BAB 56

Romance Series 30122

AMANDA mendengus kasar. Dia keluar dari keretanya lalu melangkah masuk ke dalam bangunan Food Mega.

“Eh, cik!”

Amanda merempuh tubuh Helmi tanpa menoleh lagi. Helmi terkejut dan terundur ke belakang. Rayyan pantas mendekati rakannya lalu menolong Helmi untuk bangun.

“Kau okey?”

Helmi mengangguk kepala.

“Kenapa dia tu? Bukan ke dia...”

Rayyan memandang ke arah Amanda yang sedang menaiki tangga.

“Eh, cik! Nak pergi mana tu?”

Amanda tidak menoleh lagi. Dia terus menaiki tangga lalu ke pejabat Melinda. Daun pintu ditolak kasar. Dia mencari kelibat Melinda.

“Melinda!!!”

Melinda terkejut. Kepalanya ditoleh ke arah Amanda yang di hadapan pintu. Dahinya mula berkerut.

“Kau dah kenapa? Menjerit tak tentu pasal. Macam orang gila.”

Amanda berjalan mendekati Melinda. Nafasnya naik turun menahan amarah.

“Jom ikut aku ke balai! Aku akan laporkan yang kau bunuh ayah aku.” Amanda menarik tangan Melinda dengan kasar. Melinda mengetap gigi lalu menepis tangan tersebut.

“Kau ni dah kenapa? Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba datang nak paksa orang. Aku dah kata bukan aku yang bunuh ayah kau.”

“Kau janganlah nak menafikan semuanya, Mel. Dah sah kau bunuh ayah aku!” ujar Amanda. Melinda menggeleng kepalanya lalu ingin melangkah keluar dari pejabat.

“Aku peliklah dengan kau ni.”

“Hoi! Kau jangan nak larikan diri. Aku call polis,” ugut Amanda lalu mengejar Melinda. Mereka berdua keluar dari pejabat itu.

“Kau faham tak? Aku dah bagitahu kau tentang kisah sebalik pembunuhan bapa kau. Apa lagi kau nak meroyan?” soal Melinda sambil mengurut-ngurut kepalanya.

Amanda mendengus kasar.

“Aku tak percaya kau!!”

Melinda menuruni tangga dengan perlahan-lahan diikuti oleh Amanda dari belakang.

“Amanda, aku malas nak gaduh. Kau datang terus sakit kepala aku tau.”

Amanda mengetap giginya. Hatinya begitu panas melihat Melinda yang tenang seperti tiada apa-apa yang berlaku.

“Mati kau.” Tangannya pantas menolak tubuh Melinda dari belakang menyebabkan gadis itu tidak dapat mengimbangkan tubuhnya.

BUKK!!!

“Arghhhhh!!!”

Melinda mengerang kesakitan sambil memegang perutnya. Tubuhnya terbaring di atas lantai tingkat bawah. Rasa sakit mula menyucuk-nyucuk perutnya.

“Ya Allah, boss!”

Rayyan terlebih dahulu mendekati tubuhnya isterinya. Tangannya pantas mengelap peluh yang merenek di dahi Melinda.

“Sayang, are you okay?” soal Rayyan dengan risau. Tubuh itu pantas dirangkul sebelum diangkat.

“Sa ... sakit...”

Melinda memegang perutnya. Rayyan mengangkat Melinda lalu membawa tubuh itu keluar dari bangunan Food Mega. Mereka masuk ke perut kereta.

Rayyan menghidupkan enjin dengan pantas lalu membawa kereta itu ke hospital.

RAYYAN menghela nafasnya. Sudah beberapa minit Melinda berada di bilik rawatan. Doktor masih belum keluar untuk memaklumkan kepada Rayyan yang menanti di luar bilik rawatan. Hal ini menyebabkan Rayyan menjadi tertanya-tanya.

Dia meraup wajahnya. Dia masih mengingati darah yang dilihat di seluar Melinda sebelum gadis itu dibawa masuk ke dalam bilik rawatan. Adakah isterinya sedang menghisap sebuah penyakit?

Doktor Amani melangkah keluar dari bilik rawatan. Sebuah keluhan dilepaskan. Rayyan pantas bangun lalu mendekati Doktor Amani.

“Doktor, macam mana dengan keadaan isteri saya?” soal Rayyan risau. Doktor Amani memandang ke arah Rayyan.

“Saya nak sampaikan dua berita. Satu adalah berita gembira dan satu adalah berita sedih. Saya harap encik bersabar.”

Rayyan terdiam. Apa maksud doktor?

“Tahniah kepada encik. Puan Melinda mengandung dua minggu. Itu adalah berita gembira.”

Rayyan terkedu. Senyumannya cuba disembunyikan.

“Berita yang sedih. Maafkan saya, encik. Saya sudah sedaya upaya merawat isteri encik. Allah lebih sayangkan anak encik. Puan Melinda keguguran.”

Bagai sebuah batu besar menghempap tubuhnya, Rayyan hanya kaku di posisinya. Baru sahaja dia ingin bergembira dengan kedatangan si kecil penyeri hidup mereka, si kecil terlebih dahulu pergi meninggalkan mereka. Siapa yang tidak sedih jika semua ini berlaku?

“Saya minta diri dahulu, encik.”

Doktor Amani berjalan pergi meninggalkan Rayyan. Rayyan masih mengunci mulutnya. Perasaan sebak hanya dipendam di dalam hatinya. Dia reda dengan ketentuan-Nya.

Terima kasih, harap bersabar menunggu bab seterusnya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience