BAB 21

Romance Series 30122

TANGANNYA dikepal kuat. Adegan seorang lelaki bersama gadis yang dicintainya telah berjaya menggelegakkan perasaan amarahnya. Bukan begitu sahaja. Rasa tidak puas hati juga turut menjalar sama.

“Aku kaya daripada jantan tu! Kenapa kau pilih dia?!”

Omar menghentak tangannya beberapa di stereng kereta yang tidak bersalah. Bibirnya diketap kuat. Dia sakit hati melihat adegan Melinda dan Rayyan yang begitu mesra di matanya.

“Melinda ni dah buta kah? Lelaki tu pekerja dia! Miskin! Mesti nak kahwin dengan Melinda sebab nak kikis duit Melinda kan?!”

Dada Omar berombak hebat. Matanya tiba-tiba sahaja terpandang sebuah kereta yang laju keluar daripada perkarangan parking kereta shopping mall tersebut. Bibirnya tersenyum sinis.

“Rayyan, nanti kau,” bicaranya sinis.


KACA mata hitam dibiarkan tersangkut di batang hidung Melinda. Dia memandu kereta tersebut menuju ke pejabatnya semula. Muzik yang terpasang di radio kereta tersebut tidak memberikan sebarang impak kepada Rayyan yang masih termenung memandang di luar cermin kereta. Melinda menarik sebuah nafas.

“Rayyan…”

“Hrmmmm…”

“Kau okey tak ni?” soal Melinda sambil fokus memandu. Rayyan pula hanya mengangguk kepalanya walaupun dia masih memandang di luar cermin kereta.

“Okeylah tu.”

Melinda tersenyum gembira walaupun hanya mendapat jawapan daripada Rayyan dalam bentuk isyarat sahaja. Kereta dipandu sudah melalui sebuah jambatan. Namun, sebuah kereta mewah tiba-tiba memotong kereta Melinda lalu berhenti dengan mengejutkan di hadapan kereta Melinda. Melinda terpaksa membrek kereta dengan begitu mengejut.

SKRETTTTT!

Handbreak ditarik laju.

Melinda dan Rayyan terkejut melihat kejadian itu. Dengan serentak, Melinda dan Rayyan membuka seatbelt lalu keluar daripada kereta. Omar melulu keluar daripada keretanya lalu berjalan pantas menuju ke arah Rayyan dan Melinda.

“Omar, kau ni dah kenapa huh?”

Omar mendekati Rayyan sebelum sebuah penumbuk dihadiahkan untuk Rayyan.

BUKK!!

Melinda terkejut dengan aksi yang disaksikannya di hadapan mata.

“Omar!”

Melinda menolak Omar dengan kasar supaya Omar menjauhi lelaki miliknya itu. Pipi Rayyan yang berbekas akibat tumbukan Omar disentuh lembut. Melinda sangat risau jika apa-apa yang buruk akan terjadi selepas Rayyan menerima tumbukan Omar itu.

“Apa kau ni? Dah gila ke?!”

Melinda berpusing memandang ke arah Omar dengan tajam. Tangannya dikepal kuat.

“Kau nak apa sebenarnya daripada aku? Kan aku dah cakap…”

“Kau cakap apa? Kau cakap apa?!” Suara Omar mula dinaikkan seoktaf. Melinda mengetap bibirnya.

“Melinda. Kau seorang pelajar yang cemerlang. Dengan kejayaan kau, memang kau akan dapat hidup yang bahagia. Kerjaya yang bagus. Tapi satu perkara yang kau salah pilih di atas muka bumi ni!”

Melinda menghela nafasnya.

“Perkara itu adalah pasangan hidup. Itukah yang kau maksudkan, Omar?”

Omar tersenyum senget.

“Well, kau memang cepat tangkap. Aku tahu kau banyak kebolehan, Melinda. Semua bidang kau boleh ceburi. Termasuk bidang pengkomputeran. Macam hacker…”

“Cukup.”

Omar terdiam sambil memandang ke arah Melinda.

“Kau nak apa? Bagitau aku sekarang.” Tiada senyuman tersungging di bibir gadis itu. Muka tiada jiwa mula dipamerkan kepada Omar.

“Senang saja aku nak.” Omar mengeluarkan sesuatu daripada poket seluarnya. Wang yang disusun dan diikat dengan getah ditunjukkan kepada Melinda dan Rayyan.

“Woi, jantan.”

Omar mendekati Rayyan. Dia berdiri tegak betul-betul di hadapan Rayyan. Wajah Rayyan dipandang dengan begitu sinis.

“Ambil duit ni. Tinggalkan Melinda.”

Omar menampar-nampar wajah Rayyan dengan menggunakan wang tersebut. Rayyan diam sambil tangannya dikepal dengan begitu kuat. Rahangnya diketap.

Omar membaling wang tersebut ke wajah Rayyan. Sebahagian wang tersebut sudah terlerai atau terkeluar daripada ikatan getah tersebut. Hal ini menyebabkan wang tersebut jatuh ke jalan tar dengan keadaan yang bertaburan.

Omar ketawa sinis.

“Kau kahwin dengan Melinda sebab duit kan. Makan duit tu. Aku dah bagi kau RM 80000. Sila berambus daripada hidup Melinda kesayangan aku.”

Rayyan mengetap giginya. Namun dia tersentak melihat Melinda yang tiba-tiba sahaja menundukkan tubuhnya bagi mengutip wang-wang yang bertabutan di atas jalan raya.

“Kau tak layak dengan Melinda, Rayyan. Melinda itu berhak berkahwin dengan orang yang sama taraf dengan dia sahaja. Mustahil ada perempuan secantik Melinda akan berkahwin dengan kau yang sangat miskin.”

“Ada sahaja perempuan kaya cintakan lelaki miskin.”

Omar memandang ke arah Melinda. Matanya membulat melihat tangan Melinda dipenuhi oleh wang yang diberikan kepada Rayyan tadi.

“Akulah orang tersebut.”

Melinda tersenyum sinis. Wang digenggam erat sebelum dibaling begitu sahaja ke udara. Rayyan terkejut dengan tindakan Melinda yang sangat berani. Memang cari mati!

“Omar…”

BUKK!!

Omar tersungkur ke belakang apabila menerima sebuah tumbukan padu daripada Melinda. Melinda tersenyum senget lalu membetulkan posisi berdirinya.

“Maaf, Omar. Saya Melinda tidak pernah memilih rupa paras, harta atau lain-lain berkaitan diri seorang lelaki yang ingin saya miliki.”

“Duit bukan segalanya. Duit bukan boleh membawa kita kepada kebahagiaan. Tetapi, kerakusan.”

Melinda tersenyum sinis. Kakinya dilayang ke udara.

Omar rebah ke tanah apabila menerima tendangan padu daripada Melinda. Melinda tersenyum memandang ke arah kasut bertumit tingginya itu. Dia sangat bersyukur kerana kasut ini juga membantunya sebagai senjata membelasah manusia tidak berguna di dalam dunia ini.

Melinda menarik tangan Rayyan. Mereka berdua masuk ke dalam perut kereta. Melinda pantas menghidupkan enjin kereta lalu memandu laju kereta tersebut. Dia sempat mengangkutkan kaca mata hitamnya semula di batang hidungnya untuk memperlihatkan betapa ‘swag’ dirinya sekarang.

Esok dah start kelas online. Mungkin novel ini akan jarang update sbb Ifah dan Alia fokus dgn kelas online. Harap maklum kepada pembaca setia Aku Mahu Dia. Dan kami berdua mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang sudi membaca dan setia menunggu bab seterusnya novel ini. Anda sangat-sangat terbaik!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience