BAB 6

Romance Series 30122

RAYYAN menoleh ke arah Melinda. Matanya sedikit terbeliak apabila wajah Melinda semakin dekat dengan wajahnya.

CHUPP!

Melinda mengucup pipi Rayyan. Tangannya laju merampas bekas makanan di atas tangan Rayyan lalu dibawa ke keretanya.

“Woiii!!!”

Rayyan laju mengesat pipinya. Terasa geli apabila Melinda berbuat sebegitu terhadap pipinya. Jijik!

“Bagilah balik makanan tu. Itu barang aku,” ujar Rayyan. Melinda keluar dari kereta lalu menggeleng kepalanya.

“Bagi alamat. Aku hantar. Tunggu tau sampai mekanik. Diorang akan baiki motosikal kau.”

Kaki Melinda melangkah mendekati Rayyan. Rayyan mengetap giginya.

“Tak payahlah. Aku taknak menyusahkan orang.”

“Hish, bagi ajelah alamat dekat aku!”

“Taknak!!”

“Jangan sampai aku panggil nenek aku dekat Sabah dan nenek aku dekat Melaka tau,” ugut Melinda. Rayyan hanya membiarkan ugutan Melinda itu. Dia sudah malas untuk bertikam lidah dengan Melinda. Macamlah aku teringin sangat nak tau pasal nenek dia. Tak kuasa!

“Aku bukan macam orang susah yang lain. Aku masih lagi ada tangan. Aku boleh usaha cari duit. Aku tak suka tumpang senang orang.”

“Ye, aku tahu. Tapi sekarang aku nak alamat pelanggan.”

“Tak payahlah!”

“Bagi alamat!”

“Hish!!”

Rayyan melangkah melepasi Melinda lalu masuk ke dalam kereta. Enjin dihidupkan lalu mengeluarkan sedikit kepalanya dari tingkap.

“Kau cepat masuk!!”

Melinda kebingungan. Kakinya tetap melangkah mendekati kereta lalu masuk. Dia duduk di tempat duduk penumpang di sebelah tempat duduk pemandu. Bibirnya tersenyum manis sambil tangannya menarik seatbelt.

“Tak payah senyum sangat. Buruk tau muka kau bila kau senyum,” sindir Rayyan sambil membuat muka kerek. Dia memulakan perjalanan ke rumah pelanggan yang terakhir. Melinda mencebik mendengar sindiran Rayyan itu.

“Alah, memanglah aku happy. Sebab hari ini kan birthday mak kau. Hari indah kau.”

Rayyan terkejut mendengar kata-kata Melinda. Dia memandang ke arah Melinda seolah-olah tidak percaya.

“Rayyan!!”

Rayyan menekan brek mengejut mendengar jeritan Melinda. Matanya memandang ke arah hadapan. Terlihat seekor anak kucing di tengah jalan.

“Mana ibu dia ni? Kesian...”

Melinda membuka seatbelt lalu keluar dari kereta. Dia mendekati anak kucing itu perlahan-lahan.

“Meow...”

“Ye, ye. Tak apa. Sayang selamat,” ujar Melinda dengan lembut sambil mengusap-usap kepala anak kucing tersebut. Dia meletakkan anak kucing itu dibahu jalan.

Rayyan hanya terdiam memandang ke arah Melinda. Mulutnya seperti terkunci melihat layanan baik Melinda terhadap anak kucing itu.

“Meow... meow...”

Anak kucing itu berlari ke arah semak apabila mendengar suara ibunya. Melinda hanya tersenyum. Dia mendekati kereta lalu masuk ke dalam kereta. Tangannya menarik sehelai tisu basah lalu mengelap tangannya.

“Bah, apa lagi kau tunggu? Jalanlah.”

Rayyan memulakan perjalanan semula. Dia hanya diam dan tidak menoleh lagi ke arah Melinda.

“Kau percaya aku tak?” soal Melinda tiba-tiba. Rayyan menoleh sekejap ke arah Melinda.

“Tak,” jawab Rayyan dengan pendek dan selamba. Melinda mencebik.

“Kalau aku nak sesuatu, aku akan dapat.”

Rayyan hanya membiarkan kata-kata Melinda. Rasa menyampah pulak duduk sekereta dengan gadis itu.

“Rayyan! Aku akan dapat sesuatu dengan sekelip mata. Kau tak percaya?”

“Tak. Sebab aku tak percaya apa yang kau cakap.”

“Kalau aku nak kereta, aku akan dapat. Kalau aku nak jadi CEO Syarikat Mestika, aku akan dapat. Aku boleh buat apa sahaja yang aku nak. Nak jatuhkan Tuan Remy? Boleh! Cuma, aku malas lah sekarang.”

“So?”

“Kalau aku nak kau, aku juga akan dapat.”

Rayyan membrek mengejut menyebabkan kepala Melinda terhantuk kuat pada cermin hadapan kereta. Melinda menggosok-gosok kepala lalu mengadu sakit. Rayyan mengambil bekas makanan yang dipesan oleh pelanggan lalu keluar dari kereta. Kereta itu sudah sampai di hadapan rumah agam yang besar.

Melinda keluar dari kereta. Bibirnya mengomel sambil mengurut-ngurut dahinya.

“Hish, aku gigit dia baru tau!” gumam Melinda sendiri sambil berjalan mengejar Rayyan.

TING TONG!

Rayyan menekan butang loceng pada pagar rumah agam tersebut. Melinda berjalan mendekati Rayyan.

“Assalamualaikum! Ada orang tak kat rumah?!” jerit Melinda.

“Assalamualaikum!”

Pintu gate besar rumah itu terbuka. Rayyan kagum melihat kejadian itu.

“Fuh, kaya!”

Rayyan melangkah masuk ke halaman rumah diikuti Melinda dari belakang.

“Assalamualaikum!”

Serentak dengan itu, seorang perempuan menapak keluar dari rumah agam tersebut. Bibirnya mengukir senyuman manis ke arah Rayyan dan Melinda.

“Waalaikumussalam.”

Rayyan menghulurkan bekas makanan ke arah perempuan itu.

“Ini makanan yang dipesan tadi.”

Perempuan itu mengangguk kepala lalu menyambut huluran itu. Seorang perempuan tua keluar dari rumah agam itu lalu mendekati Rayyan dan Melinda.

“Bik, ini makanan. Letak kat atas meja tau.”

Bibik mengangguk kepala lalu membawa masuk bekas makanan itu ke dalam rumah agam. Perempuan itu hanya tersenyum.

“You...”

Remy keluar dari rumah agam itu. Matanya tertangkap sosok tubuh Melinda yang berdiri di sebelah Rayyan.

“Melinda? My PA?”

PANG!!

“Nadia!!”

Remy laju berlari lalu menahan Nadia. Melinda menyentuh pipinya yang ditampar oleh Nadia. Kepalanya ditoleh memandang ke arah Nadia.

“Wow, sebut aje nama aku terus ditampar. Hebat kau ye!”

Remy mengangkat tangan supaya menghentikan langkah Melinda yang mara mendekati Nadia. Dia cuba untuk menenangkan Nadia.

“Apa? Kau ingat aku bercinta dengan boyfriend kau ni? Kang marah pula suami aku. Kan sayang?” Kepala Melinda ditoleh ke arah Rayyan. Remy terkedu manakala Rayyan pula terkejut mendengar kata-kata Melinda.

“Sayang? Eh, bila masa pulak?”

Melinda menekup mulutnya Rayyan. Dia tidak mahu penipuannya bakal diketahui oleh Remy dan Nadia.

“Umph! Umph!”

Remy memandang ke arah Melinda dan Rayyan terkebil-kebil.

“Suami? Tapi dalam resume tadi kata awak bujang.” Terangkat kening Remy. Melinda tersengih.

“Eh salah tu. Saya dah berkahwin. Kan sayang?”

Melinda memandang ke arah Rayyan.

“Baguslah. Supaya you sedar sikit, Remy. Hari-hari you cakap tentang Melinda sahaja tau. Jadi i? Siapa bakal isteri you, Remy? Melinda itu dah jadi isteri orang.”

Rayyan menarik tangan Melinda. Dia cuba bernafas dengan betul.

“Betul ke awak suami dia?” soal Remy kepada Rayyan. Rayyan menggeleng kepalanya.

“Tak. Dia belum kahwin,” ujar Rayyan dengan selamba.

“Abang! Apa ni?”

“Apa abang-abang? Eee...”

Melinda menarik lengan Rayyan. Dia membisikkan sesuatu terhadap lelaki itu.

“Tolonglah. Cakap aje kau suami aku. Dia lain macam tengok aku. Macam dia suka aku. Tolong. Aku tak suka dia.”

“Perasanlah kau ni. Ye je. Tak elok tau fitnah.”

“Apa fitnah. Dari tadi lagi masa pejabat. Dia pandang aku tau.”

Remy dan Nadia merenung tajam ke arah mereka berdua.

“Woi, jangan sampai aku kiss kau sini eh. Nak tunjukkan bukti kita dah kahwin. Kau ingat aku tak berani?”

Rayyan menolak kepala Melinda.

“Fine!”

Kepalanya memandang ke arah Remy dan Nadia. Senyuman dibuat-buat terukir di bibirnya.

“Err, haah. Saya ni ayah kepada anak-anak dia.” Amik kau! Sekali advance aku bagi statement.

Melinda tersenyum lalu memeluk lengan Rayyan. Nadia tersenyum memandang ke arah Remy.

“See. Diorang memang dah kahwin. Cuma perempuan itu sahaja gatal nak goda you kan?”

“Wah, mulut.”

Melinda mengetap giginya. Hatinya terasa panas apabila Nadia melabelkan dirinya seperti perempuan murah.

“Yes. You memang suka dekat dengan orang kaya dan kikis harta mereka kan?”

“Amboi, mulut kau. Kau pernah makan kaki ke?”

“Eh? Tak pernah. Bagi orang makan kaki adalah.”

Rayyan menahan Melinda yang ingin mendekati Nadia. Nadia pula ditenangkan oleh Remy.

“Kau ingat aku nak hadap sangat harta boyfriend kau yang memang sejuta keturunan pun takkan habis? Eh? Aku boleh jadi lebih kaya daripada dia tau. Sekelip mata! Sekelip mata sahaja aku dapat tau!!”

“Eh! Aku tak heran lah! Kalau kau nak kaya, pergi lah! Jangan kacau boyfriend aku!!”

Melinda terlepas dari pegangan Rayyan. Melinda ganas menarik rambut Nadia. Nadia juga membalas tindakan Melinda dengan menarik rambut Melinda.

“Ya Allah, Nadia...”

Rayyan menarik tangan Melinda. Melinda masih ingin menarik rambut Nadia. Remy pula memeluk tubuh Nadia sambil mengunci tangan gadis itu.

“Woi! Bawa bertenang. Setan apa yang masuk dalam badan kau ni, huh?” soal Rayyan sambil cuba menenangkan Melinda. Rayyan menarik Melinda keluar dari halaman rumah. Dia membawa gadis itu ke kereta.

“Hish kau ni!” Tubuh Melinda ditolak kasar ke kereta. Rayyan mengelap tangannya. Geli apabila tangannya tersentuh kulit Melinda.

“Apa! Tepi lah!!”

Rayyan menarik Melinda lalu menolak tubuh itu sehingga tersandar ke dinding kereta.

“Sudah-sudahlah, Melinda. Aku penat tau.” Rayyan membuka pintu kereta. Melinda tersenyum lalu menolak Rayyan ke tepi. Dia mengambil beg plastik lalu dihulurkan ke arah Rayyan.

“Aku mimpi mak kau semalam. Dia cakap tolong bahagiakan anak dia pada hari kelahiran dia.”
Rayyan memandang sepi ke arah beg plastik tersebut. Sebuah keluhan dilepaskan.

“Apa benda kau nak bagi aku ni?”

“Telefon. Telefon Nokia kau tinggal kelmarin. So, aku beli yang baru. Aku siap dah masukkan semua contact dalam telefon baru kau. Dengan nota-nota dan tarikh-tarikh penting dalam hidup kau.”

Rayyan merampas beg plastik itu. Dia mengambil telefon Nokia dan cuba menghidupkan telefon itu.

“Apa kau dah buat dengan telefon aku?”

“Memang dah tak hidup, Rayyan. Aku dah masukkan semua dalam telefon baru kau. Dah, jom. Kita balik.”

Rayyan menghela nafasnya. Telefon Nokia dimasukkan semula ke dalam beg plastik itu lalu melangkah pergi meninggalkan Melinda.

“Woi, Rayyan!!”

Melinda mengunci keretanya. Dia laju mengejar Rayyan yang sudah jauh meninggalkannya.

“Rayyan! Oh Rayyan!”

Melinda tetap ingin mengejar Rayyan walaupun keretanya sudah jauh daripada mereka berdua.

Anda semua adalah yang terbaik!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience