BAB 18

Romance Series 30122

OMAR tersenyum sambil mengeluarkan kotak cincinnya tadi. Matanya tidak terlepas untuk memandang wajah Melinda dia lihat kini makin menawan dan jelita.

“Oi!”

Mata Omar terkelip-kelip apabila disergah oleh Melinda sebegitu. Melinda menarik nafasnya.

“Apa kau nak cakap tadi? Asyik pandang aku ja. Buang masa aku.”

Omar tersengih kecil. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum nafasnya dihembus dengan perlahan.

“Mel…”

“Hrmmm…”

Melinda menyandarkan tubuhnya di kerusi. Matanya tajam memandang ke arah Omar yang ingin menyampai sesuatu kepadanya.

“Aku…”

“Ye, Omar. Apa dia?”

Omar tersengih.

“Aku … aku sebenarnya selesa dengan kau. Aku suka tengok kau. Aku suka berkawan dengan kau.”

“Ye, ye. Kau nak cakap apa dengan aku sekarang?”

Omar menghulurkan kotak cincin tadi kepada Melinda. Melinda memandang kotak tersebut.

“Kotak apa ni? Kau nak hantar santau dekat aku ke apa?” soal Melinda sambil memandang tajam ke arah kotak yang dihulurkan kepada Omar itu. Omar mencebikkan bibirnya.

“Ambil kotak ini. Cuba buka.”

“Taknak!”

“Asal pula?”

“Aku takut nanti ada saka dari pulau keluar. Kang tujuh keturunan aku tak lepas dengan benda halus.”

“Taklah. Ambil dan buka.”

Omar memaksa Melinda untuk menyambut huluran tersebut. Melinda merengus kasar lalu merampas kota tersebut dari tangan Omar. Kotak itu dibuka dengan kasar.

Sejenak, Melinda tergamam melihat isi kandungan kotak tersebut.

“Apa ni? Cincin?”

Omar mengangguk kepala.

“Aku nak kahwin dengan kau.”

Melinda terdiam seketika. Agaknya loading kepalanya kot.

“Mel…”

Omar tersenyum.

“Aku nak kahwin dengan kau, Mel. Aku nak jumpa keluarga kau hari ini,” ujar Omar dengan bersungguh-sungguh. Melinda masih terdiam memandang cincin tersebut.

“Mel…”

Melinda melepaskan ketawa secara tiba-tiba menyebabkan Omar tersentak. Dahinya berkerut kerana hairan dengan Melinda yang tiba-tiba sahaja ketawa seperti orang gila.

“Mel, are you okay?” soal Omar dengan risau. Melinda menggeleng kepalanya sambil mengesat air matanya yang mengalir akibat ketawa terbahak-bahak.

“Aku tak okey! Hahahahaha…”

Melinda kembali ketawa. Hal ini menyebabkan Omar semakin bingung dan hairan. Kepalanya digeleng beberapa kali melihat aksi gadis yang berada di hadapannya itu.

“Mel…”

“Apa?” soal Melinda sambil cuba menenangkan dirinya.

“Aku tak main-main dalam hal ini. Aku nak kahwin dengan kau,” ujar Omar sambil suara tiba-tiba bertukar menjadi serius. Melinda menahan ketawanya.

“Ya Allah, Omar. Aku minta maaf sangat-sangat. Kau orang first buat aku macam begini.”

Omar tersenyum. Dia sudah memahami apa yang dimaskudkan oleh Melinda itu.

“Kau terima?”

“Hah? Terima apa?” soal Melinda dengan kebingungan. Omar ketawa kecil.

“Lamaran aku tadi.”

Melinda tersenyum. Dia memberikan kotak cincin tersebut kepada Omar semula.

“Cantik cincin kau. Pandai kau pilih,” puji Melinda. Omar mengangguk kepala.

“Habis? Kau terima tak?”

Melinda tersenyum sinis.

“Kau rasa?”

“Aku rasa kau terima. Sebab kau asyik senyum pandang cincin tu. Kan? Kan?”

Melinda ketawa.

“Omar…”

“Ye.”

Melinda menarik nafasnya.

“Maafkan aku.”

Omar mengerutkan dahinya.

“Asal kau nak minta maaf pula?”

Melinda menunjukkan cincin yang berada di jari manisnya itu.

“Aku dah berkahwin. Sorry.”

Omar terkedu melihat cincin tersebut. Terasa seakan ada satu pisau belati tajam menikam hatinya.

“Mel? Bila … bila masa kau kahwin?” soal Omar. Melinda tersenyum.

“Baru dua hari lepas.”

“Siapa lelaki tu?”

“Kau tak perlu tahu pun. Sebab itu bukan hal kau.” Melinda bangun daripada tempat duduknya. Bibirnya tersenyum senget kepada Omar.

“Sorry, Omar. Aku tak pernah anggap kau sebagai kawan atau…”

Anak mata Omar naik memandang wajah Melinda.

“Seorang yang istimewa.”

Melinda melambai lalu melangkah meninggalkan Omar seorang diri di dalam pejabatnya. Omar terdiam seketika sebelum tangannya dikepal kuat. Hatinya begitu sakit apabila mengetahui gadis yang disukainya telah berkahwin dengan lelaki yang tidak dikenalinya oleh sendiri.

“Aku akan cari kau. Berani kau rampas Melinda aku.” Omar menyimpan hasratnya tersebut di dalam hati.

Anda semua adalah yang terbaik!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience