BAB 63

Romance Series 30157

MELINDA membuka kelopak matanya. Serentak itu, tubuhnya berpusing menghadap ke belakang. Wajah lelaki yang dicintainya sudah muncul di hadapan matanya sendiri.

“Mel…”

Rayyan perlahan melangkah mendekati Melinda. Melinda menggeleng kepala.

“Jangan dekat!! Kalau tak aku terjun!!”

Serta-merta langkah Rayyan terhenti. Melinda menangis teresak-esak.

“Kenapa kau datang sini?! Bukan kau dah tak pedulikan aku lagi ke?!” jerit Melinda diiringi oleh tangisannya. Rayyan mengetap bibirnya. Ayat tersebut betul-betul menusuk jiwanya.

“Mel…”

Melinda menggeleng kepala.

“Aku tahulah aku ni jahat! Aku tahu! Aku tak layak untuk bersama dengan kau!”

“Aku ni pentingkan diri sendiri! Selfish! Memang aku perempuan yang jahat dan jahil!!”

Rayyan menghela nafasnya setelah mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Melinda itu.

“Tapi … salahkah aku nak bahagia? Aku nak bahagia dengan orang yang aku sayang. Dengan orang yang aku cinta.”

“Tak salah, Mel.”

Rayyan melangkah dengan perlahan untuk mendekati gadis itu.

“Semua manusia berhak bahagia. Kau, aku, uncle, mama, papa. Semua berhak ada kebahagiaan. Dengan izin-Nya. Mel, kau pun boleh bahagia,” ujar Rayyan sambil tersenyum. Melinda menggeleng kepalanya. Tangannya naik memegang kepalanya.

“Aku bukan wanita yang macam Kamilah! Aku bukan semuslim dia! Aku bukan sebaik dia! Aku tak sempurna macam dia! Aku jahat! Aku kejam!”

Rayyan mendekati Melinda dengan perlahan.

“Tak, Mel. Semua manusia tak sempurna, Mel. Aku tak sempurna. Kau tak sempurna. Kamilah tak sempurna. Helmi tak sempurna. Kesempurnaan itu hanya ada pada-Nya,” ujar Rayyan dengan lembut bagi memujuk isterinya itu. Melinda terdiam seketika.

Rayyan menghulurkan tangannya.

“Sini, sayang. Bahaya berdiri dekat situ.”

Melinda memandang tangan dan wajah Rayyan silih berganti. Kepalanya kembali digeleng beberapa kali.

“Taknak! Taknak! Taknak!”

Rayyan cuba mendekati Melinda.

“Jangan dekat!! Kau tak cintakan aku! Kau tak sayangkan aku! Jangan dekat dengan aku! Aku jijik!!” jerit Melinda sekuat hati.

“Melinda…”

Melinda menutup telinganya menggunakan kedua belah telapak tangannya.

“Melinda, turun sayang.”

“Aku taknak! Kau tak faham ke?!”

“Okey, okey. Aku cinta kau.”

Melinda terkedu mendengar tiga perkatan tersebut. Dunianya bagai terhenti seketika.

“Turun, Mel. Bahaya. Cepat ikut aku.” Rayyan menghulurkan tangannya. Melinda menelan air liur kesat.

“Kau tipukan?”

Rayyan menggeleng kepalanya.

“Nope. Aku tak tipu. Sumpah, ini adalah perasaan aku sekarang.”

Melinda diam.

“I love you…”

Melinda terus rebah ke arah Rayyan. Rayyan pantas menyambut tubuh tersebut. Kepala gadis tersebut diusap dan dibelai lembut.

“Rayyan…”

Mata Melinda mula berkaca semula.

“Ye, Mel.”

“I love you too…”

Melinda memeluk erat tubuh Rayyan. Tangisan kegembiraan mula kedengaran. Rayyan mengusap-usap belakang tubuh gadis itu.

“Kita balik ye, sayang.”

Melinda mengangguk kepala. Dia hanya membiarkan tubuhnya dicempung oleh Rayyan. Matanya terpejam sambil bibirnya mengukir senyuman.

“Saya sayang awak, Rayyan.”

RAYYAN membuka kelopak matanya. Dia menggosok-gosok matanya. Baru hendak bangun dari posisi berbaring, matanya terpandang kepala Melinda berada di atas dadanya. Sebuah senyuman terukir di bibir Rayyan.

Melinda menggeliat kecil. Matanya digosok-gosok beberapa kali. Tangannya naik memeluk leher Rayyan. Dia menyandarkan kepalanya di atas bahu Rayyan.

“Mel, bangun.”

Melinda membuka kelopak matanya. Matanya didongakkan untuk melirik wajah kekasih syurganya itu.

“Hrmmmm…”

Rayyan mengusap kepala Melinda. Melinda memejamkan matanya semula.

“Good morning, sayang,” ucap Rayyan dengan lembut. Mata Melinda terbuka kasar. Dia memandang yang seolah-olah tidak percaya.

“Apa?”

Rayyan menolak Melinda untuk bangun bersama-sama. Bibirnya mengukir senyuman.

“Dah, jom mandi. Bau masam,” ujar Rayyan lalu melepaskan tawanya. Melinda mencebikkan bibirnya.

“Mana ada masam. Awak yang masam. Tapi tetap saya suka bau badan awak.” Melinda memeluk erat leher Rayyan. Rayyan mengusap kepala Melinda.

“Bangun sayang. Kita mandi.”

“Kita mandilah sama-sama. Kan halal,” jawab Melinda selamba. Terjungkit tinggi kening Rayyan.

“What? Really? Kau nak mandi sama-sama?” soal Rayyan. Melinda mengangguk kepala.

“Yelah. Mandi sama-sama kan dapat pahala. Selepas itu menjimatkan air, sabun dan shampoo. Duit pun tak terbang banyak mana pun.”

Tubuh Melinda dicempung oleh Rayyan selepas mendengar kata-kata gadis tersebut.

“Okey, aku ikut je.”

Rayyan dan Melinda serentak melepaskan ketawa. Mereka berdua masuk ke dalam bilik mandi diiringi dengan gelak tawa dan usik masing-masing.

MELINDA mengeringkan rambut Rayyan menggunakan tuala kecil. Rayyan memejamkan matanya dan membiarkan tindakan isterinya itu.

“Dah siap.”

Rayyan tersenyum lalu dia membuka kelopak matanya. Kepalanya dipusingkan ke arah Melinda.

“Sini kejap.”

Melinda mendekati Rayyan.

“Dekat lagi.”

Melinda mendekatkan jarak wajahnya dengan wajah Rayyan. Hembusan nafas Rayyan mula menampar-nampar wajahnya.

Sebuah kucupan hangat hinggap di hidung Melinda.

Mata Melinda terbeliak. Dia sangat terkedu dengan tindakan Rayyan itu. Dia terus rebah ke atas katil lalu berguling-guling. Rayyan ketawa.

“Kau dah kenapa ni?” soal Rayyan sambil tersenyum. Melinda memandang Rayyan sambil tersenyum nakal.

“Meow…”

Rayyan mengerutkan dahinya.

“Dah kenapa? Nak jadi kucing?” soal Rayyan. Melinda mengangguk kepala.

“Nak! Nak jadi kucing nakal dan miang.” Melinda duduk di hadapan Rayyan. Rayyan menarik tangan Melinda.

“Tak kerja ke hari ni?” soal Rayyan sambil mengusap tangan Melinda. Melinda menggeleng kepalanya.

“Saya bagi semua orang cuti. Penat sangat. Bagilah saya nak rehat.”

Melinda merebahkan tubuhnya semula ke atas katil. Matanya dipejam seketika.

“Awak tak bosan ke?” soal Rayyan. Melinda menggeleng kepalanya.

“Tak.”

“Tapi saya bosan,” ujar Rayyan sambil bibirnya dimuncungkan ke hadapan.

“Ucapkan I love you dekat saya kalau awak bosan.”

Kening Rayyan terjungkit.

“What? Betul ni?” soal Rayyan meminta kepastian. Melinda mengangguk kepalanya.

“Okey. Ehem! Nak ucap tiga perkataan perlu ada ton suara yang sesuai.”

Melinda melepaskan tawanya.

“Asal ketawa?”

Melinda menggeleng kepalanya.

“Cepatlah!”

Rayyan tersenyum. Mulutnya mendekati cuping telinga Melinda. Hembusan nafas Rayyan dapat dirasakan oleh Melinda yang menampar cuping telinga.

“I…”

KRING! KRING!

Kata-kata Rayyan terhenti apabila deringan iPhone Melinda yang menunjukkan sebuah mesej masuk. Melinda bangun lalu mencapai iPhonenya. Dia memandang skrin iPhone. Beberapa minit kemudian, dahinya mula berkerut membaca mesej tersebut.

“Abang…”

Rayyan menoleh ke arah Melinda.

“Ya? Kenapa?” soal Rayyan lalu menggesot ke arah Melinda. Melinda menunjukkan iPhone nya kepada Rayyan.

“Cuba baca mesej tu, abang.”

Rayyan membaca satu persatu mesej tersebut. Dia terkedu.

“Aku akan bunuh kau, Melinda. Kau takkan bahagia selama-lamanya!”

Terima kasih!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience