BAB 37

Romance Series 30122

BANGUNAN Syarikat Mestika dipandang oleh Melinda. Perlahan-lahan kakinya melangkah masuk ke dalam bangunan itu. Matanya meliau memandang sekeliling.

Kaki Melinda dihentikan di hadapan kaunter. Matanya memandang ke arah Ara yang fokus membuat kerjanya.

“Assalamualikum.”

Ara mengangkat wajahnya. Dia terkedu melihat Melinda yang berada di hadapannya sekarang.

“Me … Mel?”

Dahi Melinda berkerut.

“Dah kenapa? Tak reti nak jawab salam. Aku ni hantu ke sampai kau pandang aku macam begitu?” soal Melinda dengan serius. Ara menggeleng kepala.

“Waalaikumsalam. Boleh saya bantu?”

“Remy ada kat atas?”

Ara mengangguk kepala.

“Terima kasih…”

Melinda terus melangkah ke lif VIP tanpa menoleh lagi. Ara terkejut lalu cuba mengejar Melinda.

“Melinda!”

Melinda masuk ke dalam lif dengan pantas. Tangannya menekan punat butang tingkat 50. Dia sempat memberikan senyuman yang paling manis ke arah Ara sebelum pintu lif tertutup.

“Huh, apalah sangat lif VIP ni. Tak guna langsung. Macamlah darjat VIP ni boleh bawa kat syurga,” sindir Melinda. Dia menanti lif itu sampai ke tingkat 50.

TING!

Melinda melangkah keluar dari lif. Mata semua pekerja tertumpu kepada Melinda yang selamba keluar dari lif VIP. Dia fokus melangkah ke pejabat Remy dan tidak berminat untuk menyapa para pekerja di sana.

TOK! TOK! TOK!

Melinda menanti suara Remy menyuruhnya untuk masuk.

“Masuk.”

Melinda menolak daun pintu pejabat Remy. Dia berjalan dengan pantas mendekati meja Remy.

Remy tersenyum sambil fokus melakukan kerjanya. Bunyi kasut tumit tinggi jelas kedengaran menandakan seorang gadis yang paling ditunggu olehnya telah muncul.

“Encik Remy, saya nak bincang dengan secepat mungkin.”

Remy mengangkat wajahnya. Dia sangat suka melihat wajah itu lagi-lagi dengan senyuman yang tersimpul di bibir gadis itu.

“Boleh kita mulakan?” soal Melinda lalu meletakkan beg tangannya di atas meja Remy. Remy mengangguk kepala.

“Baik, Cik Melinda.”

“MELINDA…”

Rayyan menolak daun pintu pejabat Melinda. Sebuah keluhan dilepaskan apabila pejabat Melinda kosong. Dia perlahan-lahan duduk di atas sofa di dalam pejabat Melinda itu.

“Dia pergi mana? Takkanlah…”

Rayyan mengetap giginya. Terasa menyampah untuk menyebut nama mamat sewel itu.

“Hsih, takkanlah dia pergi jumpa mamat tu pula. Hishh! Laki dia kat sini diabaikan pula. Dahlah tipu aku.” Rayyan menyandarkan tubuhnya ke sofa. Dia memandang ke arah meja kerja Melinda. Kunci kereta Melinda dipandang.

“Macam mana dia sampai kat sana kalau kereta dia ada kat sini?” desis Rayyan.

“Huwa … nasib hari ini boss pergi Syarikat Mestika. Nasiblah kena bagi kebenaran nak rehat dekat pejabat boss.”

Tubuh Ivy yang masuk ke dalam pejabat Melinda dipandang hairan oleh Rayyan. Apa minah ni cakap tadi?

“Apa kau cakap?”

“Opocot!”

Ivy memegang dadanya sebelum tangannya mengurut-ngurut dadanya dengan perlahan. Bibirnya dicebik sambil matanya memandang ke arah Rayyan yang duduk di atas sofa.

“Kau buat apa kat sini, Rayyan? Inikan pejabat boss.”

“Ada aku kisah. Melinda tu isteri aku. Suka hati akulah nak masuk tempat ni,” jawab Rayyan dengan selamba.

“Kau ni, aku baru nak baring-baring. Dahlah, kau rehat sahaja di sini.”

Ivy ingin melangkah keluar dari bilik itu.

“Ivy, tunggu!”

Rayyan bangun dari sofa.

“Hrmmm … apa?”

Ivy menoleh ke arah Rayyan semula.

“Melinda pergi ke Syarikat Mestika ke?”

MELINDA membetulkan posisi baringnya di pejabat Remy. Pejabat tersebut sudah bersepah kerana kertas banyak bertaburan di mana-mana sudut di dalam bilik itu. Tangan Melinda naik lalu mengusutkan rambutnya.

“Remy! Mana ni? Sampai bila kita nak semak semua fail kau yang tak berguna ni!” Melinda membaling fail yang berada di tangannya ke muka Remy. Remy mengadu kesakitan.

“Aduh! Hish, sabarlah! Benda ini bukan senang nak cari, Mel.”

Melinda berguling-guling di atas lantai. Dia meroyan seperti orang gila. Remy hanya menggeleng kepalanya.

“Huwaa … kantoilah aku ada kat sini. Dahlah Rayyan tak tahu.”

Remy memandang ke arah Melinda.

“Awak tak bagitahu dia ke?”

Melinda menggeleng kepalanya.

“Malas nak kecohkan keadaan. Pandai-pandailah dia nak hidup sendiri.”

Remy ketawa menyebabkan Melinda kehairanan.

“Apa kau ketawa?”

Remy menggeleng kepala. Dia fokus mencari fail tersebut.

“Remy, syarikat ini memang bapa kau yang buat ke?” soal Melinda.

“No,” jawab Remy pendek.

“Syarikat ini bukan kitorang yang bina. Kami hanya mengambil alih sahaja. Tak tahu pula ianya berjaya sampai sekarang.”

Melinda mengangguk kepala tanda faham.

“Mel, apa kerja your father?” soal Remy yang ingin mengetahui.

“Polis.”

“Your mother?”

“I don’t know. Tetapi dia selalu menghadap komputer. Kenapa tanya?”

Remy tergelak.

“Saja.”

“Saja? Ke memang nak ambil tahu tentang aku?”

“Tak apa kan kalau saya nak tahu tentang perempuan yang saya suka.”

“Hah? Apa kau cakap?”

Remy pantas menggeleng kepalanya. Nasiblah Melinda tidak mendengar kata-katanya tadi.

“Tak ada apa-apa, Mel. Ambil fail ini.” Sebuah fail dihulurkan kepada Melinda. Melinda merampas kasar lalu meneliti isi dalam fail itu.

“Itulah saya ajak awak sembang. Cepat saya cari fail itu.” Remy tersenyum. Sekali sekala nak puji kehebatan sendiri. Bukan orang lain juga.

“Ouh, ini ke fail pemindahan nama tu?” soal Melinda. Remy mengangguk kepala.

“Itu arwah daddy saya yang buat. Saya hanya rujuk semua itu. Tak salahkan nak kongsi ilmu dekat orang.”

Dahi Melinda berkerut.

“Arwah?”

Remy tersenyum tawar.

“Ye. Daddy saya dah tak ada. Tinggal saya dengan mummy je.”

“Ouh … sebab apa?” Melinda ingin mengetahui dengan lebih lanjut. Jarang dia prihatin dekat orang lain yang tiada kaitan dengannya.

“Kemalangan jalan raya.”

Kepala Melinda diangguk beberapa kali. Dia bangun lalu memakai semula kasut tumit tingginya.

“Terima kasih, Remy!” ucap Melinda.

“Eh, kertas ini semua?”

“Kau kemas!” Melinda laju berlari keluar dari pejabat Remy. Remy menghela nafasnya. Sebuah senyuman terukir di bibirnya.

“Sama-sama, Melinda.”

Terima kasih!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience