BAB 32

Romance Series 30122

MELINDA dan Rayyan mengunci mulut mereka sementara menunggu ketibaan Ilham dan Bella di dalam bilik mesyuarat ini. Melinda fokus dengan laptopnya manakala Rayyan bermain-main dengan jarinya sendiri. Tiada topik yang menarik ingin dibincangkan oleh mereka berdua.

Rayyan mengangkat wajahnya memandang ke arah Melinda. Gadis itu masih fokus dengan skrin laptop.

“Err … Mel.”

“Hrmmmm…”

Melinda mencapai wayar HDMI lalu disambungkan kepada lubang yang ada di laptopnya. LCD Projector yang sudah dihidupkan terus memaparkan video dari CCTV yang tersembunyi di dalam bilik stor. Rayyan terkejut melihat video tersebut.

Melinda hanya diam. Dia fokus menonton video itu bersama Rayyan. Namun belum sampai ke aksi Bella yang sangat berani, Melinda menghentikan video itu. Mouse dikawal lalu mengklik butang minimize. Gambar perkahwinan mereka terus terpampang menunjukkan itu adalah wallpaper yang digunakan oleh Melinda. Melinda tersenyum.

Rayyan mencebikkan bibirnya. Haih, sempat pulak minah ni tunjuk gambar kahwin. Ingat benda tu boleh buat selesai masalah ke?

TOK! TOK! TOK!

Daun pintu bilik mesyuarat diketuk. Kepala Melinda ditoleh memandang pintu bilik mesyuarat.

“Masuk!”

Daun pintu ditolak perlahan. Ilham dan Bella melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat. Melinda hanya tersenyum lalu memperlawa Ilham dan Bella untuk duduk.

“Sila kan duduk. Kita bincang masalah ini dengan baik.”

Ilham dan Bella mengambil tempat masing-masing.

“Boleh kita mulakan?” soal Melinda memandang Ilham dan Bella. Mereka berdua mengangguk kepala bersetuju dengan Melinda. Ilham memandang wajah Rayyan. Giginya diketap kuat memandang wajah lelaki yang ingin memperkosa adik perempuannya.

Melinda bangun lalu mendekati Bella. Bibirnya mengukir senyum sambil matanya tidak dilepaskan memandang wajah gadis itu.

“Cik Bella, ceritakan apa yang terjadi semalam di bilik stor.”

Bella terkejut dan teragak-agak untuk membuka mulut. Rayyan hanya menyembunyikan senyumannya. Kemenangannya bakal dilihat dan menyatakan dirinya tidak bersalah dalam hal ini.

“Masa kejadian, saya ada di dalam bilik stor. Tiba-tiba Rayyan datang bawa kotak. Saya sapa dia dengan lembut dan sambung buat kerja. Tiba-tiba, dia mula sentuh tangan saya dan…”

“Aku tak sentuh pun tangan kau! Kau yang tanya aku tentang status aku. Lepastu kau yang pegang tangan aku.” Rayyan pantas memotong kata-kata palsu yang dikatakan oleh Bella di hadapan Ilham dan Melinda.

“Eh? Kau kenapa? Adik aku belum habis cakap lagi kan?!”

“Sudah, sudah. Kita di sini mahu menyelesaikan masalah bukannya bergaduh,” ujar Melinda. Rayyan terdiam sambil penumbuk dikepal kuat. Dia menjeling Ilham dan Bella lalu menumpukan perhatian kepada Melinda.

“So cerita dari Bella sudah selesai. Beliau telah menyatakan Rayyan yang memulakan semua itu. Okey, pengakuan yang agak baik. Silakan Rayyan untuk menceritakan semuanya.”

Rayyan terdiam. Kepalanya ditundukkan ke bawah.

“Hah! Kenapa diam? Maksudnya kau yang bersalah kan?”

“Biar saya yang ceritakan.” Melinda mengambil tempat Rayyan untuk menceritakan semuanya. Dia sudah menghafal jalan cerita kejadian pada malam itu. Dia tidak gerun lagi untuk membuka kebenaran yang sebenarnya Rayyan tidak bersalah dalam hal ini.

“Apahal kau pula nak ceritakan semua. Jantan ni ada mulut kan. Biarlah dia yang bercakap,” marah Ilham kerana tidak berpuas hati terhadap Rayyan.

“Jangan panggil suami saya sebegitu. Saya tak suka!”

Mata Ilham terbeliak. Bella hanya diam. Melinda meletakkan kedua belah tangannya menyentuh bahu Rayyan. Rayyan hanya mengunci mulutnya.

Melinda menceritakan semuanya seperti di dalam video dari CCTV stor. Ilham, Bella dan Rayyan hanya mendengar. Bella terkejut terhadap Melinda yang dapat mengetahui semuanya tentang kejadian malam itu. Ilham pula tidak berpuas hati dengan cerita Melinda.

“Jadi, dalam kisah Rayyan, Bella yang bersalah.”

“Apa pula adik aku? Adik aku tak bersalah? Laki kau yang nak rogol adik aku?!” Ilham sudah mengamuk di tempat duduknya. Melinda mengetap gigi.

“Okey, kita tengok dulu movie special ni.”

Melinda pantas melangkah ke laptopnya. Video dari CCTV stor dibuka. Tangan kanannya mengawal mouse lalu mengklik butang play.

Melinda tersenyum sinis memandang ke arah Bella. Bella agak terkedu melihat bukti yang dipaparkan di hadapan itu. Ilham terkejut melihat bukti yang dilihat di hadapan matanya sendiri.

“Bella…”

Bella menundukkan kepalanya ke bawah. Bukti sudah ada. Dia sudah termakan umpan. Melinda lebih bijak melangkah daripada dirinya. Tiada idea yang timbul untuk mempertahankan dirinya lagi. Kemenangan sudah dirampas oleh Melinda dan Rayyan dengan bijak sekali.

“Bella, kenapa kau buat macam begini?” soal Ilham dengan sayu. Melinda hanya diam menonton drama yang baru sahaja bermula di hadapan matanya.

“Maafkan, Bella. Bella tahu Bella salah. Maafkan Bella, abang.”

Ilham geleng lalu bangun dari tempat duduknya. Dia memandang ke arah Melinda dengan pandangan yang sayu.

“Terima kasih kerana membuka mata saya. Awak buatlah keputusan yang terbaik untuk adik saya di dalam Food Mega ini. Saya pergi dahulu.”

“Abang!”

Ilham melangkah keluar dari bilik mesyuarat itu. Melinda menarik nafas lalu memandang ke arah Bella dan Rayyan.

“Rayyan…”

Terima Kasih!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience