BAB 11

Romance Series 30122

MELINDA menoleh ke arah Rayyan yang sedang duduk menghadap tingkap biliknya. Sebuah keluhan dilepaskan. Dia sangat risau jika Rayyan tidak selesa dengannya di dalam bilik ini.

“Woi, kau taknak tidur ke?” tegur Melinda akhirnya.

Rayyan masih diam. Melinda perlahan-lahan melangkah mendekati Rayyan. Bahu lelaki itu disentuh.

“Rayyan?”

Kepala Rayyan ditoleh memandang ke arah Melinda. Wajahnya terlihat begitu kosong.

“Tak tidur ke? Jomlah tidur.”

Rayyan hanya diam.

“Alah, kita kahwin pun hidup macam biasa juga. Kau kan dah ada family. Aku ada. Mama dengan papa ada."

“Kau tak faham.”

Melinda duduk sebelah Rayyan.

“Apa yang aku tak faham?”

Rayyan mengeluh.

“Dahlah. Aku malas nak cakap apa-apa.” ujar Rayyan lalu bangun.

“Ok!”

Kaki Melinda mendekati katil. Dia duduk di birai katil dan melihat tindak laku Rayyan. Rayyan mencapai bantal. Bantal dilempar ke lantai. Tubuhnya dibaringkan ke atas lantai.

“Woi, sini!” arah Melinda sambil menepuk-nepuk katil. Rayyan menggeleng kepalanya. Tidak mahu!

“Taknak!”

“Rayyan! Nanti mama masuk bilik kena marah kita.”

Melinda cuba menarik Rayyan.

“Alah, takpe. Cakap dengan mama kau, aku tak biasa tidur katil. Aku biasa tidur lantai.”

“Iyelah. Mana-mana saja kau.” Melinda mendecit geram. Menyampah pula dengan sikap Rayyan sekarang.

Lantas tanpa berlengah lagi, tubuhnya terus dibawa baring ke atas katil. Matanya pura-pura dipejamkan.

“Hmm...”

Rayyan membetulkan posisi berbaring di lantai tadi. Dia cuba untuk selesakan diri. Perlahan-lahan matanya terpejam dan terlena ke alam mimpi.

Setelah hampir 10 minit berpura-pura lena, Melinda bangun daripada katil lalu memandang ke arah Rayyan. Hatinya terasa simpati melihat Rayyan yang tidur di atas lantai tanpa ada alas ataupun selimut. Tangannya menarik selimut katil lalu dibawa ke atas lantai.

Tubuhnya dibaringkan di sebelah Rayyan. Matanya tidak lepas menatap wajah itu. Bibirnya mengukir sebuah senyuman.

“Selamat malam, abang sayang,” ucap Melinda lembut sebelum terlena.

MALAM sudah berganti siang. Dua insan masih terlena di atas lantai sambil berada di posisi pelukan. Walaupun sudah ayam berkokok kuat seperti hendak terkeluar tekaknya namun Rayyan dan Melinda masih tidak bangun dari alam mimpi mereka berdua.

Melinda memeluk erat tubuh Rayyan. Dia menggeliat kecil sebelum menyembamkan wajahnya ke bidang dada Rayyan. Tidurnya sudah menjadi terlalu lena kerana tidur bersama orang yang disayanginya.

Rayyan masih terlena seperti Melinda. Dia langsung tidak terjaga.

Zuhaira memulas tombol pintu. Dia terkejut melihat katil Melinda yang kosong. Setelah beberapa minit memerhati keadaan bilik itu, bibirnya menarik senyuman senget. Kepalanya digeleng-geleng melihat dua insan yang masih lena di atas lantai. Kakinya dilangkah mendekati Rayyan dan Melinda.

“Rayyan...”

Lengan Rayyan dicuit. Dia tidak mahu membangunkan Melinda dahulu kerana dia tahu, anak gadisnya ini jikalau dikejut bukannya senang mahu bangunnya. Leceh yang alam!

“Rayyan. Wake-up!”

Rayyan terjaga. Mata dibuka perlahan.

“Aku ... aku kat mana ni?” soal Rayyan lalu dahinya mula berkerut.

Zuhaira pelik dengan telatah Rayyan.

“Rayyan!”

Wajah anak menantunya ditampar lembut.

“Bangun. Dah lupa ke kamu dah kahwin?”

“Kahwin?”

Mata Rayyan turun ke bawah. Dia terkejut melihat Melinda yang memeluk tubuhnya.

“Allah...”

Tubuh Melinda ditolak. Dia menggesot menjauh Melinda.

Melinda terkebil-kebil. Dia bangun daripada posisi berbaring dengan rambut tidak terurus.

“Huwaaaaaaaaaaa.”

Melinda menutup mulutnya. Tangannya naik lalu menggosok-gosok matanya.

Zuhaira menggeleng kepalanya.

“Ya Allah, anak aku tak berubah perangainya. Dari kecil sampai dah kahwin masih sama. Liat sangat nak bangun pagi!” bebel Zuhaira. Melinda hanya mengangguk kepala kerana masih mamai.

“Melinda, bangun! Sarapan pagi.”

Zuhaira berlalu keluar dari bilik itu. Melinda berdiri lalu merebahkan tubuhnya di katil semula. Rayyan hanya menggeleng kepalanya lalu mengambil tuala di dalam begnya.

“Rayyan!”

Melinda bangun. Matanya memandang ke arah Rayyan yang sudah berada di hadapan pintu bilik air.

“Apa?”

“Siapa mandi dulu?”

“Aku.”

Melinda mengangguk kepalanya.

“Jangan lambat tau. Aku tumbuk kau kalau kau lambat.”

Rayyan hanya membiarkan ugutan Melinda itu. Dia masuk ke bilik air lalu membersihkan tubuhnya.

Melinda bangun lalu mengemas apa yang patut. Tangannya menolak langsir. Cahaya matahari terus ke wajahnya apabila langsir ditolak. Bibirnya mengukir senyuman.

Rayyan mengeringkan tubuhnya dengan mengelap tubuhnya menggunakan tuala. Baju disarungkan pada tubuhnya. Dia keluar dari bilik air berbaju dan bertuala yang terlilit di pinggangnya.

“Sana!”

Rayyan terpaksa ke tepi apabila Melinda melulu masuk. Sebuah keluhan dilepaskan. Dia mengambil seluar lalu memakai seluar itu.

Melinda keluar dari bilik mandi lengkap berpakaian. Tuala diletakkan di atas kepalanya. Tangannya laju mencapai iPhone.

“Hello, assalamualaikum Tuan Remy. Saya nak jumpa tuan pada pukul 8 pagi boleh? Ada hal sedikit saya nak bincang.”

Melinda duduk di hadapan meja solek. iPhone diletakkan di atas meja. Butang on suis ditekan lalu menghidupkan hairdryer untuk cepat mengeringkan rambutnya. Rayyan hanya dari jauh memandang tindak tanduk Melinda.

“Kau nak pergi mana?”

Melinda menoleh.

“Kenapa? Nak ikut?”

Rayyan menggeleng kepalanya.

“Kau kena bagi cuti ke hari ni?”

“Ye. Cuti sehari sebab kahwin,” jawab Rayyan. Melinda mengangguk kepalanya. Make-up disolek pada wajahnya tidak terlalu tebal. Bukannya dia mahu membuat persembahan opera di hadapan Rayyan.

“Kalau mama ajak kau makan, ikut aje. Jangan sakitkan hati dia dan jangan melawan cakap dia,” pesan Melinda sambil memasukkan beberapa surat ke dalam sampul yang berlainan. Dahi Rayyan mula berkerut.

“Surat apa tu?”

“Tak payahlah nak sibuk. Aku jalan dulu. Layan mama dengan baik tau. Kalau mama terasa hati atau tercuit sikit hati dia, jaga kau.”

Melinda keluar dari biliknya. Mata Rayyan memandang ke arah luar tingkap. Dia hanya membiarkan ugutan Melinda itu. Rayyan langsung tidak takut dengan ugutan Melinda tadi. Dia menghela nafasnya. Nampaknya hidupnya masih terkait dengan hidup gadis yang tidak disukai.

MELINDA melangkah masuk ke dalam bangunan Syarikat Mestika. Kakinya laju ke lif bangunan. Dia hendak cepat sebelum mesyuarat dimulakan.

Dia masuk apabila pintu lif terbuka. iPhone dicapai dari dalam poket seluar. Dia menekan punat hijau untuk menjawab panggilan itu.

“Waalaikumsalam, Encik Mokhtar. Sekejap lagi kita jumpa. Dalam pukul 8.30 pagi. Saya nak jumpa bos saya dahulu.”

Melinda keluar dari lif. Kakinya terus melangkah ke bilik Remy.

“Ye, saya ada bawa duit sebanyak RM 80000. Jangan risau. Walaupun saya dah beli syarikat itu tetapi saya masih memerlukan bantuan encik dan isteri encik.”

TOK! TOK!

“Masuk!”

“Kejap ye, Encik Mokhtar. Saya jumpa bos saya dahulu.”

Melinda mematikan panggilan. Anak matanya bertemu dengan anak mata hazzel Remy. Dia mendekati meja Remy.

“Lambat awak masuk hari ini. Kenapa? Awak ada masalah ke, Melinda?”

Melinda menggeleng kepalanya. Dia mengeluarkan sebuah sampul surat lalu dihulurkan kearah Remy.

“Surat apa ni, Melinda?”

“Bacalah dulu.”

Sehelai kertas di dalam sampul surat itu ditarik. Remy fokus membaca satu persatu perkataan di dalam surat itu. Kepalanya didongakkan memandang ke arah Melinda sambil matanya membulat.

“Saya Melinda Binti Mirza Zhafran ingin meletakkan jawatan saya sebagai penolong peribadi Tuan Remy.”

Anda semua adalah yang terbaik!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience