BAB 13

Romance Series 30122

MELINDA masuk ke dalam perut kereta. Fail dibaling ke sebelah tempat duduk pemandu. Kaca mata hitam ditarik. Dia meraup wajahnya kerana kepenatan mengurus masalah menukar nama pemilik syarikat itu kepada dirinya. Enjin kereta dihidupkan. Stereng digenggam erat sebelum memulakan perjalanan.

Dia tahu Zuhaira mula risau apabila dia balik lewat hari ini. Namun apakan daya, dia tidak boleh mengelak disebabkan ramai orang juga berada di pejabat itu.

Wajah Rayyan menyerang fikirannya. Kepalanya digeleng-geleng beberapa kali. Dia tidak tahu mengapa lelaki itu sangat tidak berminat dengan dirinya. Apa salahnya? Adakah disebabkan perwatakan dirinya menyebabkan Rayyan tidak suka?

“Memandu jangan termenung. Tak baik.”

Melinda tersentak mendengar suara itu. Matanya terarah ke radio kereta. Kedengaran jelas bunyi ketawa mengekek. Bibirnya dicebikkan. Mesti pakciknya sudah berjaya menggodam radio keretanya. Senget punya pakcik!

“Uncle ni, hack lagi radio kereta Mel. Terkejut Mel tau. Ingatkan hantu mana tadi. Hantu kepala tu ke tadi.”

“Woi, tak perlu kau nak sebut!” Melinda melepaskan tawanya.

“Uncle ni. Sakit perut Mel. Ini hack orang punya radio mesti ada sebab kan? Apa dia? Cakaplah,” ujar Melinda sambil matanya memandang ke arah hadapan dan fokus terhadap pemanduannya.

“Tahniah. Dah kahwin anak buah aku ni. Suami Mel nama dia Rayyan Bin Rahman kan?” Melinda tersenyum lalu mengangguk kepalanya.

“Ye, nama suami Mel Rayyan.”

“Kau memang dah gila cinta sekarang.”

“Huh?”

Melinda terkebil-kebil mendengar ayat dari mulut unclenya itu.

“Apa uncle?”

“Kau dah jatuh cinta dekat Rayyan kan? Kau ingat aku tak tahu ke? Macam mana anak mata kau pandang dia. Macam mana sikap prihatin dan simpati kau dekat dia. Macam mana perasaan risau kau dekat dia macam mana. Sampai sanggup kan beli telefon baru untuk dia.”

Melinda menelan air liurnya. Tidak tahu pula pakciknya selama ini mengintip pergerakannya. Pipinya mula merona merah.

“Tak payah nak malu lah. Cuma aku pelik. Macam mana korang kena tangkap?”

“Tak tahulah, uncle. Entah siapa yang call pejabat agama ke sana. Mel dengan Rayyan pun mati-mati jalan kat sana tau. Beberapa kilometer baru sampai,” jawab Melinda.

“Uncle rasa...”

“Uncle rasa apa?”

“Ada orang yang tengah berdendam dengan kamu, Mel.”

“What? Tak sudah Rayyan ada kat pejabat, saya pun kena.” Melinda mendengus kasar. Stereng yang tidak bersalah dihentak-hentak melepaskan amarahnya.

“Manusiakan. Kita tak boleh tahan hati diorang.”

Kepala Melinda diangguk-angguk. Kereta yang dipandunya sudah sampai di hadapan rumah papa dan mamanya. Dia memandang ke arah radio kereta.

“Bye, uncle. Nanti Mel call lagi tau.”

“Ok, sayang!”

Melinda mematikan enjin kereta. Fail dicapai lalu membuka pintu kereta. Dia mengunci kereta dan kakinya melangkah perlahan masuk ke dalam rumah itu.

Hidungnya menangkap sebuah bau. Matanya membulat besar. Dia mencari-cari dimanakah sumber bau tersebut.

Tersenyum Melinda apabila melihat Zuhaira yang sedang mengajar Rayyan membuat ambuyat. Kalau dah buat ambuyat, mesti ada sup ikannya! Sedap bau!

Dia mendekati dua insan itu perlahan-lahan. Kepalanya sengaja diletakkan di atas bahu Rayyan tanpa lelaki itu sedar.

“Selepas itu, kita gaul dia sampai jadi ambuyat. Siap!”

“Ohhhh!!!”

Rayyan terkejut apabila mendengar suara itu betul-betul di tepi telinganya. Melinda hanya ketawa. Kepala Zuhaira digeleng-geleng.

“Mama, suap Mel.”

Mulut Melinda dibuka seluas-luasnya. Dia menanti ketibaan ambuyat yang sudah selesai dibuat itu masuk ke mulutnya.

“Hish! Pergi mandilah dulu.” tegah Zuhaira.

Melinda mencebik. Kakinya dihentak-hentak di atas lantai.

“Rayyanlah mandikan Mel.”

Mata Rayyan membulat. Zuhaira hanya ketawa kecil. Dia menolak tubuh Rayyan dan Melinda keluar dari dapur.

“Dah. Pergi mandi sama-sama,” arah Zuhaira. Melinda tersenyum lalu menarik Rayyan. Rayyan terpaksa mengikuti Melinda dari belakang.

Pintu bilik ditutup dan dikunci. Tubuh Rayyan dipaksa untuk duduk di atas birai katil.

“Kau ni dah kenapa?” soal Rayyan. Melinda menghela nafasnya. Fail dihulurkan.

“Apa benda ni?”

“Kau buka dan tengok gaji siapa yang terendah dan gaji tertinggi pada bulan lalu.”

Rayyan menyambut huluran fail tersebut. Dia membuka fail lalu membaca satu persatu isi dalam sebuah kertas itu.

Melinda mencapai tuala. Dia masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan dirinya.

Rayyan terkejut melihat gajinya lebih rendah daripada gaji pekerja yang lain. Matanya tertumpu ke arah nama seorang pekerja. Bibirnya diketap kuat.

“Yusri.”

Tangan dikepal kuat. Hatinya panas apabila rakannya sendiri sanggup membuatnya sebegitu.

“Dah baca?” soal Melinda keluar dari bilik air. Dia hanya memakai singlet dan seluar pendek. Rayyan hanya diam.

“Yusri kawan kau?”

Rayyan mengangguk kepala.

“So, kelihatan dia ada dua muka. Satu muka baik. Satu muka jahat sial,” kata Melinda kasar.

Rayyan mengangkat wajahnya apabila mendengar Melinda yang dengan selamba mencarut di hadapannya. Dia tidak suka melihat seorang perempuan mencarut di hadapannya.

“Kau tu perempuan. Tak baik mencarut.”

“Dah terbiasa. Nak buat macam mana? Kau nak aku sebut apa lagi?”

“Jahat sajalah. Tak payah nak tambah sial tu.”

“Yelah, yelah.”

Melinda duduk di sebelah Rayyan. Matanya memandang ke arah Rayyan.

“Kau okey?” soal Melinda lalu menyentuh wajah Rayyan. Rayyan laju menepis tangan itu.

“Aku okey. Jangan risau.”

Melinda membaringkan tubuhnya di atas katil. Matanya dipejam seketika.

Rayyan bangun dari tempat duduknya. Tidak selesa dia bila bersama dengan Melinda pada jarak yang sangat dekat begini.

“Kau dah kenapa?”

Kelopak mata Melinda terbuka lalu bangun dari posisi berbaring. Dia duduk menghadap Rayyan.

“Erk...”

Rayyan mengalihkan pandangannya. Dia cuba menahan dirinya. Tidak mahu melihat sahaja Melinda berpakaian sebegitu, tembok pertahanannya sudah runtuh.

“Hoi, kau ni dah kenapa?”

Melinda memandang dirinya. Senyuman terbit di bibirnya. Kepalanya digeleng-geleng.

“Oh, patutlah. Aku ini buat kau tergoda eh?”

Rayyan laju menggeleng kepalanya. Fail diletakkan di atas meja solek lalu berpura-pura untuk mengemas meja solek tersebut.

Melinda bangun. Dia menarik Rayyan lalu menolak tubuh itu ke dinding. Kedua tangannya naik mengepung Rayyan. Bibirnya tersenyum senget.

“Kenapa?”

Rayyan menelan air liurnya. Dia sedaya upaya tidak memandang ke arah Melinda. Jantungnya berdegup kencang mengepam darah akibat kekurangan oksigen disebabkan Melinda.

Dalam hati, Melinda sudah ketawa terkekeh-kekeh. Terasa lucu melihat gelagat Rayyan yang cuba menahan dirinya daripada sesuatu. Makin galak dia memainkan Rayyan.

“Rayyan...”

Suara menggoda tiba-tiba terkeluar. Mata Rayyan dikelip-kelip. Nafasnya mula tidak terkawal mendengar getaran suara tersebut. Hatinya meronta-ronta.

“Erk ... Mel...”

“Hrmmm...”

“Tolong. Lepaskan aku. Aku tak selesa.”

Melinda menggeleng kepalanya. Jarinya menyentuh dagu Rayyan memaksa lelaki itu memandang matanya.

“Rayyan...”

Mata Rayyan dan Melinda bersabung. Keadaan menjadi hening seketika. Senyuman Melinda semakin lebar terukir seperti ingin mengoyakkan mulutnya sendiri. Dia semakin suka mengusik Rayyan.

“Kita kahwin koboi. Tapi, tak sangka. Kau boleh jadi macam ni,” ujar Melinda memecahkan keheningan. Rayyan mendengus kasar. Tangannya laju menepis tangan Melinda yang mengepung dirinya.

“Kau kena ingat. Aku ni lelaki. Kau tu perempuan. Aku tetap bernafsu.”

“Apa?!”

Rayyan laju berlari masuk ke dalam bilik air. Melinda tersentak lalu cuba mengejar Rayyan. Pintu bilik diketuk beberapa kali.

“Woi, Rayyan!”

Rayyan duduk bersandar di pintu bilik air. Dia meraup wajahnya. Tidak sangka mulutnya sangat celupar di hadapan Melinda.

“Rayyan! Buka pintu ni!”

Rayyan mendengus kasar. Disebabkan sebuah perkataan sahaja, Melinda sudah menjadi gila. Edeh, memang nak kena bawa dia pergi bukit padang ni.

Melinda mencebik. Tangannya sudah penat mengetuk pintu itu. Kakinya diangkat setinggi-tingginya.

BUKK!!

Rayyan terkejut apabila sebuah hentakan berada betul-betul di belakang tubuhnya. Dia memandang ke arah dinding kayu pintu bilik air. Nasib lah tidak pecah akibat tendangan kuat Melinda.

“Rayyan!! Buka!!!”

“Taknak!!!!”

Zuhaira menoleh ke arah tingkat atas. Telinganya menangkap jeritan Melinda dan Rayyan yang semakin kuat. Kepalanya digeleng-geleng beberapa kali.

“Ada-ada saja budak-budak ni.”

Makan ambuyat boleh guna apa-apa untuk cicah dia. Yg ifah pernah makan ambuyat dgn sup ikan/sup ayam kari. Informasi untuk part Mel tengok Rayyan dan Zuhaira buat ambuyat (^^)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience