BAB 58

Romance Series 30122

MELINDA memandang ke arah pantulan cermin yang memantulkan dirinya. Matanya kosong memandang ke arah dirinya sendiri. Dia sudah habis berpantang dan berjaya berpantang dengan cara yang betul.

Namun disebalik kejayaan tersebut, emosi Melinda masih belum stabil.

Tiba-tiba, air mata Melinda mengalir deras ke pipi gadis itu. Melinda menjadi lebih sensitif selepas kehilangan anak yang dikandungnya di dalam rahim.

“Maafkan mama, sayang...”

Melinda mencapai gunting yang berada di atas meja solek di hadapannya. Rambutnya diluruskan dan bersedia untuk menggunting rambut.

Rayyan memulas tombol pintu. Niatnya yang ingin memanggil nama Melinda terhenti melihat aksi Melinda yang sedang menggunting rambutnya. Rayyan terkejut.

Segenggam rambut Melinda jatuh ke atas lantai. Dia meneruskan lagi memotong rambutnya sehingga pendek walaupun tangannya mula bergetar-getar.

Akibat tidak dapat menahan perasaan, Melinda tidak dapat memegang gunting dengan betul. Mata gunting seperti hendak mencucuk bebola matanya menyebabkan Rayyan bertindak pantas.

Dia merampas gunting itu lalu duduk meninggung di hadapan Melinda. Tubuh gadis itu dipusing menghadapnya.

“Melinda...”

Melinda memandang ke arah wajah Rayyan dengan pandangan yang kosong. Rayyan menghela nafasnya lalu meletakkan gunting ke tepi. Tangan Melinda digenggam lembut oleh Rayyan.

“Sayang, kenapa ni?”

Melinda hanya diam walaupun Rayyan sudah memanggilnya dengan nama panggilan ‘sayang’. Air mata Melinda kembali mengalir semula membasahi pipinya.

“Kenapa ni? Janganlah menangis. Sayang stress ke?” soal Rayyan dengan lembut sambil mengesat air mata Melinda. Melinda mengetap bibirnya.

“Baru sahaja kau habis berpantang, Melinda. Janganlah begini,” pujuk Rayyan dengan lembut. Dia tahu keadaan emosi gadis itu belum stabil sepenuhnya. Tangannya tidak berhenti mengesat air mata Melinda yang semakin lebat mengalir ke pipi gadis tersebut.

“Kau rindu anak kita?”

Melinda mengangguk kepala.

“Aku gagal, Rayyan. Aku gagal jadi ibu yang terbaik.”

Melinda mengetap giginya. Dia cuba menahan perasaan.

“Aku gagal pertahankan anak kita. Aku nak yang tak guna. Aku punca dia mati, Rayyan. Aku punca kematian anak kita!”

Rayyan terus menarik Melinda di dalam pelukan. Dagu Melinda mendarat ke bahu Rayyan. Melinda hanya mampu menangis teresak-esak selepas mengatakan bahawa dialah punca kematian anak mereka.

Rayyan menghela nafasnya lalu mengusap-usap lembut kepala isterinya itu.

“Allah sayang anak kita, Mel. Kau bukan punca anak kita mati. Semua ini kerana Allah sayang kita,” ujar Rayyan dengan lembut bagi memujuk Melinda yang masih menangis.

“Siapa kata kau mak yang tak guna? You're the most wonderful mother in the world, Melinda.”

Selain kepala, belakang tubuh Melinda juga diusap-usap oleh Rayyan bagi menenangkan gadis itu.

“Lepaskan sahaja apa yang terpendam dalam hati kau, Melinda.”

Pelukan dieratkan. Tangisan Melinda semakin kuat. Rayyan hanya membiarkan sambil kedua tangannya bekerja.

Terima kasih, harap bersabar menunggu bab seterusnya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience