BAB 17

Romance Series 30122

MELINDA menyandarkan tubuhnya di kerusi kereta sambil matanya memandang ke arah Rayyan yang sedang melangkah masuk ke dalam bangunan Food Mega. Mereka berdua tidak boleh masuk dengan serentak kerana takut para pekerja Food Mega akan mengesyaki sesuatu. Dia membuka pintu kereta lalu berjalan mendekati muka pintu utama syarikat tersebut.

Melinda melemparkan senyuman manis kepada para pekerja termasuk Rayyan sendiri. Dia mendaki tangga dan hanya membiarkan para pekerja yang berada di tingkat bawah bersiap untuk menjalankan tugas masing-masing pada hari ini.

Rayyan mencapai helmet motosikalnya. Dia membuang habuk yang berada di atas helmet tersebut dengan menggunakan tangan sahaja.

“Rayyan…”

Kepalanya didongak untuk memandang ke arah Helmi.

“Hrm, apa?” soal Rayyan sambil khusyuk memakai helmetnya itu. Helmi mengambil tempat di sebelah Rayyan.

“Yang tentang belanja kau tu…”

Rayyan mengerutkan dahinya.

“Belanja aku? Oh, yang kau cakap dengan aku masa kita call tu eh?”

Helmi mengangguk kepala.

“Nantilah aku belanja kau. Aku sekarang ada masalah kewangan. Sorry, bro.” Rayyan memegang bahu rakannya. Bibirnya mengukir sebuah senyuman manis kepada Helmi.

“Tak apalah. Kau simpan duit kau sahaja. Aku ada kau pun dah cukup.”

Helmi tersengih.

“Thanks, bro.”

“You welcome.”

Rayyan dan Helmi memandang antara satu sama lain sambil senyuman masih melekat di bibir masing-masing.

“OMG! Hensemnya dia!”

“Ya Allah … bergetar lutut aku tengok muka dia!”

Rayyan dan Helmi mengerutkan dahi masing-masing. Kepala mereka didongakkan untuk melihat apa yang berlaku di sekeliling mereka.

Seorang lelaki yang memakai kaca mata hitam berdiri betul-betul di tengah ruangan tingkat bawah sambil mencari-cari sesuatu. Para pekerja perempuan mula berkumpul untuk melihat siapakah lelaki itu. Ada yang berbisik-bisik sesama sendiri, dan ada juga yang mengenyitkan mata nakal.

“Ehem!”

Mendengar lelaki tersebut berdehem, semua pekerja perempuan yang berada di kawasan berdekatan menjadi cair. Rayyan dan Helmi pula menyampah dengan sikap rakan sekeja perempun mereka.

“Cik…”

Ivy terkejut apabila dirinya disapa oleh lelaki tersebut. Keningnya terjungkit tinggi.

“Ye, saya. Ada apa yang boleh saya bantu, encik?” soal Ivy yang berani bertanya kepada lelaki tersebut. Senyuman maco melekat di bibir lelaki itu membuatkan wanita yang memandang akan cair.

“Cik kenal Melinda?”

Ivy mengangguk kepala.

“Boss kami. Kenapa? Encik nak jumpa dia?” Lelaki tersebut mengangguk kepala.

“Saya Omar. Bekas kekasih Melinda.”

Para pekerja perempuan terkejut mendengar ayat yang keluar dari mulut Omar itu menyebabkan keadaan tingkat bawah menjadi kecoh.

Melinda melangkah keluar dari pejabatnya apabila mendengar kekecohan yang berlaku di tingkat bawah. Matanya membulat memandang ke arah Omar yang dikerumuni para pekerjanya.

“Omar? Apa si gila ni buat kat sini?”

Melinda mengetap giginya. Semestinya, Omar memang akan mengacaunya lagi. Haih, tak faham betul dengan beruk sorang ni!

“Ehem! Ehem!”

Para pekerja perempuan terdiam mendengar bunyi deheman daripada Melinda itu. Kepala masing-masing ditolehkan ke atas memandang Melinda yang sedang memeluk tubuhnya.

“Apa kecoh-kecoh ini? Pergi buat kerja sebelum saya potong gaji kamu semua.”

Para pekerja perempuan mula bersurai untuk melakukan tugas masing-masing. Melinda memandang tajam ke arah Omar.

“Kau, gila. Kau nak apa?”

Omar tersenyum manis.

“Melinda. Kau memang tak pernah berubah. Dari dulu sampai sekarang…”

“Kalau kau nak puji aku dengan ayat jijik macam begitu baik kau blah. Menyemaklah!” marah Melinda sambil tangannya dikepal kuat. Sikap kasar Melinda menyebabkan Omar menjadi semakin suka mengacau dan mengusik gadis tersebut.

“Alah, janganlah macam begini. Kita bincang.” Omar cuba bersikap rasional.

“Kau nak bincang apa lagi?”

“Tentang kita.”

Melinda mengerutkan dahinya.

“Apa tentang kita? Kita tak pernah berkenalan! Kita tak pernah berkawan! Kita tak pernah bercinta! Faham?”

Melinda menjeling tajam ke arah Omar.

“Mel, saya nak bincang tentang kita.”

Melinda mendengus kasar.

“Yelah! Cepat naik sebelum aku ubah fikiran.”

Omar pantas mendaki tangga untuk bertemu dengan Melinda dengan jarak dekat. Bibirnya tidak henti-henti mengukir senyuman manis kepada gadis yang telah membuatkan dirinya menjadi tidak keruan.

“Jom bincang. Di dalam pejabat aku.”

Omar mengikuti langkah Melinda dari belakang sambil meramas sebuah kotak cincin yang beada di poket seluarnya itu.

Sori tau kalau ifah lambat publish buat korang tertunggu:'(

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience