BAB 55

Romance Series 30122

MELINDA mengurut-ngurut dahinya. Dari tadi pagi dia mula merasa pening. Rayyan beberapa kali menyuruhnya untuk duduk di rumah dan bercuti sahaja namun Melinda tidak mahu. Dia tetap gagah ke pejabat untuk bekerja pada hari ini.

TOK! TOK! TOK!

Melinda memandang ke arah pintu pejabatnya.

“Masuk!”

Daun pintu ditolak oleh Rayyan. Sebuah keluhan dilepaskan sebelum pintu pejabat ditutup semula.

“Mel…”

“Hrmmm…” Melinda memejamkan matanya sambil tangan masih bekerja mengurut dahinya. Rayyan perlahan mendekati meja kerja Melinda.

“Kau okey tak?”

Melinda menggeleng kepala.

“Kan aku dah cakap. Tak payah kau pergi kerja kalau sakit. Nanti kau pengsan macam mana?” Rayyan meluahkan rasa risaunya terhadap Melinda.

“Hrmmm…”

“Mel, aku tengah cakap dengan kau ni. Kau dengar tak?”

“Ye, aku dengar. Tolong senyap boleh tak? Tutup mulut tu. Aku taknak dengar kau bebel. Aku tengah sakit kepala tau! Tambah pening kepala aku dengar kau membebel.” Melinda mengerutkan dahinya. Rayyan menghela nafas lalu melangkah mendekati Melinda.

“Kau sakit kepala?”

Melinda mengangguk kepalanya. Rayyan berdiri betul-betul di belakang Melinda.

“Aku urut kepala kau ye. Larikan tangan kau tu. Menyandar dekat kerusi ni.”

Melinda mengikuti sahaja arahan Rayyan. Matanya masih terpejam sambil tubuhnya disandarkan ke kerusi. Tangan Rayyan mula menyentuh kulit dahi Melinda.

Aroma bau badan Rayyan mula menusuk-nusuk ke lubang hidung Melinda. Tekaknya mula loya. Pantas dia bangun lalu berlari ke tandas.

“Uwerk!”

Melinda memuntahkan isi perutnya ke dalam sinki. Rayyan masuk ke dalam tandas lalu mengusap tengkuk Melinda.

Melinda mencuci dan mengesat mulutnya setelah selesai memuntahkan isi perutnya.

“Kau okey?”

Melinda mengangguk kepala lalu melangkah perlahan keluar tandas. Dia perlahan-lahan duduk di sofa sambil mengurut-ngurut dahinya.

“Pakai ini, Mel.”

Melinda memandang minyak angin yang dihulurkan oleh Rayyan.

“Meh sinilah. Aku pakaikan kat kepala kau.” Rayyan menuangkan minyak angin ke tangannya lalu diratahkan ke dahi Melinda. Melinda memejamkan matanya semula.

“Rayyan…”

Melinda menarik tangan Rayyan.

“Aku nak tidur…”

Rayyan mengangguk kepala tanda faham. Dia mengambil tempat di sebelah gadis itu. Melinda terus meletakkan kepalanya di atas bahu lelaki itu. Bau minyak angin yang wangi menyebabkan Melinda mula terlena.

Rayyan mengusap tangan Melinda. Dia menyandarkan kepalanya ke kepala Melinda. Perlahan-lahan dia pun mengikuti gadis itu ke alam mimpi.

HELMI mendekati pejabat Melinda. Perlahan-lahan dia mengetuk pintu pejabat tersebut.

“Assalamualikum…”

Tiada sahutan.

Helmi mula kehairanan. Perlahan-lahan dia menolak daun pintu.

“Boss…”

Mata Helmi terhenti apabila melihat Rayyan dan Melinda yang terlena di atas sofa. Dia cuba untuk mentafsir apakah benda yang dilihatnya sekarang. Beberapa minit kemudian, senyuman mula terukir di bibirnya apabila memahami benda yang dilihat oleh matanya.

“Helmi!”

Helmi terkejut lalu membetulkan posisi berdirinya. Kamil melangkah mendekatinya.

“Kau ni, buat aku terkejut je.”

Kamil tersengih.

“Kenapa kau masuk?”

“Jangan bising, wei. Boss dengan Rayyan tengah tidur tu.”

“Hah? Boss dengan Rayyan?”

Helmi menepuk dahinya. Alahai, macam mana dia boleh tercakap perkara tersebut. Sudahlah itu adalah rahsia besar antara Melinda dan Rayyan.

“Mil, jangan bagitahu orang. Kita-kita saja yang tahu,” ujar Helmi. Kamil mengangguk kepalanya.

“Hah, apa dia?”

“Boss dengan Rayyan tu suami isteri.”

“Hah? Biar betul?”

Helmi mengangguk kepalanya.

“Kalau kau tak percaya, cuba tengok dalam tu,” ujar Helmi menyebabkan Kamil kehairanan. Daun pintu perlahan ditolak. Kamil terus menekup mulutnya. Pintu pejabat Melinda pantas ditutup. Bahu Helmi dipukul.

“So sweet! Mak, aku nak kahwin.”

Helmi dan Kamil ketawa kecil. Mereka menuruni tangga dan membiarkan Melinda dan Rayyan yang terlena di atas sofa itu.

Terima kasih!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience