BAB 51

Romance Series 30122

ANAK mata pisau mula dihalakan kepada orang tua tersebut. Mata Melinda terkedu melihat kejadian yang berlaku di hadapan matanya.

“Pakcik!!”

ZUPP!!!

“Tidak!”

Melinda bangun dari posisi berbaring. Nafasnya mula tidak terkawal.

“Apa kau jerit-jerit ni, Mel? Mimpi buruk ke?” soal Rayyan sambil menggosok matanya. Melinda mengelap peluh yang merenek ke dahinya. Dia membaringkan semula tubuhnya di atas katil.

“Maaf, Rayyan. Aku tak sengaja.”

Rayyan mengangguk kepala lalu menyambung tidurnya semula. Melinda menarik nafasnya. Dia cuba membuang jauh kejadian yang berlaku di dalam mimpinya itu. Matanya dipejam semula dan akhirnya dia mula terlena.

MELINDA menaiki tangga sambil matanya digosok-gosok. Rasa mengantuk mula menguasai dirinya selepas tidak dapat tidur dengan lena akibat mimpi semalam.

“Ada-ada sahaja aku mimpi ni. Mesti aku tak cuci kaki ni kan.”

Melinda menolak daun pintu pejabatnya. Fail dan beg tangan dibaling ke arah sofa. Matanya terpandang susuk tubuh seorang lelaki yang berdiri di hadapan meja kerjanya.

“Ah!”

Rayyan memalingkan wajahnya ke atas memandang pejabat Melinda. Dia meninggalkan kerjanya lalu dengan laju dia menaiki tangga dan terus pecut ke pejabat Melinda. Daun pintu ditolak kasar olehnya.

“Melinda! Kenapa ni?!”

Matanya membulat memandang Melinda yang sedang menarik kolar baju lelaki yang tidak dikenali sambil menjerit.

“Uncle!! Apa ni? Tak bagitau pun Mel uncle nak datang? Eiii, mengada betul nak rahsiakan daripada Mel!”

Aniq ketawa apabila mendengar bebelan anak buahnya itu. Kepalanya ditoleh ke arah Rayyan yang sedang berdiri di muka pintu.

“Ya, anak buah menantu ku!”

Melinda mengetuk kepala Aniq.

“Apa anak buah menantuku pula!” marah Melinda. Aniq hanya ketawa terbahak-bahak. Melinda melepaskan Aniq lalu mendekati Rayyan.

“Rayyan, ini uncle aku. Perkenalkan diri kau dekat dia,” ujar Melinda. Rayyan mengangguk kepala lalu menunduk hormat kepada Aniq.

“Assalamualaikum, pakcik! Saya Rayyan suami Melinda.”

Aniq mengangguk kepala lalu tersenyum.

“Oh, Mel memang boss Rayyan ye?”

Melinda mengangguk kepalanya.

“Ya, kenapa uncle? Rayyan ni tak pandai kalau nak tadbir syarikat ni. So, Mel ambil alih sekejap sementara dia belajar.” Aniq mengangguk kepala tanda faham.

“Jadi, aku yang datang ni tiada hidangan?” soal Aniq. Melinda menolak Aniq ke arah Rayyan.

“Rayyan, bawa dia pergi kedai kafe di sebelah tu.”

“Huh, tapi…”

Melinda menolak Rayyan dan Aniq keluar dari pejabatnya. Dia menghulurkan duit kepada Rayyan.

“Nah, belanja kau. Aku banyak kerja.”

Melinda menutup pintu pejabatnya. Aniq menggeleng kepalanya.

“Inilah anak muda zaman sekarang.”

Kepalanya ditolehkan ke arah Rayyan.

“Jom ke kafe tu.”

Rayyan mengangguk kepala. Aniq mengikuti langkah Rayyan dari belakang tanpa banyak soalan lagi.

Terima kasih!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience