BAB 44

Romance Series 30122

MELINDA melangkah keluar dari pejabatnya. Mata helangnya memandang ke arah Kamilah yang sedang khusyuk membuat kerja.

“Kamilah!”

Kamilah menoleh ke atas memandang Melinda.

“Masuk ke pejabat saya sekarang!”

Kamilah mengangguk kepala lalu menghentikan kerjanya seketika. Dia bangun lalu berlari ke tangga.

Niat Rayyan untuk memanggil nama Kamilah terbantut apabila melihat gadis itu menaiki tangga. Dia sudah faham apa yang dilakukan oleh Kamilah itu. Buat apa lagi? Jumpa bosslah!

KAMILAH menangis teresak-esak keluar daripada pejabat Melinda. Dia perlahan menuruni tangga sambil memeluk sebuah surat.

“Eh, Milah? Kenapa ni?” soal Rayyan risau apabila melihat wajah Kamilah yang kesedihan. Kamilah menggeleng kepala.

“Awak, saya nak ucapkan terima kasih sebab layan saya dengan baik sekali. Awak memang terbaik.”

Rayyan mengangguk kepala tetapi dia masih tertanya-tanya apakah yang sedang berlaku.

“Kenapa ni, Milah?”

“Kamilah, awak dah boleh balik. Awak bukan pekerja di sini lagi,” ujar Melinda dari atas. Rayyan terkejut lalu memandang ke arah Melinda. Jari jemarinya dikepal membentuk penumbuk.

“Terima kasih, boss. Terima kasih, awak. Saya pergi dulu.”

Rayyan terkedu melihat Kamilah yang sudah berlalu meninggalkan tempat tersebut. Matanya tajam memandang ke arah Melinda yang sedang berdiri tegak di atas.

“Kenapa kau pecat dia?”

“Kenapa kau pula nak gelabah? Aku boss, aku pecat dialah.”

“Kau tak boleh buat orang begitu, Melinda Binti Mirza Zhafran!” Suara Rayyan mula naik seoktaf. Melinda mula tercabar dengan kata-kata Rayyan. Dia pantas menuruni tangga.

“Oh, kalau aku bukan main lagi kau mahu marah-marah bagai. Kalau dengan dia, fuh! Layanan tiptop macam VIP kau bagi ye.”

“Dia baik, Mel. Tak macam kau!”

Melinda terkejut mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut Rayyan itu.

“Oh, yeke? Kamilah itu baik lah. Baik sangat?!”

“Memang! Memang Milah tu baik. Dia kerja sini sebab nak tanggung ibu dan adik beradik dia. Tapi kau…”

Rayyan menghentikan ayat tersebut. Kepalanya digeleng-geleng. Kesal.

“Kau buat dia macam orang takde perasaan. Kau kejam Mel. Kejam.”

Melinda terkedu dengan kata-kata Rayyan tersebut. Suaranya bagai tersekat di kerongkong, susah untuk berkata-kata. Tubuhnya terbejat bersama dengan mata yang berkaca-kaca memandang suaminya itu.

Bibir dikemam menahan perasaan.

Sampai begitu sekali Rayyan menggelarnya? Kejam? Apa teruk sangat ke sikapnya selama ini?

Melinda menarik nafas dalam. Hembus panjang. Kepala yang tertunduk dibawa mendongak ke atas, bertentang tepat dengan anak mata Rayyan. Bibir terketar-ketar.

“Wah, hebat betulkan Milah tu! Semua orang sayang dia. Suami aku pun sayang dia. Hebat betulkan dia?” Dalam-dalam mahu menangis, sempat lagi Melinda mengujarkan ayat sarkastik.

Rayyan melorek senyum penuh sinis. Hatinya langsung tidak terusik dengan suara getaran Melinda itu. Kepalanya dianggukkan sebagai jawapan.

“Ya, dia memang hebat. Beruntung sangat siapa yg dapat jadi suami dia. Mesti bahagia. Tapi aku…” Rayyan memandang Melinda.

Dia menggeleng laju.

“Aku malang. Sebab kahwin dengan orang yang aku tak pernah cinta seumur hidup. Dan kau pun sama malang. Perkahwinan kita ni bukannya satu kebetulan, tapi satu kesilapan yg paling besar aku pernah buat.”

Sebuah tamparan hebat diterima oleh Melinda selepas mendengar kata-kata tersebut dari suaminya sendiri. Setitis air matanya mula mengalir. Disebabkan kesalahannya memecat Kamilah, seribu satu kebaikannya serta-merta ditutup sama sekali.

Walaupun air matanya mula mengalir, Melinda masih boleh tersenyum sambil bertentang mata dengan Rayyan.

“Aku sayang kau, tapi kenapa kau buat aku macam begini?”

Terima kasih! Semoga bersabar menunggu bab seterusnya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience