BAB 38

Romance Series 30122

MATA Melinda membulat melihat mesej yang muncul di notification iPhonenya. Melinda pantas menepuk dadanya akibat tersedak.

“Ya Allah, Melinda. Minum tu slow-slow sayang,” pesan Zuhaira sambil mengeleng kepala memandang ke arah anak gadisnya itu. Melinda hanya tersengih.

“Letak dulu telefon tu, sayang. Sarapan dulu,” tegur Mirza. Melinda pantas meletakkan iPhone jauh dari dirinya. Rayyan hanya menjeling Melinda.

“Sorry, papa.”

Mirza mengangguk kepalanya lalu menikmati teh yang dibuat dengan air tangan isterinya sendiri. Melinda mengunyah nugget manakala Rayyan menghirup air kopi.

“Mel dengan Rayyan tak pergi kerja ke? Dah nak masuk pukul 8 dah ni.”

“Sekejap lagi kami pergi kerja, papa.”

Melinda bangun dari tempat duduknya. Dia merampas cawan Rayyan lalu dibawa ke dapur. Rayyan bangun lalu menyusun laptop dan LCD projector Melinda lalu dimasukkan ke dalam sebuah beg.

Melinda dan Rayyan menyalam tangan Mirza dan Zuhaira sebelum melangkah keluar dari rumah itu. Mereka berdua masuk ke dalam perut kereta. Rambut Rayyan disingkapkan ke belakang. Melinda pula menghidupkan enjin kereta.

“Rayyan, tolong check mesej baru di telefon aku.”

Rayyan mencapai iPhone Melinda. Mesej itu dibaca sebentar. Senyuman mula mati di bibir lelaki itu.

“Kenapa?”

Rayyan mengetap giginya. iPhone Melinda diletakkan di tempat asal.

“Rayyan. Kenapa ini?”

“Bakal mak mertua chat tu. Jawablah sendiri.”

iPhone Melinda dicapai. Matanya fokus membaca mesej tersebut sebelum memandang ke arah Rayyan.

“Rayyan, kau…”

Rayyan memandang ke luar tingkap. Dia tidak berminat dengan apa yang hendak dikatakan oleh Melinda. Hatinya mula panas apabila mamat sewel itu terpaksa dikaitkan.

“Rayyan. Janganlah marah. Mummy dia je pun. Bukan mummy dia nak lamar aku pun,” pujuk Melinda sambil tangannya cuba menangkap tangan Rayyan.

“Aku tiada kaitan dengan masalah korang.”

“Siapa cakap macam tu? Kau kena ikut aku juga!”

“Pergi mana lagi?” soal Rayyan sambil menjeling Melinda.

“Rumah Remy.”

Rayyan terus tidak berminat apabila mendengar nama tersebut. Hatinya menjadi panas. Dendam masih lagi tersimpan rapi kepada lelaki tersebut.

“Woi, kau dah kenapa?”

“Taknaklah aku. Kau pergi soranglah.” Rayyan mencebikkan bibirnya.

“Hei, kau dah kenapa? Mummy dia ajak kot. Bukan dia ajak. Tak payah kau nak jealous lah.” Melinda menarik tangan Rayyan. Rayyan pantas menggeleng kepala.

“Siapa cakap aku jealous? Bila masa lagi?”

“Apahal kau geram semacam bila aku sebut nama dia?” soal Melinda. Rayyan menggeleng kepalanya beberapa kali.

“Apa geleng? Jealous eh?”

“Jealous? Aku pun tak faham apa maksud jealous tu.” Rayyan ketawa hambar. Dia sedaya upaya menyembunyikan perasaan tersebut.

“Yeke? Aku call Remy lah.”

“Eh, tak payahlah! Nak pula menggatal kau dekat mamat sewel tu. Tak payah call dia. Buat habis bateri kau sahaja. Ikut cakap aku. Aku suami kau. Nak derhaka sebab lawan cakap suami ke?”

Melinda tersenyum. Jarinya mencubit dagunya. Wajah Rayyan dipandang dengan fokus.

“Hrm?”

Rayyan menolak kepala Melinda. Dia memandang ke luar tingkap semula.

“Jalanlah. Apa lagi?”

Melinda mengambil sebuah beg plastik di tempat duduk belakang. Beg plastik itu dihulurkan kepada Rayyan.

“Apa benda ni?”

“Baju.”

“Untuk apa?”

“Kau tukar baju. Ikut aku pergi rumah mummy Remy,” ujar Melinda. Rayyan menggeleng kepalanya.

“Taknak! Aku taknak! Kau jelah pergi sorang.”

Melinda mengetap giginya. Dia sangat geram Rayyan yang berani melawannya.

“Pakai!”

“Taknak!”

Rayyan mengeleng kepalanya ke kanan dan ke kiri dengan laju. Nasib kepalanya tidak tercabut akibat gelengan itu.

“Rayyan! Please…”

“No, aku taknak! Please, jangan paksa aku,” rayu Rayyan kepada Melinda. Namun rayuan itu hanya sekadar rayuan sia-sia. Melinda tidak mengendahkan rayuan tersebut.

“No, pakai! Aku buka baju kau kat sini kang! Kau nak?!” ugut Melinda lalu memegang kolar baju Rayyan. Rayyan terkejut lalu menepis tangan Melinda. Beg plastik itu dirampas kasar.

“Yelah. Aku pakai. Jalanlah. Kau berhenti di mana-mana ada tandas awam. Aku tukar baju kat sana.”

“Aik? Taknak di sini ke? Fresh mata aku.” Melinda tersenyum nakal. Rayyan mengetap gigi.

“Aku tumbuk muka kau. Jalanlah! Apa lagi kau tunggu?”

Melinda ketawa lalu memegang stereng kereta. Melinda fokus memandu kereta itu ke destinasi yang dituju.

Terima kasih!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience