BAB 4

Romance Series 30122

MELINDA tersenyum memandang ke arah Rayyan yang duduk berhadapan dengannya. Seorang pelayan menapak mendekati meja mereka untuk mengambil pesanan.

“Kau nak makan apa, Rayyan?” soal Melinda. Rayyan menghela nafasnya.

“Air putih sahaja.”

“Beef recipes dua. Air mangga dua.”

Rayyan terkejut mendengar kata-kata Melinda itu. Melinda merampas buku menu makanan daripada tangan Rayyan lalu diberikan kepada pelayan. Pelayan itu mengangguk kepala lalu melangkah pergi. Rayyan mengetap giginya.

“Aku taknak bazir duit kaulah.”

Melinda hanya tersenyum. Kepalanya digeleng-geleng.

“Aku belanja bukan habiskan duit aku.”

Rayyan hanya diam. Malas dia hendak berkata lagi. Mesti ada sahaja jawapan daripada Melinda.

“Hrmm, stay kat sana,” ujar Melinda lalu mengambil beberapa keping gambar Rayyan. Rayyan laju menutup wajah menggunakan tangannya. Melinda mencebik.

“Woi! Cepatlah!!”

Melinda menarik tangan Rayyan. Mata Rayyan memandang ke arah kamera telefon. Beberapa keping gambar ditangkap laju oleh Melinda.

“Hish! Dahlah!” Tangan Rayyan menepis tangan Melinda. Dia mendengus kasar. Tidak suka dia apabila Melinda selamba memperlakukan dirinya sebegitu.

“Ok, thank you.”

Bibirnya Melinda mengukir senyuman manis. Dia menyimpan gambar itu sebaik-baik. Dia tidak mahu kerana kesalahan kecil, gambar-gambar Rayyan akan hilang.

“Dah berapa tahun kau kerja kat Food Mega?”

“Enam tahun,” jawab Rayyan dengan pendek. Malas dia mahu memberikan jawapan panjang kepada Melinda. Sudahlah gadis itu suka memaksa. Hish, panas hati aku!

“Oh, begitu. Umur kau berapa?”

“24 tahun.”

“Ohh, kau senior aku. Aku 22 tahun. Muda masih.” Melinda tersenyum memandang ke arah Rayyan. Rayyan membuat muka kerek. Memang sah gadis di hadapannya ini senget!

“Telefon kau Nokia sahaja ke?”

“Kenapa? Salah ke aku pakai Nokia? Kalau niat kau nak hina aku sebab aku pakai telefon Nokia, baik aku pergi dari sini lah.” Rayyan bangun dari tempat duduknya. Melinda laju menahan Rayyan. Sebuah keluhan dilepaskan.

“Rayyan, tenang. Aku bukan nak hina kau pun. Aku cuma tanya. Kau taknak tukar telefon kau ke?”

“Aku ni bukanlah gaji besar macam kau. Gaji aku semput-semput. Kadang-kadang cukup untuk makan dan minum aku sahaja. Jadi, aku takde niat nak tukar telefon baru atau motor baru. Kau faham?”

“Hrmm ... aku tetap tak faham.”

Rayyan merengus. Dia tidak tahu mengapa kesabaran sedikit tercabar dengan sikap Melinda itu. Sakit hati tau!

“Aku tak boleh tengok orang susah. Tangan aku ni gatal nak tolong.”

“Kalau kau tak ikhlas, baik tak payah.”

“Edeh, kau ni memang nak kena dengan aku. Baik kau duduk sebelum aku cium kau.” Mendengar ugutan Melinda, laju sahaja punggung Rayyan duduk di kerusi semula. Bukan takut cuma was-was. Yelah, minah depan dia ni bukannya betul sangat! Nanti kalau diciumnya betul-betul mahu jatuh saham dia nanti.

Mata tajam memandang ke arah wajah Melinda yang selamba. Langsung tiada rasa bersalah.

“Tahu takut. Duduk diam sampai makanan sampai. Selamat menjamu selera.”

Rayyan mengetap giginya. Geram dia melihat Melinda yang sangat selamba dengannya. Dia pelik melihat Melinda tidak seperti gadis lain.

Biasanya perempuan seperti Melinda adalah orang yang paling sombong di dunia kerana mempunyai kecantikan dan pekerjaan terbaik. Namun terbalik bagi Melinda sendiri. Gadis itu selamba badak membawanya masuk ke restoran mewah dan makan.

Sudahlah dia tengah memakai baju uniform Food Mega. Pelik bin ajaib! Melinda tidak langsung berasa kekok. Dia masih beriak biasa dan sentiasa tenang.

Rayyan menghela nafasnya. Memori beberapa tahun kembali menyerang benak fikirannya. Kata-kata hinaan daripada beberapa perempuan tidak pernah dilupakan.

“Muka hensem tapi kerja runner sahaja. Hahahaha!”

Rayyan menggeleng kepalanya. Panas hatinya mengingati kata-kata hinaan yang dilemparkan kepada dirinya. Namun apakan daya, dia hanyalah manusia biasa yang miskin dan tidak mempunyai apa-apa.

“Yeah ... makanan dah sampai.”

Rayyan tersentak dari lamunannya. Matanya memandang ke arah pinggan yang dipenuhi oleh daging dan segelas air mangga yang telah dihidang. Dalam hidupnya, ini adalah kali pertama dia akan merasakan makanan mahal sebegini.

“Rayyan, baca doa.”

Rayyan dan Melinda menadah tangan masing-masing. Rayyan hanya membaca doa di dalam hati. Malas dia ingin mendengarkan suara merdunya membaca doa makan.

“Amin...”

Rayyan meraup wajah mengaminkan doa tadi. Melinda kebingungan dengan tindakan Rayyan.

“Eh? Dah habis ke? Kau baca doa ke apa ni?”

“Dalam hati.”

Melinda mencebik. Dia mencapai sudu dan garfu. Mereka berdua mula menikmati makanan yang telah dihidangkan.

Rayyan mengelap bibirnya menggunakan hujung bajunya. Melinda menghulurkan sehelai tisu kepada Rayyan apabila melihat aksi lelaki itu.

“Kotorlah baju kau nanti. Pakai ni.”

Rayyan menggeleng kepalanya. Dia tidak mahu menyusahkan Melinda lagi.

Melinda menarik nafasnya. Matanya memandang ke arah Rayyan.

“Thank you sebab dah temankan aku makan pada hari ini.”

“You’re welcome,” jawab Rayyan lalu bangun. Melinda terkejut lalu menahan Rayyan.

“Kau nak pergi mana?” Melinda cemas melihat Rayyan sudah memakai helmet motorsikal. Rayyan hanya diam.

“Rayyan Bin Rahman! Kau nak pergi mana?!”

“Tak payah nak jerit-jerit lah. Orang dah pandang kita tau,” tegur Rayyan. Melinda mencebik.

“Rayyan, kalau kau pergi dari sini aku akan pastikan kau akan jadi milik aku selamanya!”

Rayyan tidak menghiraukan kata-kata Melinda lagi. Dia melangkah keluar dari restoran itu tanpa menoleh ke belakang lagi.

“Rayyan!”

Melinda meraup wajahnya. Hatinya panas apabila ditinggalkan sebegitu oleh Rayyan. Tangannya naik lalu mengurut-ngurut dadanya. Dia cuba untuk menenangkan diri.

“Eh?” Matanya tertangkap sebuah telefon Nokia yang berada di tempat duduk Rayyan tadi.

“Ini...”

Dia bangun lalu mencapai telefon Nokia tersebut. Bibirnya mengukir sebuah senyuman.

“Hahahaha!”

Dia memasukkan telefon Nokia itu di dalam beg tangannya lalu melangkah ke kaunter untuk membayar makanan dan minuman yang telah dipesan tadi.


RAYYAN menyeluk poket seluarnya di sebelah kiri dan kanan. Dia mula tercari-cari dimanakah keberadaan telefonnya.

“Haih ... mana lah telefon aku ni?”

Sebuah keluhan dilepaskan. Tidak mungkin lah dia tercicir telefonnya di restoran tadi. Dia tidak akan cuai untuk meletakkan atau menyimpan telefonnya.

“Haih ... kena beli baru lah jawabnya.”

Rayyan menghidupkan enjin motorsikal. Dia membelai-belai kepala motosikal. Tinggal motosikal ini sahaja bertahan dan sentiasa berada di sisinya.

“Sayang! Jangan tinggalkan saya tau,” ujar Rayyan kepada motosikal kesayangannya itu. Motosikal itu memecut laju ke tempat kerja Rayyan semula.

Anda adalah yang terbaik!

Share this novel

Nreflyanaaa
2021-01-19 13:59:42 

Nsjwhwhsuwhw


NovelPlus Premium

The best ads free experience