BAB 14

Romance Series 30122

RAYYAN perlahan memulas tombol pintu. Kepalanya ditoleh ke kiri dan ke kanan. Sebuah keluhan dilepaskan melihat Melinda yang sudah terlena di atas katil.

Dia mengambil bantal lalu dibaling ke lantai. Tubuhnya perlahan dibaringkan. Matanya dipejamkan. Dia terlena sebentar.

Namun beberapa minit kemudian, dia merasakan tubuhnya terasa dihimpit oleh sesuatu. Kelopak matanya dibuka perlahan. Matanya membulat melihat sebuah sosok tubuh yang sedang berbaring di atas tubuhnya sambil rambut panjang terurai di bidang dadanya. Lidahnya seperti terkelu melihat sosok tubuh itu. Dia cemas dan cuba untuk menggerakkan tubuhnya. Tubuhnya terasa bagai terkunci.

‘Ya Allah...’

Semua surah-surah dari Al-Quran dibaca di dalam hatinya. Dia mahu sosok tubuh itu yang dikatakan jin cepat lagi dari menghimpit tubuhnya.

“Huwaaaaaaaa....”

Melinda menyebakkan rambutnya ke belakang. Dia menyembamkan wajahnya ke bidang dada Rayyan. Bau yang haruman di dada lelaki itu menyebabkan dia berasa tertarik dan selesa.

Rayyan terdiam. Dia seperti terkejut melihat wajah sosok tubuh itu. Tangannya mencengkam bahu Melinda menyebabkan Melinda menggeliat kecil.

“Hrmmmmm...”

Melinda menepis tangan Rayyan lalu menyembamkan wajahnya ke leher lelaki itu. Rayyan tersentak lalu menolak tubuh Melinda sehingga tubuh itu berguling-guling ke atas lantai.

BUKK!!

“Aduh!!!”

Melinda menggosok-gosok dahinya. Kelopak matanya dibuka dan melihat ke arah Rayyan.

“Kau dah kenapa?”

Rayyan memeluk tubuhnya. Matanya tajam memandang ke arah Melinda. Berapi-api.

“Apa kau cuba nak buat huh?” soal Rayyan. Dahi Melinda mula berkerut.

“Apa aku buat? Huh? Apa maksud kau ni?” soal Melinda kebingungan. Rayyan menghela nafasnya. Dia kembali berbaring di atas lantai lalu memejamkan matanya.

Melinda mencebik. Dia menarik tangan Rayyan.

“Woi! Marilah tidur kat atas.”

Rayyan menepis tangan Melinda kasar.

“Taknak!” bantahnya.

“Hish! Marilah. Di atas lantai sejuk!”

Rayyan mendengus kasar. Sibuk mereka berdua menarik antara satu sama lain tiba-tiba sebuah bunyi kedengaran jelas di luar balkoni menyebabkan Melinda dan Rayyan menoleh.

KREAK…

Melinda dan Rayyan saling berpandangan. Mereka menelan air liur masing-masing. Mereka berdua masih mengenal pasti apakah bunyi tersebut.

BAM!

“Allahuakbar!!”

Melinda dan Rayyan lari mencicit naik ke atas katil. Melinda dan Rayyan saling berpelukan. Mata mereka masih terarah ke pintu kaca balkoni yang ditutup oleh langsir itu.

BAM! BAM!

Melinda mencapai telefonnya lalu memasang ayat-ayat Al-Quran. Dia memeluk erat Rayyan. Rayyan tidak menolak malah membalas pelukan itu kerana ketakutan. Akhirnya mereka terlena di dalam pelukan akibat ketakutan yang melampau.


RAYYAN cuba untuk membuka kelopak matanya apabila mendengar suara yang asyik memanggil namanya itu.

“Rayyan! Bangun!!”

Rayyan terpisat-pisat. Dia bangun daripada posisi berbaring. Matanya digosok-gosok perlahan.

“Bangun! Kamu pergi kerja kan hari ni? Bangunkan Mel,” arah Zuhaira. Rayyan memandang ke arah Zuhaira. Dia terpinga-pinga.

“Huh?”

Matanya turun ke bawah. Dia terkejut melihat tangan Melinda yang melingkar di pinggangnya. Laju dia menolak tangan tersebut.

“Erk...”

Rayyan memandang ke arah Zuhaira.

“Bangunkan Mel cepat. Mandi dan segera kamu bersiap,” pesan Zuhaira sebelum keluar dari bilik mereka.

Rayyan mengangguk kepala lalu menoleh ke arah Melinda yang sedang tidur terlentang itu. Kepalanya digeleng-geleng beberapa kali lalu perlahan-lahan menyentuh bahu Melinda.

PAKKK!!

“Aduhh!!!”

Rayyan menggosok-gosok hidungnya. Hampir penyek hidungnya akibat tangan Melinda yang sangat ganas.

Melinda bangun daripada posisi berbaring lalu menggosok matanya. Dia masih mamai-mamai.

“Woi! Bangun!!”

Melinda menepis tangan Rayyan. Dia bangun dari katil lalu mengambil tuala lalu masuk ke dalam bilik air.

“AAAAAHHHHH!!!!”

Melinda berlari keluar dari bilik air sambil menjerit. Rayyan terkejut mendengar jeritan itu. Melinda memeluk tubuh Rayyan.

“Apahal ni?”

Melinda menunjukkan ke arah seekor lipas yang keluar dari bilik mandi.

“Ouhh, cici.”

“Pale hotak kau cici! Itu lipaslah!!”

Rayyan menolak tangan Melinda. Dia cuba mendekati lipas tersebut. Belum sempat Rayyan berbuat apa-apa, lipas itu mengibarkan sayapnya lalu terbang ke arah Melinda.

“AAAHHHH!!!”

Melinda berlari sekeliling bilik mengelakkan dirinya dikejar oleh lipas tersebut. Rayyan mengambil penyembur racun serangga.

“Woi! Tenang!!”

BUKK!!

Rayyan menahan tiang lampu kecil di bilik itu daripada jatuh. Matanya memandang ke arah Melinda yang masih berlari di dalam bilik.

“Tolong!!” jerit Melinda sekuat hatinya. Lipas itu masih mengejar dirinya. Rayyan menggeleng kepalanya.

“Melinda!!”

BUKK!!

Melinda rebah di hadapan pintu bilik. Lipas tadi sudah terbang keluar apabila pintu bilik terbuka. Zuhaira menggeleng kepalanya.

“Ya Allah, apa korang jerit-jerit ni huh? Tak malu ke jiran sebelah dengar?!” marah Zuhaira. Rayyan menggeleng kepalanya.

“Mama, mama salah faham ni. Tadi ada lipas...”

“Setakat lipas apa mahu takut? Dah, pergi mandi. Kamu kerja kan hari ni. Pergi bersiap cepat!”

Rayyan mencapai tuala lalu masuk ke dalam bilik air. Zuhaira menutup pintu sambil kepalanya digeleng-geleng melihat Melinda yang terbaring di hadapannya.

“Ada-ada je budak-budak ini.”

Pintu bilik Melinda ditutup. Melinda mencebik lalu memandang ke arah pintu bilik air.

“Hish, tak apa. Aku akan balas dendam nanti dekat kau, Rayyan!”

Anda semua adalah yang terbaik!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience