BAB 2

Romance Series 30124

MELINDA tersenyum apabila dia berjaya memesan dua makanan untuk hari esok di syarikat tempat Rayyan bekerja. Dia membaling telefonnya lalu berguling-guling di atas katil.

Luthfi memulas tombol pintu bilik kakaknya. Terangkat tinggi keningnya tatkala melihat kakaknya yang seperti cacing kepanasan di atas katil. Perasaan hairan menerpa diri.

“Yeah! Dapat order makanan tempat dia. Nanti bolehlah jumpa dia lagi. Nak tatap muka dia lama-lama!” Kaki Melinda dihentak-hentak kuat pada hujung katil. Dia terlalu teruja dan tidak sabar untuk bertemu dengan lelaki yang telah mencuri hatinya.

“Err ... kakak.”

Melinda terkejut lalu menoleh ke arah muka pintu. Bingkas sahaja dia bangun membetulkan posisi.

“Apa kau mahu?”

Luthfi hanya tersenyum. Dia menunjukkan latihan Matematik yang tidak difahami olehnya. Melinda melepaskan sebuah keluhan lalu mengajar satu persatu cara menyelesaikan masalah tersebut.

“Faham?”

Luthfi mengangguk kepala lalu tersenyum. Dia sangat kagum dengan kakaknya yang sangat pakar di dalam bidang Matematik.

“Wah, faham! Kenapa kakak tak jadi cikgu Matematik sahaja?”

“Eh? Taknak aku. Dah, pergi main jauh-jauh,” halau Melinda. Luthfi hanya mencebikkan bibirnya.

“Kakak dah kenapa macam cacing kepanasan di atas katil tadi? Crush terima cinta kakak eh?” soal Luthfi sambil tersenyum. Lengannya disiku-siku ke arah Melinda.

“Hish kau ni! Sibuk aje kerja kau. Pergilah balik bilik kau. Aku panggil mama ye. Mama! Oh mama! Tengok Luthfi ni. Kacau orang!”

Luthfi berlari laju keluar dari bilik kakaknya. Melinda hanya melepaskan tawanya. Dia kembali duduk ke birai katil. Kad yang diberikan oleh Ara tadi dicapai. Bibirnya mengukir senyuman.

“Rayyan...”

Jarinya bermain-main dengan hujung rambutnya. Wajah Rayyan kembali menyerang memori ingatannya.

“Aku takkan lepaskan kau.”

RAYYAN melangkah masuk ke dalam bangunan Syarikat Mestika Sdn Bhd. Dia mendekati kaunter lalu meletakkan beberapa bekas makanan di atas meja kaunter.

“Terima kasih,” ucap Ara lalu menyambut huluran daripada Rayyan. Rayyan hanya tersenyum.

“Ini siapa pula? Melinda?” soal Rayyan melihat nama yang tertera pada dua bekas makanan itu.

“Ohh, Melinda. Dia ada pesan tadi. Dia cakap hantar makan dia ke tingkat 50. Dia kan PA kepada CEO syarikat ini. Memang tak dapatlah dia keluar selalu.” Kepala Rayyan diangguk perlahan. Dia mengangkat bekas makanan itu lalu memasuki lif apabila pintu lif terbuka. Beberapa orang pekerja turut sama memasuki lif yang sama. Rayyan membetulkan posisi topi yang dipakainya.

TING!

Rayyan melangkah keluar dari lif apabila lif sudah sampai di tingkat 50. Dia tercari-cari kelibat Melinda.

“Cik Melinda!”

Kepala Rayyan menoleh apabila mendengar nama itu dipanggil oleh seseorang. Matanya terbuntang melihat Melinda yang sedang berbual dengan salah seorang pekerja.

“Awak tinggal nak ubah benda ini saja ya, Reina.” Kepala Reina diangguk-angguk tanda faham dengan kata-kata Melinda. Melinda tersenyum lalu melangkah mendekati Fasha.

“Fasha, beritahu semua staf kita ada meeting nanti pada pukul 11. Jangan lupa take note,” beritahu Melinda kepada Fasha. Fasha hanya mengangguk kepala. Melinda meneruskan perjalanannya.

“Farid!”

Farid menoleh lalu menyambut balingan hard disk daripada Melinda. Langkah Melinda terhenti seketika.

“Jangan lupa pindahkan semua data tentang projek yang kelmarin awak bincang dengan Tuan Remy.”

“Baik, Cik Melinda.”

Melinda membaling pendrive kepada Umi. Umi menyambut dengan cekap.

“Fail jangan lupa copy dan paste ke pendrive itu. Pastikan tiada virus.”

“Ok, Cik Mel.”

Melinda melangkah ke meja kerjanya. Dia menekan suis on untuk menghidupkan komputer di atas meja kerjanya. Dari jauh lagi, Rayyan sedikit terkedu melihat gaya Melinda yang sebenarnya apabila berada di tempat kerja. Gaya Melinda sangat berbeza dari apa yang dia lihat kelmarin.

“Err ... encik.”

Rayyan menoleh ke arah seorang pekerja yang menegurnya. Dia hanya memberikan senyuman manis kepada pekerja itu.

“Saya dari Food Mega ingin menghantar makanan kepada Cik Melinda. Boleh saya tahu dimana meja Cik Melinda?” soal Rayyan walaupun dia sudah tahu dimanakah keberadaan gadis itu. Pekerja itu menunjukkan sebuah bilik di hujung koridor.

“Hadapan bilik itu ada sebuah meja. Disitulah meja Cik Melinda.”

Kepala Rayyan diangguk-angguk. Dia mengucapkan terima kasih sebelum berlalu mendekati meja tersebut.

“Ye, ada apa-apa yang boleh saya bantu?” soal Melinda apabila merasakan seseorang mendekati meja kerjanya. Rayyan hanya terdiam. Matanya tidak lepas memandang ke arah Melinda yang tekun membuat kerja.

“Kalau awak nak jumpa Tuan Remy, saya minta maaf. Dia tengah sibuk sekarang. Awak boleh buat temu janji untuk berjumpa dengan dia nanti.” Melinda mencapai sebuah buku nota lalu mendongakkan kepalanya. Matanya bertemu dengan anak mata Rayyan.

Rayyan menarik nafasnya. Perlahan-lahan sebuah keluhan berat dilepaskan.

“Ini makanan yang telah dipesan oleh Cik Melinda semalam,” ujar Rayyan. Melinda tersenyum lalu mengambil sebuah bekas makanan sahaja.

“Terima kasih, Rayyan.”

Kening Rayyan berkerut apabila Melinda menyebut namanya dengan selamba. Dia hairan macam mana gadis itu boleh mengetahui namanya. Dia juga hairan mengapa gadis itu hanya mengambil sebuah bekas makanan sahaja padahal gadis itu telah memesan dua bekas makanan.

“Macam mana kau boleh tahu nama aku?” soal Rayyan. Matanya memandang tajam ke arah Melinda. Melinda hanya melepaskan tawanya.

“Entahlah. Mungkin, sebab mimpi saya kot.”

“Jangan nak main-main lah. Aku tak ada masa untuk semua ini. Cepatlah, ambil bekas makanan ini.”

Rayyan menghulurkan sebuah lagi bekas makanan kepada Melinda. Melinda bangun lalu menolak perlahan bekas makanan tersebut.

“Saya minta maaf. Itu saya order untuk awak, Rayyan.” Dahi Rayyan berkerut mendengar kata-kata Melinda.

“Apa maksud kau?”

“Itu kau punya. Aku belanja kau hari ini. Ambillah.”

Rayyan meletakkan bekas makanan itu lalu ingin melangkah pergi dari tempat itu. Melinda merengus lalu sempat mencapai telefon Nokia milik Rayyan. Bibirnya mengukir senyuman.

“Rayyan!”

Rayyan menoleh ke arah Melinda. Telefon Nokia miliknya sudah berada di tangan Melinda menyebabkan dia terkejut.

“Woi!”

Melinda laju memasukkan nombor telefonnya di dalam telefon Nokia milik Rayyan. Rayyan mengetap gigi lalu cuba untuk merampas telefonnya dari tangan Melinda. Namun Melinda bertindak pantas dengan menghalang Rayyan menggunakan bekas makanan tersebut.

“Done!”

iPhone yang berada di dalam poket seluarnya mula berdering. Telefon Nokia Rayyan diberikan semula kepada tuan asalnya. Melinda laju menyimpan nombor telefon Rayyan di dalam iPhone nya.

“Rayyan sayang...”

Rayyan merampas semula telefon Nokianya. Melinda pula menghulurkan bekas makanan itu semula ke arah Rayyan.

“Aku beli makanan itu untuk kau. Aku belanja kau hari ini. Ambil sahajalah.”

“Aku tak minta pun belas kasihan daripada kau.”

Bekas makanan ditolak ke dada Rayyan. Melinda mendekatkan jarak mereka berdua.

“Jangan sampai aku kiss kau kat sini.”

Rayyan mendengus kasar. Dia merampas bekas makanan itu daripada tangan Melinda.

“Good. Rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari.”

Melinda tersenyum sambil matanya langsung tidak lepas daripada meneliti wajah tampan Rayyan dengan lebih dekat. Wajah yang berjaya membuatkan tulang rusuknya bergetar lain macam walaupun baru sekali dua mereka berjumpa. Wajah yang membuatkan dia mula jatuh ke alam fantasi ciptaannya sendiri akibat leka melihat wajah Rayyan.

“Woi!”

POOF!

Habis berterabur semua angannya. Melinda tersentak dari alam fantasi. Rayyan yang terkebil-terkebil menjarakkan sedikit jarak mereka berdua.

“Aku pergi dulu. Terima kasih untuk ini,” ucap Rayyan sambil menunjukkan bekas makanan yang diberikan oleh Melinda secara percuma. Melinda mengangguk kepala.

“Sama-sama.” Matanya tidak lepas melihat sosok tubuh Rayyan yang berlalu. Dia memeluk tubuhnya sendiri. Bibirnya mengukir senyuman manis.

“Kau memang buat aku gila, Rayyan.”

Anda semua adalah yang terbaik!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience