BAB 39

Romance Series 30122

MELINDA dan Rayyan melangkah masuk ke halaman rumah agam itu. Senyuman palsu terukir di bibir masing-masing. Kejadian pergaduhan Melinda dan Nadia di halaman rumah tersebut mula menyerang fikiran dua insan tersebut.

“Hrm, ganas juga aku.”

“Baru kau tahu,” tegur Rayyan. Melinda tersengih.

“Melinda! Ya Allah, ingatkan kamu tak datang tadi.”

Seorang wanita berusia lingkuan 60 tahun mendekati Melinda dan Rayyan. Tubuh Melinda dipeluk sekejap.

“Terima kasih, Mel. Mummy ingat kamu tak datang tadi,” ujar wanita itu. Melinda tersenyum manis.

“Ini siapa? Boyfriend kamu?”

“Suami saya, Datin Reina. Nama dia Rayyan,” ujar Melinda memperkenalkan Rayyan kepada Datin Reina, ibu Remy. Datin Reina gembira melihat kedua wajah anak muda di hadapannya itu.

“Serasi sangat kamu berdua ini. Eh, lupa pula. Meh masuk. Mesti lama kamu berdua berdiri kan. Nanti sakit pula kaki tu.” Datin Reina mempelawa Melinda dan Rayyan untuk masuk ke rumah agam tersebut. Melinda dan Rayyan mengangguk kepala lalu membuka kasut masing-masing.

“Bik, buatkan air teh.”

Melinda dan Rayyan mengikuti langkah Datin Reina ke ruang tamu rumah agam itu. Rayyan sedikit kagum dengan ukiran yang cantik di dalam rumah tersebut.

“Suami Mel kerja apa?”

“Dia boss Mel.” Pantas sahaja Melinda berkata sebegitu. Rayyan terkejut mendengar ayat yang keluar dari mulut Melinda itu.

“Boss? Remy cakap Mel pun boss.”

“Ye, saya pun boss. Rayyan boss pertama. Dia yang paling atas. Kalau Mel pula boss yang kedua. Lebih bawah daripada Rayyan,” tipu Melinda kepada Datin Reina. Datin Reina hanya mengangguk kepala tanda faham. Rayyan mula hanya diam sambil memasang telinga.

“Kamu rapat dengan Remy ke?”

“Ya, datin. Remy banyak bagi ajaran dekat saya dalam bidang perniagaan ini.”

“Eh, tak perlulah panggil datin. Panggil mummy sahaja.”

Melinda tersenyum hambar lalu mengangguk kepala.

“Okey, mummy.”

Datin Reina tersenyum. Terserlah kecantikan wanita itu walaupun sudah berusia.

“Remy itu selalu puji Melinda. Itulah, inilah. Mummy pun hairan dengan anak mummy tu.” Datin Reina tergelak. Melinda hanya tersengih.

“Mel ni biasa-biasa saja, mummy. Taklah hebat macam mummy.”

Rayyan hanya mengunci mulutnya. Penumbuknya dikepal kuat. Dia kembali tidak berpuas hati dengan Remy yang memuji-muji Melinda di belakang tabir.

“Assalamualikum…”

Selepas memberi salam, Remy melangkah masuk ke rumah agam tersebut. Matanya tertumpu ke arah Datin Reina dan Melinda yang berada di ruang tamu. Remy terkedu melihat gadis yang disukainya sedang berbual dengan mummynya.

“Waalaikumsalam. Remy dah balik? Meh duduk sini, sayang,” panggil Datin Reina. Kaki Remy diangkat melangkah ke ruang tamu.

“Mummy, kenapa Mel dengan Rayyan ada kat sini?”

Tangan Datin Reina disalam dan dikucup lembut olehnya.

“Mummy ajak mereka datang sini. Kita makan tengahari bersama-samalah. Kan meriah sikit.”

Remy mengangguk kepala tanda faham. Kepalanya ditolehkan ke arah Rayyan.

“Hai, bro.”

“Hrmm…”

Rayyan terpaksa menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan Remy. Matanya memandang ke arah lain kerana tidak berminat untuk melihat wajah lelaki sewel di hadapannya itu.

“Jadi? Mel dah try apa yang abang ajar hari tu?” soal Remy lalu mengambil tempat di sebelah Datin Reina. Mata Rayyan membulat apabila mendengar Remy membahasakan diri sendiri sebagai ‘abang’.

“Dah cuba tapi tak jadi. Mel tak berapa fahamlah. Abang Remy ajar pun ala kadar. Macam mana nak faham dan buat.” Melinda mencebikkan bibirnya. Remy hanya tergelak kecil.

“Alah, senang saja tu. Nanti abang ajar Mel.”

Melinda mengangguk kepala lalu memeluk lengan Rayyan.

“Amboi, bukan main manja lagi dia dengan suami dia.” Datin Reina mengusik Melinda dan Rayyan. Melinda hanya tersengih lalu menyandarkan kepalanya di bahu Rayyan. Rayyan hanya mengunci pergerakannya.

Bibir Remy dimuncungkan selepas melihat aksi Melinda dan Rayyan. Dia meniru aksi Melinda dengan memeluk lengan mummynya. Kepala sengaja digesel-geselkan ke bahu wanita itu.

“Mummy, Remy nak kahwin!” rengek Remy kerana cemburu melihat aksi yang terpapar di hadapannya itu. Datin Reina dan Melinda tergelak.

“Ei, dah tua pun nak manja-manja dengan mummy.”

Kepala Remy diusap lembut oleh Datin Reina. Remy kelihatan begitu manja dengan mummynya. Melinda tersenyum melihat kemanjaan Remy itu.

Rayyan pula menoleh ke arah lain. Rasa cemburu terhadap Remy mula membuak-buak. Melihat kemesraan ibu dan anak menyebabkan dia sebak. Dia tidak pernah merasakan semua itu. Dia tidak pernah memeluk mahupun mencium pipi ibunya yang telah melahirkan dirinya ke dunia sebelum kembali menghadap Ilahi.

“Eh? Rayyan. Are you okay? Kenapa Rayyan nangis?” soal Datin Reina. Rayyan tersentak lalu mengesat air matanya dengan laju. Melinda pantas menarik kepala Rayyan ke dadanya.

“Maaf, mummy. Maaf, Remy.”

Belakang tubuh Rayyan diusap. Dia sedaya upaya menenangkan lelaki itu.

“Shuu … jangan nangis. Aku ada kat sini untuk kau.” Bisikan lembut Melinda menyapa telinga Rayyan. Rayyan mengesat air matanya yang tidak berhenti mengalir.

“Mel, lepas.”

Melinda melepaskan Rayyan dengan perlahan. Matanya memandang ke arah Datin Reina dan Remy semula.

“Eh, jam sudah menunjukkan waktu makan. Jom, jom! Kita makan. Makan!” Melinda pantas dan bijak menukar topik. Tangan Rayyan ditarik. Dia menarik lelaki itu untuk bangun.

“Tak sabar betul kamu, Mel.”

Remy tergelak. Mereka berempat melangkah ke meja makan bagi menikmati makanan yang sudah disediakan yang dimasak oleh bibik yang bekerja di rumah agam ini.

Terima kasih!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience