BAB 29

Romance Series 30157

MELINDA fokus memandang kertas tentang yang mempunyai butiran-butiran penting tentang Bella. Kepalanya diangkat lalu memandang tepat ke arah mata gadis yang duduk di hadapannya itu.

“Nama awak Bella Uqasha binti Idris. Umur 24 tahun. Okey…” Tangan Melinda bermain-main dengan pen birunya. Dia masih meneliti butiran-butiran penting gadis yang berada di hadapannya itu.

“Awak dah pernah kerja ke?”

Bella menggeleng kepalanya. Bibirnya masih mengukir senyuman yang paling manis sekali kepada Melinda. Melinda hanya membiarkan sambil mengangguk kepalanya.

“Sanggup ke kemas makanan yang banyak ditempah oleh pelanggan kita?” soal Melinda mendapatkan kepastian. Bella mengangguk kepalanya.

“Saya sanggup, boss.”

“Kalau kemarau? Kalau ribut taufan? Kalau tsunami? Kalau gempa bumi? Kalau hujan? Kalau saya jadi singa? Kalau bangunan ni terbelah dua? Kalau semua pekerja lelaki hilang selepas itu semua pekerja perempuan ambil tugas pekerja lelaki naik motor hantar barang? Sanggup kerja sini?” soal Melinda bertubi-tubi menyebabkan Bella ternganga. Perlahan-lahan Bella mengangguk kepala. Melinda tersenyum senget.

“Okey. Bella Uqasha, awak diterima kerja di sini.”

Wajah kegembiraan mula menyinari wajah Bella. Dia bangun lalu beberapa kali menunduk hormat kepada Melinda. Tidak henti-henti mulutnya mengucapkan terima kasih kepada Melinda.

“Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih, boss!”

“Ye, ye. Sama-sama. Awak boleh dah pergi kerja. Nanti awak cari sahaja pekerja yang bernama Helmi dan Rayyan. Mereka tu veteran. Awak boleh minta tolong kepada mereka berdua.”

Bella mengangguk kepala lalu tersenyum. Dia melangkah keluar dari pejabat Melinda lalu menuruni tangga. Kepalanya ditoleh ke kanan dan ke kiri.

“Encik, siapa Rayyan dan Helmi?” soal Bella kepada Helmi yang sibuk mengangkat kotak. Helmi tersenyum lalu jari ditudingkan ke arah dirinya sendiri.

“Saya Helmi. Awak pekerja baru kan?”

Kepala Bella diangguk beberapa kali.

“Saya Helmi dan itu Rayyan. Yang tengah baiki motosikal tu,” ujar Helmi sambil bibirnya dimuncungkan ke arah Rayyan yang fokus membaiki motosikal-motosikal Food Mega. Bella memandang Rayyan sambil mengangguk kepala.

Helmi meletakkan kotak di atas meja. Dia memandang ke arah Bella yang masih melirik Rayyan dari jauh.

“Dia tu dah ada isteri. Sini. Ini kerja awak.”

Bella menoleh ke arah Helmi lalu melangkah mendekati lelaki itu.

“Kerja apa awak?”

“Ini, semua bekas makanan. Awak keluarkan semua bekas makanan ni selepas itu susun di meja sebelah tu. Faham?”

Bella mengangguk kepala lalu memulakan kerjanya. Matanya melirik semula ke arah Rayyan yang masih fokus dengan motosikal Food Mega itu.

“Ohh… rupanya hensem juga laki boss ni. Tak sia-sia aku datang sini. Patutlah beria-ria nak upah aku. Rupanya, ada putera dari kerajaan yang kacak direbut pulak,” ujar Bella sendiri sambil mengeluarkan semua bekas makanan dari dalam kotak. Bibir mengukir senyuman sinis memandang ke arah Rayyan. Dia mula merancang sesuatu yang jahat.

MELINDA membelek-belek kertas di dalam fail Rayyan. Walaupun fail lelaki itu sudah dikemaskini namun dia masih tidak berpuas hati lagi. Dia ingin memastikan semua butiran-butiran Rayyan kemas dan teratur.

Fail dicampakkan ke meja. Tangannya mencapai fail peribadi Bella pula. Satu persatu kertas di dalam fail itu dibelek. Matanya tertangkap sebuah nama di dalam butiran peribadi Bella.

“Bekas pekerja Amanda?”

Dahi Melinda mula berkerut. Dia mula tidak sedap hati. Mengapa aku mula tak sedap hati sebut nama Amanda? Macam pernah dengar tapi kenapa tak ingat?

Mata Melinda dipejam seketika. Tangannya naik lalu menyentuh kepalanya. Memori pada malam itu mula menyerang fikiran Melinda.

“Ja ... jagakan anak aku...”

“Pakcik, pakcik kena bertahan. Tak lama lagi mereka sampai.”

Mansoor menggeleng kepalanya. Tangannya masih berdarah perlahan-lahan menyentuh pipi Melinda.

“Aa ... Amanda...”

Melinda menolak meja. Dia pantas bangun dari tempatnya. Nafasnya mula tidak terkawal. Dia meraup wajah lalu beristigfar.

“Melinda. Sabar. Sabar…”

Melinda mengemas fail Bella dan Rayyan lalu diletakkan semula di almari fail. Dia menolak daun pintu tandas yang ada di dalam pejabatnya lalu menuju ke sinki. Pili air dibuka lalu tangan menadah air untuk dibawa ke wajah. Melinda memandang wajahnya yang sudah basah ke cermin.

“Kenapa aku kena ingat benda itu lagi?”

Air ditadah sekali lagi lalu menyapu air itu ke wajahnya seperti mengambil air wuduk. Melinda menutup pili air lalu cuba menenangkan diri.

“Tak, Mel. Budak itu takkan jumpa kau lagi. Dia dah ada hidup sendiri setelah kematian bapa dia,” ujar Melinda sendiri. Dia memegang dadanya. Cuba menenangkan jiwa yang sedikit kucar-kacir dari tadi.

Kakinya melangkah keluar dari tandas. Sehelai tisu ditarik dari kotaknya lalu mengelap sisa air yng membasahi wakajnya. Dia duduk sementara di atas sofa untuk menenangkan diri sebelum berjumpa dengan para pekerja.

“Amanda…”

Tisu digenggam sehingga menjadi bola kecil. Dia membaling tisu ke tong sampah yang sedia terbuka. Tisu selamat mendarat ke dalam tong sampah. Dia bangun lalu memulas tombol pintu lalu keluar dari pejabat.

“Boss!”

Pekerja-pekerja yang berada di ruang rehat pantas menoleh ke arah tangga. Melinda menuruni tangga dengan perlahan lalu mendekati pekerjanya.

“Kerja okey?”

“Semua okey boss!”

Melinda tersenyum lalu mengangguk kepala. Dia mencari-cari kelibat Rayyan. Bibirnya mengukir senyuman apabila melihat Rayyan dan Helmi yang berborak di luar bangunan Food Mega. Nasiblah di bawah pokok, kalau tak Melinda siap bawa payung Rayyan tak terkena panas.

Langkah terhenti apabila melihat Bella yang khusyuk memandang ke arah suaminya. Tangannya dikepal kuat. Bibirnya diketap dengan kuat menahan amarah. Dia sudah mula menghidu sesuatu yang jahat yang dirancang oleh Bella.

“Kau memang nak kena dengan aku, Bella. Tunggulah apa nasib kau.”

Terima kasih!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience