BAB 60

Romance Series 30124

MELINDA menarik kerusi lalu duduk. Sebuah keluhan penat dilepaskan. Peluh yang merenek ke dahi Melinda dilap dengan menggunakan hujung bajunya. Dia penat mengemas pejabatnya walaupun hanya sedikit sahaja perubahan yang dilakukan.

Melinda mencapai remote kawalan jauh penghawa dingin pejabatnya. Butang on ditekan lalu suhu diatur sehingga mencecah 16 darjah celcius. Melinda meletakkan remote tersebut di atas meja. Matanya dipejamkan sementara.

Telinga Melinda menangkap bunyi pintu pejabatnya dibuka oleh seseorang. Tangannya naik lalu meraup wajahnya.

“Rayyan, boleh tak kau belikan aku minum. Haus aku tau.”

“Rayyan? Suami kau tu ke?”

Melinda membuka kelopak matanya akibat terkejut mendengar suara tersebut. Dengan pantas, dia bangun dari tempat duduknya.

“Kau!!”

Amanda memberikan senyuman manis kepada Melinda. Dia perlahan-lahan mendekati Melinda. Melinda mengetap giginya dengan kuat.

“Apa kau nak lagi? Kau dah bunuh anak aku tau! Berani kau tunjuk muka kau lagi!!”

Amanda hanya tergelak sinis.

“Anak kau? Anak kau dengan Rayyan ke?” soal Amanda dengan sinis. Tangan Melinda dikepal kuat.

“Yes, anak aku dengan Rayyan bin Rahman. Apa masalah kau?!”

Amanda menghulurkan sebuah gambar polaroid kepada Melinda. Mata Melinda tertumpu ke gambar tersebut.

“Ini ke Rayyan bin Rahman? Suami yang kau cinta dan sayangi? Ini?!” Suara Amanda dinaikkan seoktaf. Gambar Rayyan dan Kamilah diletakkan di atas meja kerja Melinda.

“Kau ni kan, Mel. Bodoh sangat-sangat.”

Melinda terkedu melihat gambar tersebut. Dia baru ingin merasakan bahagia bersama Rayyan. Namun apa yang dilakukan oleh Rayyan sekarang? Berdua-duaan dengan Kamilah?

Amanda tersenyum puas. Rancangannya kini menjadi.

“Kesian kau. Aku simpati sangat dengan kau.”

Amanda mengusap bahu Melinda. Melinda seperti terkaku di tempat berdirinya. Hancur hatinya melihat gambar tersebut.

“Aku pergi dulu tau. Kau kena hati-hati dengan lelaki macam Rayyan tu,” hasut Amanda kepada Melinda. Dengan peluang yang ada sekarang, mungkin dia boleh masuk ruang untuk memecahbelahkan hidup suami isteri tersebut.

“Selamat tinggal, Mel.”

Amanda melangkah pergi meninggalkan Melinda keseorangan di pejabat gadis itu. Dia tersenyum puas apabila berjaya menghasut Melinda dengan begitu mudah.

Melinda terduduk di atas lantai. Suara tangisan mula kedengaran memecahkan kesunyian tingkat satu bangunan Food Mega tersebut.

MOTOSIKAL Rayyan dan Helmi dibonceng memasuki perkarangan bangunan Food Panda. Sosok tubuh Amanda yang baru sahaja keluar dari bangunan tersebut mengejutkan Rayyan dan Helmi. Tanpa berfikir panjang, Rayyan menghentikan motosikalnya lalu berlari masuk ke bangunan Food Mega tanpa menoleh ke arah Helmi lagi. Susuk tubuh isterinya dicari-cari.

“Melinda!”

Rayyan pantas menaiki tangga. Dia berlari mendekati pejabat Melinda lalu menolak daun pintu.

“Sayang!”

Melinda menoleh ke arah Rayyan dengan wajah yang tidak berminat dengan kehadiran lelaki tersebut.

“Apa? Memang tak reti nak bagi salam ke apa?!” marah Melinda lalu menutup komputer ribanya. Dia bangun dari tempat duduknya.

Rayyan pantas mendekati gadis itu sebelum tubuh Melinda dipeluk erat olehnya. Melinda terkejut dengan tindakan suaminya itu.

“Syukur, sayang okey,” ujar Rayyan lalu memandang wajah Melinda. Melinda cuba melepaskan diri daripada pelukan tersebut.

“Lepaskan aku.”

Rayyan melepaskan Melinda. Wajah gadis itu disentuh perlahan.

“Aku risau tau. Takut kau diapa-apakan oleh Amanda tadi.”

Melinda menepis tangan Rayyan. Dia melangkah ke sofa dan menjauhi tubuh lelaki tersebut.

“Tak payah nak risau tentang diri aku. Aku boleh jaga diri aku sendiri,” ujar Melinda lalu duduk di atas sofa. Matanya memandang ke arah lain.

“Tapi, kau kan isteri aku. Tanggungjawab aku, Mel.”

“Yelah. Kau pergilah kerja. Aku nak rehat. Sakit kepala aku tau!” Melinda membaringkan tubuhnya ke sofa.

“Kau nak aku urut?”

“Tak payah. Pergi buat kerja.”

Rayyan hanya diam lalu mengangguk kepalanya. Dia perlahan-lahan melangkah pergi walaupun risau terhadap keadaan Melinda.

Melinda meraup wajahnya setelah pintu pejabatnya ditutup. Dia tidak dapat menahan air matanya. Dia hanya membiarkan air mata itu membasahi pipinya untuk melepaskan segala perasaan yang mengucuk-ngucuk dadanya.

“Aku sayang kau. Tapi kenapa kau buat aku macam begini?”

Terima kasih, semoga bersabar menunggu bab seterusnya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience