BAB 20

Romance Series 30122

MELINDA membetulkan rambutnya yang sedikit kusut akibat kegatalan tangannya sendiri. iPhone yang banyak kali berbunyi sangat menganggu fokusnya untuk membuat kerja.

“Eeeiii! Apa mamat ni?”

Melinda mencapai kasar iPhone nya. Bertubi-tubi mesej masuk menyebabkan Melinda semakin rimas.

“Bodoh!!”

Melinda membaling kuat iPhone ke dinding. Orang kayakan. Biasalah. iPhone tu takat celah gigi.

Tangannya naik meraup wajahnya. Kini, keadaan di dalam pejabatnya menjadi sunyi akibat ketiadaan bunyi daripada iPhonenya. Melinda bangun lalu mencangkung melihat iPhonenya yang menyembah bumi. Sebuah keluhan dilepaskan.

“Aduiii! Kena beli baru!” Melinda menggeleng kepalanya. Dia sakit kepala melayan perangai Omar seperti kebudak-budakan. Sudah seminggu Omar mengacau hidupnya.

Tak faham bahasa Melayu ke apa mamat ni? Aku dah suruh jangan kacau aku tu dahlah. Kang aku berbahasa Tamil kang tahu terkedu kau! Melinda berdesis geram.

Beg tangan yang terletak elok di atas meja kerja dicapai kasar. Telefon pejabatnya yang berdering hanya dibiarkan. Dia tahu itu adalah Omar. Jika dia tidak mengangkat call di iPhonenya, mesti Omar akan mencuba ke telefon pejabat.

“Haih, gila juga dia ni.”

Melinda melangkah keluar daripada pejabatnya. Perlahan-lahan dia menuruni tangga sambil matanya cuba menangkap kelibat Rayyan yang sedang berada dimanakah sekarang.

“Rayyan Bin Rahman!”

Rayyan terkejut lalu terbaling helmet motosikalnya menyebabkan helmet itu terhempas kuat ke kepala Helmi.

“Aduhhh!!!”

Tanpa menoleh ke arah Helmi, Rayyan pantas masuk ke dalam bangunan Food Mega meninggalkan Helmi yang berada di luar. Helmi menggeleng kepalanya.

“Tahu takut kena potong gaji.”

Melinda tersenyum memandang Rayyan yang mendekatinya.

“Rayyan...”

“Ye, kenapa? Kau nak apa?” soal Rayyan dengan selamba. Nasiblah lakonannya tadi gelabah kerana dipanggil oleh Melinda menjadi.

“Jom keluar. Aku nak beli phone baru.”

“Hah?” Rayyan bingung. Melinda menarik lengan baju Rayyan.

“Jom!”

Rayyan enggan bergerak.

“Ya Allah ... jomlah!” Melinda mencubit telinga Rayyan menyebabkan lelaki itu menjerit kesakitan. Jeritan Rayyan boleh didengari oleh para pekerja Food Mega yang berada di dalam bangunan sekarang. Helmi terpaksa memanjangkan lehernya bagi melihat apakah balasan yang diterima oleh Rayyan.

Melinda menarik Rayyan keluar dari bangunan Food Mega. Tangannya masih mencubit lembut telinga Rayyan.

“Masuk!”

Rayyan memegang pintu kereta. Matanya dijeling memandang ke arah Melinda.

“Kenapa aku pula?!”

“Masuk jelah!” Melinda membuat gaya acah-acah ingin menendang Rayyan. Rayyan menjelirkan lidahnya. Dia masuk ke dalam kereta sambil menunggu Melinda.

Melinda masuk lalu dengan pantas menghidupkan enjin. Dia memandu kereta itu menuju ke shopping mall yang berdekatan.


RAYYAN menjeling Melinda yang khusyuk memandang ke arah beberapa iPhone yang berada di atas meja pameran kedai kepada pelanggan. Sebuah keluhan dilepaskan.

“Mel, dah ke?”

Melinda menoleh.

“Belum.”

“Ya Allah ... cepatlah. Aku nak balik. Nak buat kerja.”

“Kejap!”

Rayyan hanya mengikuti Melinda dari belakang dan melihat sendiri bagaimana urusan untuk membeli sebuah telefon pintar. Mulutnya ternganga apabila melihat duit yang banyak berada di dalam dompet Melinda.

“Tutup mulut tu, nanti lalat masuk.”

Rayyan memandang ke arah tempat lain. Tangan Melinda yang menyentuh dagunya ditepis dengan kasar.

“Cepatlah. Aku nak kerja ni,” bentaknya masih lagi dalam nada yang terkawal. Kecik besar, kecik besar je dia perhati si Melinda ni. Mahu saja dia sepak sekali biar dengar cakap.

“Jangan risau. Kau takkan kena marah. Siapa boss kau sekarang? Dah lupa ke?” Melinda mengangkat keningnya memandang ke arah Rayyan. Rayyan mendiamkan diri.

“Jom!”

Melinda selamba menarik tangan Rayyan di hadapan semua orang walaupun baju yang dipakai oleh mereka berdua telah menampakkan perbezaan yang amat ketara.

Rayyan menarik tangannya semula. Dia tidak biasa dipandang oleh orang ramai sebegitu. Kepala Melinda ditoleh ke belakang memandang suaminya.

“Kenapa?”

Rayyan menggeleng kepalanya.

“Argh … tak perlu pegang tangan kot. Malu orang tengok. Aku ni adalah pekerja kau kot. Malu lah kau na…” Melinda selamba menarik tangan Rayyan semula. Riak mukanya kelihatan sangat tenang.

“Buat apa kau nak kisah dengan mereka semua?”

Melinda menggenggam tangan Rayyan.

“Jom…”

Rayyan perlahan-lahan mengangguk kepala. Dia mengikuti langkah Melinda dari belakang. Perasaan berani perlahan menepuk jiwanya untuk terus mengikuti gadis yang berada di hadapannya itu. Tanpa disedari oleh mereka, sepasang mata telah memerhati mereka dengan pandangan yang penuh dengan kebencian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience