BAB 25

Romance Series 30157

MELINDA membuka kelopak matanya. Dia bangun daripada posisi berbaring. Terasa sedikit melekit pada tubuhnya. Ini mesti disebabkan dia asyik berpeluh semasa tidur.

“Eh?”

Melinda menyentuh dahinya. Sejuk!

“Aku … aku dah tak demam ke?” Melinda tersenyum. Hatinya merasa lega apabila dirinya sudah mula sembuh daripada demam.

“Nasiblah, kalau tak…”

Kata-kata Melinda terhenti. Matanya terpandang tubuh yang duduk di sebelah katil. Kelihatan lelaki itu sangat lena tidur walaupun berada di posisi duduk.

“Rayyan…”

Matanya memandang tangan Rayyan yang memegang iPhonenya. Bibirnya mengukir sebuah senyuman. Dia mencapai iPhonenya dengan perlahan supaya tidak menganggu Rayyan yang masih terlena itu.

Melinda mengeleng kepala apabila melihat mesej yang dihantar oleh Rayyan menggunakan indentitinya. Berani betul Rayyan membuka iPhonenya tanpa kebenaran. Tetapi, itu bukan menjadi masalah. Matanya membulat melihat wallpaper homescreen iPhonenya yang telah ditukar secara tiba-tiba.

“Eeeiiii, mesti kerja dia ni.”

Melinda tersenyum sinis. Dia menghalakan iPhone ke arah Rayyan yang masih terlena. Beberapa keping gambar diambil oleh Melinda.

“Thank you sebab jaga aku. Ni hadiah tau.”

CHUPP!!

Dia mengucup dahi Rayyan sekejap. Selimut ditarik lalu diletakkan di atas tubuh Rayyan. Kepala lelaki itu diusap perlahan.

“Sayang kau.”

Melinda bangun daripada katil. Dia memandang jam yang melekat di dinding.

“Dah jam 3 pagi.”

Dia meregangkan otot-ototnya sebelum melangkah mendekati meja kerja.

“Tunggu sampai jam 5 lah. Baru mandi.”

Melinda menarik kerusi lalu duduk. Dia memulakan sedikit kerjanya yang terhenti dari kelmarin lagi.

HELMI melangkah keluar dari bangunan Food Mega. Matanya tercari-cari kelibat Rayyan bersama motosikal kesayangan rakannya itu.

“Eh?!”

Mata Helmi berkelip-kelip terpandang motosikal Rayyan yang sudah terparking cantik di garaj motosikal Food Mega. Helmi mula kehairanan.

“Eh? Kenapa pula motosikal ni ada kat sini? Bukan Rayyan balik guna ni ke?” Helmi menggaru kepalanya.

“Pelik betul…”

Sebuah kereta dipandu masuk ke perkarangan bangunan Food Mega. Helmi pantas menyembunyikan dirinya di belakang sebuah tiang besar.

“Eh? Itu bukan kereta boss ke?”

Mata Helmi membulat melihat Rayyan yang keluar dari kereta tersebut. Kelopak matanya digosok beberapa kali.

“Tak mungkin! Mungkin bukan kereta boss kot.”

Helmi memerhati dengan tajam pergerakan Rayyan dan kereta tersebut.

“Woi!”

Melinda menurunkan cermin kereta. Dia pantas mencapai beberapa fail lalu dihulurkan keluar kereta.

“Rayyan Rahman!”

Kepala Rayyan ditoleh ke belakang. Sebuah keluhan dilepaskan. Dia mendekati kereta itu semula.

PAKK!!

“Aduh! Apa kau ni huh? Tak pandai nak bagi betul-betul ke?!” marah Rayyan sambil menggosok hidungnya yang dipukul oleh Melinda itu. Melinda hanya tertawa.

“Nah, kau punya.”

Rayyan merampas fail tersebut. Perlahan-lahan dia menarik rambut Melinda.

“Aduhh! Woi!!”

Melinda mengetap giginya melihat Rayyan yang sudah pecut memasuki bangunan Food Mega. Rambutnya dibetulkan perlahan. Sebuah keluhan dilepaskan olehnya.

“Tak guna! Okey, tak apa.”

Melinda memarkir keretanya di parking kereta di bangunan tersebut. Helmi yang melihat kejadian tadi kebingungan. Dia pantas berlari masuk ke dalam bangunan Food Mega untuk mencari kelibat Rayyan.

“Rayyan!”

“Opocot!” Rayyan mengusap dadanya. Pantas dia menuruni tangga untuk mendekati rakannya.

“Hah, kau dah kenapa ni? Buat aku terkejut je.”

Helmi tersengih. Dia menarik Rayyan ke sebuah sudut di tingkat bawah bangunan. Tanpa berfikir panjang, Rayyan hanya mengikuti rakannya itu.

“Kau ini dah kenapa huh?”

Helmi memandang ke arah Rayyan dengan tajam.

“Apa hubungan kau dengan boss?”

Rayyan mengerutkan dahinya.

“Huh? Maksud?”

“Kau ada hubungan apa-apa dengan boss ke?”

Rayyan menggeleng kepala.

“Takdelah. Kau ni dah kenapa? Demam?” Rayyan memegang dahi Helmi. Helmi pantas menepis tangan rakannya itu.

“Apa main pegang-pegang ni?”

Rayyan ketawa. Dia membaling sebuah helmet motosikal ke arah Helmi.

“Jom! Macam biasa.”

Helmi tergelak lalu mengangguk kepala tanda faham dengan apa yang diperkatakan oleh Rayyan itu.

RAYYAN memandang ke arah pejabat Melinda yang berada di tingkat atas. Sebuah keluhan dilepaskan.

“Lambat juga minat ni! Dahlah aku kena ikut dia balik,” bebel Rayyan sendiri. Tubuhnya dipeluk. Dia setia menanti Melinda keluar dari pejabatnya.

“Rayyan…”

Ternaik bahu Rayyan apabila disapa sebegitu. Kepalanya laju ditoleh. Wajah Helmi yang tersengih seperti kambing. Rayyan mengetap gigi.

“Eeeeeeeei! Kau ni. Terkejut aku tau!”

Helmi tergelak kecil.

“Oi, tak balik lagi ke? Nak kerja overtime ke?” sindir Helmi. Rayyan menjeling tajam ke arah Helmi.

“Mana ada. Aku tunggu orang.”

“Tunggu siapa?”

“Kau balik lah, Mi. Nanti mak kau cari. Payah lagi kalau dia dah start meracau.” ujar Rayyan dengan risau. Helmi mengangguk kepalanya.

“Okey, aku balik dulu tau. Hati-hati.”

Rayyan mengangguk kepala. Helmi perlahan-lahan melangkah ingin keluar dari bangunan tersebut. Namun kepalanya ditolehkan semula ke belakang memandang pejabat Melinda.

“Apasal Rayyan nak tunggu boss pulak? Hairan aku.”

Helmi meletakkan begnya di atas bakul motosikal. Dia mencapai helmet motosikal lalu dipakai dengan teliti. Enjin motosikal dihidupkan sebelum motosikal itu diboncengkan keluar dari perkarangan bangunan Food Mega.

“Tak apa, Helmi. Nanti kau siasat tentang perkara ini.”

Terima kasih, anda semua adalah yang terbaik!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience