BAB 33

Romance Series 30124

RAYYAN mengangkat wajahnya lalu memandang ke arah Melinda. Bibir Melinda mengukir manis kepada suaminya.

“Kau keluarlah dulu. Biar aku selesaikan.”

Rayyan bangun dari tempat duduknya lalu melangkah keluar dari bilik mesyuarat. Kini tinggal Melinda dan Bella berada di dalam bilik itu. Melinda meraup wajahnya.

“Arghhh … payah juga hidup macam begini.”

Bella hanya diam. Dia tahu Melinda akan melepaskan marah kepadanya.

“Kau tahu tak? Aku geram sangat.”

Bella mengangkat wajah memandang Melinda. Melinda mengetap gigi sebelum kakinya melayang menendang meja yang berada di hadapannya.

BUKK!!

Bahu Bella ternaik apabila melihat Melinda yang seperti gaya lelaki menendang meja. Melinda meraup wajahnya. Sebuah keluhan dilepaskan kasar olehnya.

Namun beberapa saat, Melinda mula melepaskan tawanya. Dia mendekati Bella lalu memandang tajam wajah gadis itu.

“Kau tahu tak…”

Bella laju menggeleng kepalanya. Dia takut memandang wajah Melinda yang sudah bengis seperti harimau.

“Aku tak pernah gatal nak sentuh suami aku macam kau buat semalam. Tapi kau, wow! Hebat! Berani! Kau tak takut sama aku ke, huh?!”

“Maafkan saya, Puan Mel…”

“Buat apa lagi kau nak minta maaf? Kau memang kena upah kan? Siapa upah kau? Amanda?!”

Kepalanya laju diangguk kerana takut. Melinda menghela nafasnya. Jika dia tidak mampu menenangkan dirinya, Bella akan cedera. Tangannya naik lalu menyentuh dagu gadis itu. Wajah Bella dipaksa untuk didongakkan ke atas untuk memandang ke arah wajahnya.

“Bella…”

Air mata Bella mengalir deras ke pipi. Tubuhnya mula mengigil kerana takut melihat wajah Melinda.

“Amanda kerja di mana? Dia boss kau?”

“Ye. Dia boss saya. Dia Syarikat Food Express.”

Melinda mengetap gigi. Amanda pula menjadi saingannya sekarang. Dia merasa menyesal kerana masih bersikap baik kepada spesies manusia seperti ini.

“Kau kena upah pergi kerja sini ke?”

Bella mengangguk kepalanya. Melinda mengemam bibirnya.

“Apa dah jadi, bro?” soal Helmi pantas mendapatkannya Rayyan. Rayyan hanya mendiamkan diri sambil kepalanya digeleng beberapa kali.

“Rayyan! Bagitahu aku. Apa dah jadi pada kau dengan Bella? Kenapa abang si Bella datang pergi pejabat kita ni?”

Bahu Rayyan digoncang-goncang. Rayyan mengemam bibirnya.

“Aku tiba-tiba jadi malu dekat Mel.”

Helmi memandang anak mata Rayyan.

“Why?”

“Aku tak tahu nak cakap apa. Mi. Dia…”

“Dia apa? Bagitahu aku, Rayyan. Kenapa dengan Melinda?”

Rayyan terdiam. Dia tidak tahu mengungkapkan sesuatu yang terbuku di hatinya itu. Rasa malu dan bersalah mula menyerang jiwanya.

“Aku … aku cuma takut Mel belasah Bella,” tipu Rayyan. Walaupun perkara itu juga menyebabkan dirinya risau namun ada perkara yang besar perlu dipertimbangkan.

Helmi memandang ke arah pintu bilik mesyuarat. Bukan dia tidak kenal dengan sikap Melinda yang ganas dan kasar. Walaupun cantik tetapi jangan bawa main.

“Tak apa, Rayyan. Kita doa yang baik-baik kepada Melinda dan Bella,” ujar Helmi lalu menepuk bahu Rayyan beberapa kali. Rayyan mengangguk kepalanya lalu tersenyum memandang Helmi.

Terima kasih!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience