BAB 64

Romance Series 30124

ANIQ dan Mirza memandang mesej yang dihantar oleh penghantar misteri di iPhone Melinda. Selepas beberapa saat memerhati dan memahami mesej tersebut, mereka berdua saling berpandangan antara satu sama lain.

“Uncle. Papa. Kita nak buat apa sekarang?” soal Melinda sambil tangannya digenggam oleh Rayyan. Aniq mencubit dagunya manakala Mirza pula menguncikan mulutnya sambil otaknya berfikir sesuatu.

“Kalau tak, Rayyan buat laporan polis,” ujar Rayyan. Mirza mengangkat wajahnya. Jarinya dituding ke arah dirinya sendiri.

“Buat laporan polis? Ini polis.” Mirza menunjukkan dirinya sendiri.

“Polis yang tak guna,” sampuk Aniq. Mirza mengetap giginya.

“Apa kau cakap?”

“Polis tak laku.”

Mirza mendengus kasar. Laju rambut adik iparnya ditarik menyebabkan Aniq menjerit kesakitan.

“Aduh!! Sakitlah, bodoh!” marah Aniq. Mirza masih menarik rambut adik iparnya sendiri. Melinda hanya menggeleng kepala manakala Rayyan ternganga melihat aksi papa dan unclenya itu.

“Aniq Marquez! Mirza Zhafran!”

Mirza dan Aniq kelam-kabut membetulkan posisi masing-masing apabila mendengar jeritan tersebut. Zuhaira menuruni tangga hanya mampu menggeleng kepala. Perut yang sudah terbentuk dipegang seketika.

“Sayang, duduk je dalam bilik. Nanti abang hantar makanan.” Mirza bangun dari tempat duduknya lalu mendekati isterinya.

“Tak apa. Saya okey.”

Tangan wanita itu ditarik lalu dicium lembut. Tangan Zuhaira ditarik dengan begitu lembut. Sebuah kucupan diberikan dengan penuh rasa kasih dan sayang.

“Abang ni, ngada!”

Mirza mencebikkan bibirnya.

“Kenapa sayang cakap abang macam tu? Tak baik tau!”

“Abang tak malu dekat Melinda dengan Rayyan itu? Huh?” soal Zuhaira. Mirza hanya tersengih menyebabkan wajah comelnya terserlah.

“Alah, sekali-sekala.”

Zuhaira menggeleng kepalanya.

“Mel…”

Melinda memandang wajah Aniq semula apabila namanya dipanggil. Aniq menarik nafasnya.

“Ye, uncle,” jawab Melinda.

“Biar uncle dengan papa kamu yang uruskan. Mel dengan Rayyan jangan risau. Korang masih selama,” ujar Aniq. Melinda mengangguk kepala lalu memandang ke arah wajah Rayyan. Genggaman tangan mereka dieratkan lagi seperti tidak mahu dilepaskan.

“Terima kasih, uncle.”

Aniq mengangguk kepala. Aniq memberikan isyarat mata kepada Mirza. Mirza hanya mengangguk kepala tanda faham.

KERETA Melinda masuk ke perkarangan bangunan Food Mega. Enjin dimatikan lalu dua insan tersebut keluar dari perut kereta.

“Abang kat kawasan stor, sayang dalam pejabat.”

“Sayang okey ke sorang-sorang?” soal Rayyan. Dia begitu risau jika apa-apa akan berlaku ke atas diri isterinya. Melinda mengangguk kepala.

“Kita datang sini nak tinjau keadaan. Takut-takut ada pencuri. Tumbuk ja.”

Rayyan tersenyum lalu mengangguk kepalanya.

“Okey, kita jumpa sini.”

Mereka berdua mula berpecah. Rayyan melangkah dengan berhati-hati ke kawasan stor. Matanya sibuk meninjau keadaan sekitar dibantu dengan cahay daripada lampu suluh yang dibawanya.

KREAKK!!

Rayyan memusingkan tubuhnya. Dia terkejut apabila sesuatu objek tajam dilibaskan ke arahnya.

“Arghhh!!!”

Melinda memandang ke tingkat bawah. Hatinya mula merasakan sesuatu.

“Rayyan!”

Melinda pantas menuruni tangga. Dia berlari sekuat hati untuk menuju ke kawasan stor.

Rayyan memegang lengannya yang sudah berdarah. Matanya memandang wajah lelaki tersebut. Bibirnya diketap kuat.

“Kau siapa huh? Apa kau nak?!” soal Rayyan dengan suara kerasnya. Lelaki tersebut tertawa sinis.

“Aku? Hrm, perlu kau tahu?” soal lelaki itu seperti menyindir Rayyan. Lelaki itu menapak perlahan untuk mendekati Rayyan dengan senyuman sinisnya yang agak menyeramkan.

“Hiyahhhh!!”

BUKK!!!

Lelaki itu serta-merta jatuh dan rebah menyembah bumi akibat dipukul dengan kuat menggunakan pasu. Melinda membaling serpihan pasu sesuka hati lalu mendekati Rayyan.

“Abang, are you okay?” soal Melinda lalu memandang lengan Rayyan. Rayyan hanya mengangguk kepalanya.

“Bodoh!!”

Melinda menarik Rayyan bangun. Dia berdiri tegak di hadapan Rayyan untuk melindungi lelaki tersebut. Lelaki itu bangun dari lantai walaupun dahinya sudah berdarah akibat hentakan tadi.

“Kau dari dulu sampai sekarang bodoh!!” hina lelaki itu kepada Melinda. Melinda memandang wajah tersebut. Bibirnya diketap kuat.

“Apa kau huh?”

“Kau dah ingat aku?” soal lelaki itu. Dia mengangkat tinggi tangannya lalu menyelak lengan baju panjang tersebut. Parut panjang di lengan lelaki itu dipandang. Melinda terkedu.

“Kau!!”

Lelaki itu tersenyum.

“Kau yang bunuh ayah Amanda! Kau!!”

Lelaki itu mengangguk kepala lalu ketawa.

“Ye, aku bunuh dia. BTW, nama aku Danish. Kekasih Amanda,” ujar Danish yang memperkenalkan dirinya dan bangga mengatakan dia adalah pembunuh ayah Amanda. Melinda mendengus kasar.

“Apa kau nak? Dah puas bunuh bapa budak tu sekarang kau nak jadi kekasih pula? Jenis manusia apa kau ni?!” marah Melinda terhadap Danish. Pisau dimain-main oleh Danish bagi menakut-nakutkan Melinda dan Rayyan. Namun, Melinda tidak gentar dan masih berdiri di hadapan Danish.

“Hrm? Sekali-sekala tengok orang bodoh.”

“Apa maksud kau?” soal Melinda sambil dahinya mula berkerut. Danish tersenyum sinis lalu pisau dihalakan ke arah Melinda.

“Disebabkan kau, aku susah! Aku susah nak buat benda yang aku suka. Kau faham tak?!”

Rayyan menguncikan mulutnya. Matanya tajam memandang wajah bengis Danish itu.

“Apa salah aku?”

“Kau memang salah!!”

Danish melulu ke arah Melinda dan Rayyan. Melinda bersedia manakala Rayyan menjadi cemas.

Pergerakan pantas sebuah kelibat menyebabkan Danish terus rebah ke lantai. Melinda dan Rayyan terkejut dengan kejadian yang berlaku sangat pantas.

“Kau ini. Memang tak insaf menyusahkan orang.”

Tangan Danish digari. Aniq mengangkat wajahnya memandang ke arah Melinda dan Rayyan.

“Korang okey?” soal Aniq dengan prihatin. Melinda mengangguk kepala.

“Rayyan cedera. Lengan dia kena libas oleh mamat ni,” ujar Melinda lalu membelek-belek lengan Rayyan. Aniq mencapai telefonnya dari poket seluarnya.

“Assalamualikum. Mirza, aku dah dapat tangkap budak bermasalah ni. Datang bawa pasukan kau.”

Aniq mematikan panggilan itu lalu memandang ke arah Melinda dan Rayyan semula.

“Korang tunggu di luar. Biar aku selesaikan budak mentah yang tak guna ni.”

Melinda dan Rayyan mengangguk kepala tanda faham dengan arahan Aniq tersebut.

Tinggal satu bab lagi, gais! Aku Mahu Dia bakal melabuhkan tirainya. Ifah ucapkan terima kasih kepada sudi baca bab sehingga tahap ini! Harap bersabar menunggu bab 'penamat' kisah Rayyan dan Melinda!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience