BAB 34

Romance Series 30122

BELLA melutut di hadapan Melinda sambil menangis teresak-esak. Dia sangat menyesal atas perbuatannya itu. Tangan Melinda di atas lalu digenggam. Bibirnya dikemam dan cuba menahan tangisannya.

“Maafkan saya, boss. Maafkan saya. Saya janji saya takkan buat lagi. Maafkan saya…”

Melinda menepis tangan Bella. Dia duduk meninggung di hadapan Melinda lalu menyentuh dagu gadis itu. Ibu jarinya mengesat air mata Bella yang tidak berhenti mengalir itu.

“Maafkan saya…”

Melinda masih beriak seperti biasa. Perlahan-lahan senyuman sinis terukir di bibirnya sambil matanya dengan tajam memandang ke arah Bella.

“Kau tahu tak? Aku tak pernah sentuh suami aku, tapi kau!”

Melinda mengetap giginya.

“Kau memang berani menghadap kemarahan aku, tahniah!”

“Tak, boss.”

“Kita ini perempuan. Kena pandai jaga maruah sikit. Bukan jual maruah senang hati macam jual getah. Getah pun pandai mahal. Kau ni memang sentiasa murah.”

Bella menggeleng kepalanya. Tangan Melinda cuba untuk digenggam namun Melinda menepis perbuatan itu. Wajah sinisnya berubah menjadi dingin.

“Siapa ajar kau jadi miang ni? Amanda? Boss kau? Apa dia cakap?”

“Dia … dia upah saya untuk rosakan rumah tangga boss.”

Kepala Bella ditunjal oleh Melinda.

“Kau memang dah gila ke? Kau sanggup jadi gatal sebab duit sahaja? Ada cara lain kot kau boleh buat duit. Kau boleh buat business dan macam-macam lagi. Cara kotor dan jijik ini juga kau guna ke?”

Bella hanya diam. Dia malu terhadap dirinya sendiri. Dirinya sangat bodoh menerima tawaran Amanda untuk merosakkan rumah tangga Melinda dan Rayyan itu.

“Maafkan saya, boss. Maafkan saya…”

“Kau ingat aku senang-senang saja nak maafkan kau? Kau dah sentuh suami aku!” marah Melinda. Tangannya dikepal kuat. Sebuah dengusan kasar dilepaskan.

“Maafkan saya, boss. Saya tak berniat pun nak rosakan rumah tangga boss. Saya… saya terpaksa.”

“What? Terpaksa?”

Melinda menatap tajam wajah Bella. Tiada sebuah senyuman yang manis ataupun sinis terukir di bibirnya sekarang. Wajah dingin dipamerkan kepada Bella.

“Terpaksa? Apa maksud kau terpaksa?”

Bella mengesat air matanya yang tidak henti-henti mengalir deras. Bibirnya dikemam kuat.

“Saya…”

“Cakaplah!!”

“Saya nak tolong abang saya sara hidup kami sekeluarga. Kakak ipar saya ada penyakit jantung. Dia perlu jalani pembedahan. Tetapi, kami tiada duit untuk tampung semua kos pembedahan. Saya terpaksa ambil jalan ini untuk dapatkan duit,” cerita Bella kepada Melinda. Melinda terdiam seketika apabila mendengar cerita Bella itu.

“Berapa Amanda bayar kau?”

“RM1500.”

“Huh, sikit sangat tu. Miskin juga si Amanda ni.”

Melinda berdiri di hadapan Bella. Tangan dihulurkan seperti meminta sesuatu.

“Bagi telefon kau.”

Telefon Bella laju dirampas oleh Melinda apabila telefon itu dihulurkan kepadanya. Melinda terus menghidupkan telefon itu lalu mencari sesuatu.

ILHAM menghela nafasnya. Kakinya melangkah masuk ke dalam rumah yang sudah hampir menjadi using itu. Senyuman palsu mula diukir oleh bibir Ilham untuk menutup kesakitannya akibat perbuatan adiknya sendiri.

“Abang…”

Ilham laju mendapatkan Natasha yang terbaring di atas sebuah katil. Tangan kanan wanita itu digenggam lalu dikucup lembut.

“Ye, sayang.”

Natasha ketawa kecil. Tangan kirinya menyentuh pipi Ilham.

“Abang ada masalah ke? Mana Bella?”

Ilham menggeleng kepalanya. Sebuah keluhan dilepaskan.

“Masalah kecil je. Sayang jangan risau tau.”

Natasha mengangguk kepala.

“Abang…”

Ilham memandang ke arah wajah Natasha.

“Ya, sayang. Kenapa? Nak makan?”

Natasha mengeleng kepalanya.

“Kalau kita batalkan sahaja pembedahan itu boleh?”

“Eh, kenapa pula sayang? Kalau sayang buat pembedahan, sayang dah tak bergantung dengan ubat. Sayang dah sihat,” ujar Ilham menyedapkan hati isterinya. Dia dan Bella bekerja keras untuk menampung kos pembedahan. Walaupun duit yang dikumpul oleh mereka masih bernilai sedikit namun itu tidak memutuskan usaha mereka untuk mencari lebih duit lagi.

“Tapi, kesian abang dengan Bella.”

“Sayang…”

Ilham memandang telefon Nokianya yang sedang berdering berada di atas meja. Dia melirik semula ke arah Natasha sebelum bangun mencapai telefon itu. Hatinya semakin sakit melihat nama adiknya yang tertera di skrin telefon itu. Panggilan itu dijawab oleh Ilham walaupun hatinya sangat berat terhadap adiknya itu.

“Hello, ini Ilham ke? Abang Bella?”

Ilham terkedu mendengar suara itu. Air liur ditelan oleh Ilham.

Natasha mengerutkan dahi melihat perubahan riak wajah suaminya. Ilham meletakkan telefon Nokia di atas meja makan semula. Kakinya berlari mendekati Natasha lalu memeluk tubuh wanita itu. Natasha terkejut dengan tindakan pantas Ilham.

“Eh, abang dah kenapa? Terkejut sayang.”

Ilham meleraikan pelukan.

“Sayang, kita dah boleh buat pembedahan. Ada orang nak tolong kita!”

“Hah? Betul ke ni?!”

Ilham mengangguk kepalanya beberapa kali. Natasha ditarik semula di dalam dakapan Ilham. Tangisan kegembiraan mula kedengaran. Kegembiraan itu tercetus apabila sebuah penderitaan kian menghilang.

MELINDA tersenyum lalu memberikan telefon Bella semula kepada tuannya. Matanya tajam memandang ke arah Bella.

“Bella…”

Melinda menarik nafas dalam.

“Awak dipecat.”

Terima kasih!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience