BAB 62

Romance Series 30122

RAYYAN dan Aniq berusaha untuk mencari Melinda di serata tempat. Namun usaha mereka telah menemui jalan kehampaan. Rayyan mula risau dengan keadaan isterinya.

“Uncle, cuba hack telefon Mel. Mungkin dapat location last dia ke?”

Aniq mengangguk kepalanya. Dia mengambil komputer riba kecilnya lalu menaip sesuatu.

“Uncle, saya dah rasa tak sedap hati ni,” adu Rayyan kepada Aniq. Aniq menghela nafasnya.

“Ye, sabar. Nanti aku dapatkan location kesayangan kau. Kau bawa bertenang dulu. Jangan terlampau cemas,” pesan Aniq kepada Rayyan. Rayyan mengangguk kepalanya.

“Korang gaduh ke?” soal Aniq secara tiba-tiba. Rayyan menggeleng kepalanya.

“Taklah. Tapi dia cakap dia tak ada mood tadi.”

“Dia tipu,” ujar Aniq pendek. Rayyan mengerutkan dahinya.

“Dia tipu? Maksud uncle?”

“Kadang-kala, Mel itu sedikit perahsia. Dia taknak orang tengok kesedihan dia. Itu adalah kelemahan dia sebenarnya,” ujar Aniq. Rayyan mengangguk kepalanya.

“Ouhh, saya faham. Jadi, dia berpura-pura okey di hadapan saya saja tadi?”

Kepala Aniq diangguk.

“Mungkin dia sedang bersedih kot.”

Rayyan terdiam.

“Hari tu pun dia sedih potong rambut. Hampir je gunting tu nak lukakan mata dia.”

Aniq berhenti menaip. Kepalanya ditolehkan ke arah Rayyan.

“Seriuslah?”

“Ye, uncle. Nasib saya ada time tu.”

Aniq pantas menaip dengan laju.

“Takkanlah dia nak try lagi,” ujar Aniq dengan keras.

“Try apa, uncle?”

“Bunuh diri.”

Rayyan terkejut.

“Apa? Apa dia fikir sampai nak bunuh diri?!”

Aniq menutup lalu meletakkan laptop itu ke tepi. Bahu Rayyan dipegang kuat.

“Aku nak cakap sikit dengan kau,” ujar Aniq dengan dingin. Rayyan memandang wajah Aniq.

“Kau sayangkan anak buah aku tak?”

Rayyan terkedu mendengar soalan tersebut. Dia menundukkan kepalanya. Semahunya dia hendak mengatakan perkara tersebut namun perasaan malu menguasai dirinya. Dia malu kepada dirinya sendiri. Malu kerana membiarkan Melinda bertepuk sebelah tangan sahaja.

“Kau adalah orang pertama yang buat anak buah aku jatuh cinta.”

Wajah Rayyan didongakkan ke atas.

“Dia sayang kau. Dia suka kau. Dia cinta kau, Rayyan. Kau faham tak?”

Rayyan diam. Dia tahu perasaan tersebut. Dia tahu Melinda menyimpan perasaan tersebut di hati gadis itu.

“Saya tahu, uncle.”

Aniq mengetap bibirnya.

“Kalau kau sayang dia, kau jaga dia baik-baik.”

Rayyan perlahan mengangguk kepalanya.

“Kalau kau dah tak sayang dia, kau boleh pulangkan dia dengan cara yang baik. Lepaskan dia kalau kau sudah tidak mencintai dia, Rayyan.”

Rayyan memandang anak mata Aniq.

“Saya takkan lepaskan dia!”

Aniq menyembunyikan senyuman.

“Kau sayang dia?”

“Saya sayang dia.”

Aniq tersenyum.

“Nah. Ambil ini.” Aniq menghulurkan sehelai kertas kecil kepada Rayyan. Rayyan mengerutkan dahinya.

“Hah? Apa ni?”

“Location terakhir Melinda.”

Rayyan pantas merampas kertas kecil tersebut dari tangan Aniq lalu berlari ke motosikalnya. Dia memakai topi keledar lalu membonceng motosikal tersebut.

Aniq hanya tersenyum. Kepalanya digeleng beberapa kali.

“Cari dan pujuk dia, Rayyan.”

MELINDA meletakkan kasut tumit tingginya di sebelah. Perlahan-lahan dia menaiki tembok dinding tersebut lalu berdiri tegak memandang ke arah bawah. Banyak kereta berpusu-pusu ke jalan raya namun semua itu tidak dihiraukan oleh Melinda. Dia sudah nekad.

Air mata tidak berhenti mengalir sejak tadi. Ketinggian bangunan tersebut tidak menghentikan tindakan Melinda itu.

Betulkah apa yang aku buat ini? Adakah ini jalan terbaik? Jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah?

Melinda menggeleng kepala. Dia memegang kepalanya sendiri. Matanya terpejam erat.

Tak! Apa aku buat ni?!

“Melinda!!”

Terima kasih, harap bersabar menunggu bab seterusnya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience