BAB 50

Romance Series 30122

MELINDA menghentikan kereta itu betul-betul di tengah sebuah jambatan yang sudah lama tidak digunakan bagi tujuan pengangkutan. Rayyan mengerutkan dahinya kerana masih tidak memahami apa yang berlaku pada hari ini.

“Woi, kau nak pergi mana?” soal Rayyan apabila melihat Melinda yang ingin keluar dari kereta. Melinda hanya tersengih.

“Nak ambil udara segarlah.”

Melinda keluar dari kereta selepas mematikan enjin kereta. Rayyan pantas keluar dari kereta lalu mendekati Melinda.

“Apasal kau nak berhenti kat sini?”

Melinda tersenyum.

“Aku nak tenangkan jiwa aku.”

Rayyan mengangguk kepala tanda faham.

“Ouh, ini cara lain kau nak tenangkan jiwalah kan?” soal Rayyan. Melinda mengangguk kepala.

“Aku rasa tenang betul apabila lihat semua ciptaan Allah. Dan aku bersyukur aku dapat lihat keindahan alam sekitar yang tak terkata cantiknya.”

Rayyan mengangguk kepala tanda setuju dengan kata-kata Melinda tersebut.

“Tapi malangnya, ada manusia yang sanggup rosakan semua ini demi duit sahaja,” ujar Rayyan dengan kesal.

“Memang dalam dunia ini ada manusia yang tamak untuk kepentingan mereka sahaja. Mereka ingat duit adalah sebuah kebahagian yang nyata. Tetapi salah sama sekali.”

“Jiwa yang tenang. Ahli keluarga yang baik serta pasangan hidup yang saling menghormati dan menyayangi adalah sebuah kebahagian yang aku cuba gapai sampai sekarang.”

Rayyan terkelu. Matanya tajam memandang ke arah Melinda.

“Aku ada rupa paras cantik. Aku ada kerjaya yang baik. Aku ada banyak wang. Bukan bermakna aku bahagia. Aku perlukan seorang lelaki yang mampu pimpin aku dengan aku.”

Rayyan sudah rasa bersalah terhadap Melinda apabila mendengar ayat yang keluar dari mulut gadis itu. Dia cuba untuk mengawal riak wajah namun tidak berjaya.

“Mel…”

Kata-kata Rayyan terhenti apabila mendengar bunyi deringan daripada telefonnya. Dia pantas mencapai telefonnya lalu menjauhkan jarak dengan Melinda. Dia menjawab panggilan tersebut.

“Assalamualikum. Ya, Kamilah. Kenapa ni?”

“Rayyan, saya dapat kerja baharu. Teruja sangat sekarang!”

Kata-kata tersebut membuatkan Rayyan ikut teruja.

“Wow, cepatnya dapat. Tahniah.”

“Ye, saya berterima kasih sangat dengan boss.”

Berterima kasih dengan Melinda? Rayyan mula hairan.

“Kenapa pula dengan boss? Kenapa Milah nak berterima kasih kepada boss?”

Kamilah tertawa.

“Boss tolong saya dapat kerja di Syarikat Mestika.”

Rayyan terkelu. Dia betul-betul tidak sangka Melinda mampu membuat perkara sebegitu dengan begitu tangkas dan cepat.

“Oh, yeke? Tahniah Kamilah. Kerja elok-elok tau!”

“Terima kasih, Rayyan. Bye!”

Rayyan memasukkan telefonnya di poket seluarnya. Matanya tepat memandang Melinda yang sedang menggosok matanya.

“Jomlah kita balik.” Rayyan menarik tangan Melinda apabila mendengar suara gadis itu bergetar. Dia terkedu melihat air mata Melinda yang sudah mengalir ke pipi.

“Kau dah kenapa nangis ni, huh?” Rayyan pantas mengesat air mata Melinda. Entah mengapa, dia semakin berani berbuat sebegitu. Melinda mula mengomel apabila Rayyan berbuat sebegitu.

“Apa kau ni?”

Melinda menepis tangan Rayyan. Tangan Rayyan laju mengetuk kepala gadis itu.

“Diam! Jangan nangis. Aku gigit kau.” Rayyan memicit-micit pipi Melinda tanda geram. Melinda mengerang kesakitan.

“Apa ni? Dahlah!”

Rayyan mendekatkan jarak wajahnya dengan wajah Melinda. Tindakan Rayyan tersebut membuatkan Melinda sendiri menjadi terkedu.

“Rayyan?”

Rayyan tersedar. Pantas tangannya menolak Melinda menyebabkan gadis itu tidak dapat mengawal imbangan tubuhnya sendiri.

“Aduhh!!”

“Melinda!”

Rayyan meninggung di hadapan Melinda yang sudah terduduk di atas jalan tar. Matanya tepat melirik luka di lutut gadis itu. Dia menghela nafasnya.

“Banyak betul masalah kita ya.”

Melinda mengangguk kepala. Dia menjerit apabila tubuhnya terasa melayang.

“Diam! Aku baling kau dalam sungai baru kau tahu.”

Rayyan memasukkan tubuh Melinda di dalam perut kereta. Kali ini, dia pula mengambil tugas untuk memandu kereta itu balik ke rumah.

Melinda menyandarkan kepalanya ke bahu Rayyan. Hal itu menyebabkan Rayyan menjadi tidak keruan. Dia menekup mulutnya sendiri. Perasaan apakah ini?

Terima kasih! Harap bersabar menunggu bab seterusnya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience