang dipesan oleh pelanggan. Dia tersenyum melihat tinggal satu bekas makanan yang dipesan oleh pelanggan. Maknanya ini adalah kali terakhir Rayyan menghantar untuk hari ini.

“Janganlah!”

Rayyan merampas bekas makanan itu. Matanya memberikan jelingan tajam ke arah Melinda.

“Aku nak tolong!”

“Tak payahlah!”

Melinda mencebik. Tangannya digenggam kuat. Dia sudah nekad membuat perkara ini kepada Rayyan.

“Rayyan...”

Anda semua adalah terbaik!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience