BAB 16

Romance Series 30122

RAYYAN memandang ke arah beberapa orang pekerja yang sudah membonceng motosikal atau menaiki kenderaan untuk pulang ke rumah selepas mendapat kebenaran daripada Melinda. Kepalanya ditolehkan ke arah pintu pejabat Melinda yang terbuka luas. Dia terpaksa menunggu Melinda untuk balik ke rumah.

“Mel!”

Tiada sahutan daripada gadis itu. Dahi Rayyan mula berkerut.

“Melinda!”

Kali kedua dia memandang gadis itu namun tiada sahutan juga. Rayyan mengetap giginya.

“Melinda Binti Mirza Zhafran!!”

“Hah, apa? Aku baru keluar tandas kau pula nak jerit-jerit!”

Melinda melangkah keluar dari pejabatnya. Matanya memandang ke arah Rayyan yang menantinya di bawah tingkat bangunan.

“Kau dah kenapa panggil aku? Ada hantu lalu ke?” soal Melinda sambil keningnya terjungkit tinggi. Rayyan mendengus kasar.

“Aku nak balik!”

“Baliklah. Aku banyak kerja lagi ini.”

“Habistu aku nak naik apa? Terbang balik rumah?” ujar Rayyan geram.

Melinda membaling kunci motosikal Rayyan dari tingkat atas. Rayyan tangkas menyambut kunci tersebut.

“Kunci apa ni?”

“Kunci syurga.”

“Mel, cakap betul-betul. Aku nak balik ni.”

Melinda tergelak.

“Itu kunci motor kau. Dah okey. Aku dah bawa dia ke bengkal motosikal,” ujar Melinda sambil memeluk tubuhnya. Rayyan memandang kunci itu semula.

“Seriuslah?” soal Rayyan seolah-olah tidak percaya. Melinda mengangguk kepalanya.

“Thank you!”

Rayyan pantas berlari keluar daripada bangunan Food Mega. Dia segera menuju ke parking kereta. Matanya menangkap sebuah motosikal yang berada di sebelah kereta Melinda.

“Sayangku!”

Rayyan mendekati motosikalnya. Beberapa kali Rayyan mengucup kepala motosikal itu. Senyuman tidak lepas daripada bibirnya. Motosikal paling banyak berjasa ni!

Rayyan pantas menghidupkan enjin motosikalnya. Kepala motosikal itu diusap dan dibelai lembut.

“Jom!!”

Rayyan membonceng motosikal keluar daripada pekarangan bangunan Food Mega tanpa memikirkan Melinda yang berada di bangunan tersebut.


RAYYAN mematikan pili air setelah selesai memberus gigi. Matanya memandang ke arah cermin yang memantulkan imej dirinya sendiri. Rambutnya diramas kasar.

Sebuah keluhan dilepaskan. Kakinya diangkat lalu dilangkah ke pintu bilik air. Tombol pintu bilik air dipulas lalu pintu ditarik. Dia melangkah keluar dari bilik air dengan hanya mengenakan tuala yang terlilit kemas di pinggang. Dia berani keluar bilik air jika Melinda tidak ada di dalam rumah.

“Berapa lama kau kena bertapa dalam bilik air tu? Aku berkulat tunggu kau di luar ni.”

Rayyan terkejut mendengar suara itu apabila baru sahaja selangkah dia keluar dari bilik air. Kepalanya ditolehkan ke kiri.

“Kau…”

Melinda menyandarkan tubuhnya ke dinding sebelah pintu tandas. Dia memeluk tubuhnya sendiri. Sebuah dengusan dilepaskan dengan kasar sebelum kepalanya ditolehkan ke arah Rayyan.

“Kau bukan ada kat pejabat ke?”

Melinda tersenyum senget. Anak matanya tiba-tiba turun ke bawah sebelum matanya membulat dan berkelip-kelip melihat bidang dada Rayyan yang terdedah.

“Woi!”

Rayyan menolak kepala Melinda. Dia geram dengan kemiangan Melinda itu. Miang jelatang tahap dewa!

“Meoww!!”

Rayyan pantas menolak Melinda ke dalam bilik air. Pintu bilik air pantas ditarik lalu ditutup. Rayyan menahan pintu bilik air daripada dibuka oleh Melinda. Tangannya pantas mencapai bajunya.

“Rayyan! Bukalah. Bukalah pintu ni!” Melinda mengetuk-ngetuk pintu bilik air dengan kuat. Rayyan pantas memakai baju dengan menggunakan sebelah tangannya sahaja.

BUKK!!

Mata Rayyan terbeliak. Hampir gugur jantungnya apabila Melinda selamba menendang pintu bilik air. Uish, memang gila betul perempuan ni!

“Woi! Roboh juga pintu ni karang!”

“Bukalah!!” jerit Melinda sambil memulas tombol pintu sehingga hendak tercabut. Rayyan melepaskan tombol pintu dan membiarkan Melinda membuka pintu.

“Meo…”

Melinda mencebikkan bibirnya apabila melihat Rayyan yang sudah memakai baju. Penumbuk dikepal kuat.

“Hish!”

Melinda berjalan dan cuba mencapai tuala. Beg tangannya dicapai lalu dibaling ke arah Rayyan.

“Woi!!”

Melinda berlari masuk ke dalam bilik air. Belum sempat dia ingin berpusing untuk menutup pintu, kakinya tergelincir kerana memijak lantai yang basah.

BUKK!!

“Aduh…”

Rayyan ketawa melihat kejadian yang berlaku di hadapan matanya itu. Melinda mencebikkan bibirnya. Dia bangun lalu menutup pintu bilik air dengan kasar menyebabkan bahu Rayyan ternaik.

Melinda menggenggam penumbuknya.

“Nanti kau, Rayyan. Kau akan kena lebih teruk daripada itu.”

Anda semua adalah yang terbaik!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience