BAB 49

Romance Series 30122

RAYYAN memandang bangunan pencakar langit itu. Kepalanya ditolehkan ke arah Melinda sambil jarinya terjungkit tinggi.

“Kau dah kenapa datang sini? Nak bermiang dengan CEO tu lagi ke?” soal Rayyan lalu matanya disepetkan untuk melihat reaksi Melinda. Melinda menekup mulutnya lalu ketawa.

“Apa kau ni? Jealous?”

Rayyan mendiamkan dirinya.

“Alololo, janganlah buat muka macam tu. Aku datang sini pun nak ambil surat sahaja. Bukan apa pun,” pujuk Melinda sambil menarik tangan Rayyan. Rayyan pantas menepis tangan tersebut.

“Yelah, yelah. Cepat kau ambil. Sebelum aku ubah fikiran.” Melinda tersenyum. Sebuah kucupan hinggap di pipi Rayyan. Melinda pantas membuka pintu kereta lalu berlari masuk ke dalam bangunan Syarikat Mestika. Rayyan menggeleng kepala melihat telatah Melinda itu.

“Ada-ada sahaja dia ini.”

MELINDA keluar dari bangunan Syarikat Mestika dengan sebuah senyuman yang sukar ditafsir oleh Rayyan. Sehelai surat dipeluk dengan erat oleh Melinda. Gadis itu sangat teruja selepas menerima surat tersebut.

“Kau dah kenapa senyum macam tu macam baru lepas dapat surat cinta?” soal Rayyan selepas Melinda masuk ke dalam perut kereta. Melinda tersengih.

“Takde, mana ada kau ni. Perasan je lebih.”

Kening Rayyan terjungkit.

“Surat cinta daripada Remy ke?” Rayyan memandang surat yang masih berada di tangan Melinda. Gadis itu pantas menggeleng kepala untuk menafikan perkara tersebut.

“Apa kau ni? Jealous tak bertempat. Mana ada. Remy tu dah berminat dengan seorang wanita itu.”

“Kaulah tu.”

“Mana ada!” jawab Melinda lalu memegang stereng kereta. Enjin kereta tidak dimatikan kerana Rayyan hanya duduk dan tidak mengikutinya masuk ke dalam Syarikat Mestika. Dia memandu laju kereta itu ke sebuah destinasi.

“Kenapa kau masuk kawasan perkampungan? Kita nak pergi mana?” soal Rayyan sambil meninjau kawasan di luar dengan hanya memerhati di sebelah cermin kereta sahaja. Melinda hanya tersenyum.

“Mesti kau suka nanti.”

Dahi Rayyan mula berkerut.

“Suka?”

Melinda memarkir keretanya di bahu jalan. Matanya memandang ke arah wajah Rayyan yang masih mencari jawapan.

“Kenapa kau parking kat sini?” soal Rayyan. Melinda ketawa. Jarinya ditudingkan ke sebuah arah.

“Aku nak ke rumah sana.”

Rayyan memandang sebuah rumah yang kelihatan usang. Keningnya terjungkit.

“Buat apa?”

“Nak jumpa orang. Boleh?”

“Hrmmm, yelah.”

Melinda membuka pintu kereta lalu berlari dengan laju ke arah rumah itu. Rayyan hanya memerhati dari jauh. Matanya disepetkan untuk melihat dengan lebih jelas.

Melinda berdiri di hadapan pintu rumah tersebut. Tangannya dinaikkan lalu mengetuk pintu rumah tersebut.

“Assalamualikum!”

Pintu rumah tersebut dibuka oleh seseorang. Terpampang jelas wajah Kamilah yang berseri-seri untuk menyambut tetamu yang datang. Namun dia terkedu melihat siapakah yang berdiri di hadapannya itu.

“Boss…”

Melinda tersenyum lalu menghulurkan sehelai surat kepada Kamilah.

“Tahniah, Kamilah.”

Kamilah mengerutkan dahinya. Dia menyambut surat tersebut lalu dibaca satu persatu untuk memahami apa yang diperkatakan oleh Melinda.

“Ya Allah…”

Kamilah menyentuh dadanya. Matanya mula berkaca memandang Melinda.

“Biar betul, boss. Boss pecat saya sebab boss nak dapatkan kerja yang gaji besar macam begini untuk saya?” soal Kamilah. Melinda mengesat air mata gadis itu. Kepalanya diangguk beberapa kali.

“Yes, memang boss fikir macam begitu. Kamu kerja baik-baik tau!”

Kamilah mengangguk kepala lalu memeluk Melinda. Melinda membalas pelukan tersebut lalu mengusap belakang tubuh Kamilah. Beribu kali mulut Kamilah mengucapkan terima kasih kepada Melinda. Melinda hanya tersenyum dan cuba untuk menyembunyikan air matanya.

“Sama-sama, Kamilah,” ujar Melinda sambil bibirnya tersenyum manis.

Terima kasih!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience