BAB 65

Romance Series 30157

MELINDA menyarungkan shawl berwarna hitam di kepalanya. Bibirnya tersenyum melihat wajahnya yang begitu cantik memakai shawl tersebut.

“Mel…”

Rayyan melangkah keluar dari bilik air. Dia mengelap rambutnya menggunakan tuala. Melinda memberikan senyuman manis kepada suaminya.

“Cepatlah pakai baju. Saya tarik tuala tu nanti. Padan muka!” usik Melinda lalu ketawa terbahak-bahak.

Rayyan mencebikkan bibirnya. Dia berjalan ke almari lalu mengambil baju dan seluar kerjanya. Baju dan seluar disarung pada tubuhnya. Kepalanya ditoleh ke arah Melinda yang masih memandang wajahnya ke cermin solek.

“Awak, hari ini ada baju baru untuk syarikat kita.”

Rayyan mengerutkan dahinya.

“What? Baju baru?”

Melinda mengangguk kepalanya.

“Ye, tak payah banyak tanya lagi. Jom!” Melinda pantas menarik tangan Rayyan keluar dari bilik mereka. Rayyan hanya mengikuti Melinda dari belakang.

“Melinda! Rayyan!”

Melinda memandang wajah mamanya sambil sebuah senyuman manis terlebih gula diberikan kepada Zuhaira.

“Mama, kitorang pergi dulu. Mama sarapan dengan papa tau!” Zuhaira tertawa lalu mengangguk kepala. Mirza hanya menggeleng kepala melihat telatah anak dan anak menantunya itu. Melinda menarik Rayyan keluar dari rumah tersebut dengan pantas.

“Ya Allah, sayang. Sabar lah. Awak dah kenapa terlampau excited ni?” Rayyan hairan dengan sikap Melinda pada pagi ini. Namun Melinda hanya diam dan tersenyum menyebabkan wajah itu kelihatan comel di mata Rayyan. Dia terus menarik Rayyan ke kereta tanpa menjawab soalan suaminya itu.

“Mel, awak belum jawab lagi soalan saya.”

“Nantilah dekat office,” jawab Melinda. Rayyan menghela nafasnya.

“Baiklah.”

Mereka masuk ke perut kereta. Rayyan menghidupkan enjin sebelum memandu kereta tersebut ke tempat kerja mereka berdua.

MELINDA dan Rayyan melangkah masuk ke dalam bangunan Food Mega. Rayyan mengerutkan dahinya apabila melihat kawasan dalam bangunan Food Mega yang dihiasi dengan pelbagai hiasan seperti belon dan reben.

“Apa dah jadi dengan office kita? Dah jadi taska ke?” soal Rayyan menyebabkan Melinda melepaskan ketawanya. Mereka disapa oleh Helmi dan Ivy yang sedang membawa dua buah beg plastik.

“Hai, boss!” sapa Helmi dan Ivy dengan serentak menyapa Melinda dengan senyuma manis. Melinda hanya mengangguk kepala lalu tersenyum.

“Hah, mana baju baru kita?” soal Melinda dengan senyuman yang sentiasa tidak lari daripada bibirnya.

Helmi dan Ivy menghulurkan beg plastik kepada Rayyan dan Melinda.

“Ini bajunya.”

Melinda dan Rayyan mengangguk kepala. Mereka mengambil beg plastik masing-masing lalu ke tandas untuk menukar baju.

Rayyan kebingungan melihat baju yang tersedia di dalam beg plastik tersebut. Namun dia hanya memakai baju tersebut tanpa melenting panjang lagi. Kakinya dilangkah keluar dari tandas lalu memandang pelik ke arah Helmi.

“Apahal baju aku macam begini, wei? Tak sama macam baju korang,” rungut Rayyan lalu mendekati Helmi. Helmi hanya tersenyum.

“Boss, cantiklah pakai baju macam ni. Saya suka tengok!”

Rayyan memalingkan wajahnya. Dia terkedu apabila melihat Melinda memakai baju Food Mega yang baharu sama seperti baju Helmi dan Ivy. Ditambah lagi dengan shawl yang dipakai oleh Melinda menyebabkan Rayyan terpukau.

POOM!!

Ternaik bahu Rayyan mendengar letupan kecil itu. Matanya memandang sekeliling. Para pekerja mula mengelilinginya.

“Selamat datang boss baharu!!” jerit para pekerja Food Mega diikuti juga oleh Melinda sendiri. Rayyan mula kebingungan.

“What? Boss?”

Melinda mengangguk kepala sambil tersenyum.

“Halah, halah. Tepi sikit. Lilin nak kena tiup oleh boss.” Kamil membawa sebuah kek ke arah Rayyan. Rayyan memandang kek tersebut lalu tersenyum kecil.

“Tiup, boss.”

Rayyan mengangguk kepala lalu meniup api yang menyala di lilin kek tersebut. Semua pekerja menepuk tangan sambil melaungkan perkataan ‘boss baharu!’ sehingga bergema di pelusuk bangunan Food Mega. Rayyan hanya mampu tersenyum.

“Boss, boss nak makan apa?” soal Melinda mendekati Rayyan setelah lelaki mengambil tempat duduk. Para pekerja yang lain sudah menikmati makanan yang dihidangkan. Rayyan memandang wajah Melinda dengan tajam.

“Saya nak makan awak.”

Melinda terus menekup mulut Rayyan.

“Ei, hal macam itu kita bawa di rumah sajalah. Janganlah cakap sini. Nanti orang dengar, malu tau,” ujar Melinda. Rayyan hanya tergelak kecil.

“Saya ambil kek ye.” Rayyan mengangguk kepala. Dia hanya memandang sosok tubuh Melinda sambil bibirnya dikemamkan. Tidak sangka rupa-rupanya Melinda merancang semua ini.

“Nah, awak. Saya suap.”

Melinda menyuakan sudu yang dipenuhi kek ke arah suaminya. Rayyan menggeleng kepalanya.

“Tak apa. Saya makan sendiri.”

“Alah, boss. Biarlah Mel suap,” sampuk Helmi. Pekerja lain mengangguk kepala.

“Suap! Suap! Suap!”

Melinda tersenyum malu memandang semua pekerja. Dia perlahan menyuap Rayyan. Dengan spontan, Rayyan membuka mulut dan menantikan kek tersebut masuk ke dalam mulut.

“Awwww … so sweet.”

Melinda mengambil tisu lalu ingin mengelap mulut Rayyan yang comot.

“Saya boleh buat sendiri, Mel.”

Melinda menggeleng kepalanya. Sisa krim kek yang mencomotkan mulut suaminya dilap dengan lembut. Senyuman kecil terukir di bibirnya.

Rayyan hanya memandang wajah gadis itu. Fikirannya dilanda banyak persoalan yang perlu dijawab oleh Melinda sendiri.

SEMUA pekerja sibuk mengemas dan membersih selepas selesainya majlis. Melinda mencapai batang penyapu. Dia mahu menolong Ivy apabila melihat gadis itu berseorangan menyapu untuk membersihkan lantai.

Melinda memalingkan wajahnya apabila lengannya ditarik oleh seseorang. Matanya memandang ke arah wajah Rayyan yang begitu serius.

“Mel, ikut saya sekarang.” Rayyan memberikan arahan kepada Melinda dengan tegas. Melinda mengerutkan dahinya.

“Tapi, saya nak…”

“Jangan melawan saya. Saya boss awak sekarang. Ikut saya.” Tangan Rayyan turun lalu menggenggam tangan Melinda. Dia menarik Melinda menaiki tangga.

Mereka berdua melangkah ke pejabat baharu Rayyan yang berada di atas. Apabila mereka masuk ke dalam pejabat tersebut, Rayyan pantas menutup lalu mengunci pintu pejabat. Kepalanya ditolehkan ke arah Melinda.

“Mel, apa semua ni? Awak tahukan saya dah biasa jadi orang bawahan.”

Melinda tersenyum.

“Apa salahnya? Tak salahkan?” soal Melinda. Rayyan menghela nafas. Dia menarik tubuh itu lalu merangkul pinggang gadis tersebut. Anak mata Melinda dipandang dalam.

“Mel, saya dah biasa jadi orang bawahan. Awak jangan risaulah tentang pekerjaan saya atau gaji saya. Saya…”

Melinda meletakkan jarinya di atas bibir Rayyan. Hal itu menyebabkan kata-kata Rayyan terus terhenti.

“Saya buat semua ini sebab saya sayang awak.”

Rayyan menjungkitkan keningnya.

“What? Apa alasan awak tadi?”

“Saya lakukan semua ini kerana saya sayang awak. Saya sayang suami saya.”

Rayyan mendekatkan wajahnya. Hidung mereka berdua mula berlaga.

“Apa? Tak dengar. Sekali lagi.”

“Saya sayangkan awak!”

Rayyan tergelak. Laju tangannya mencapai sesuatu.

“Jom.”

“Pergi mana?”

Rayyan menunjukkan kunci motosikal. Melinda tersenyum tanda memahami apa yang dimasukkan oleh lelaki tersebut. Kepalanya diangguk beberapa kali. Pantas Rayyan menarik gadis itu keluar dari pejabatnya.

“Helmi, kau cover aku. Aku nak keluar dating dengan Mel,” ujar Rayyan. Helmi hanya mengangguk kepala lalu tersenyum. Suka dia melihat kebahagian Rayyan dan Melinda itu.

“Nah, pakai ini.”

Rayyan menghulurkan helmet ke arah Melinda. Melinda menyambut huluran tersebut lalu menyarungkan helmet ke kepalanya.

Rayyan memandang Melinda yang mencebikkan bibirnya akibat tidak tahu bagaimana cara untuk mengetatkan helmet tersebut. Tangan Melinda ditarik ke bawah.

“Awak, macam mana nak pakai ini.”

Rayyan hanya tergelak. Dia membantu Melinda untuk mengetatkan helmet tersebut.

Rayyan mengucup hidung Melinda. Melinda menampar lembut bahu Rayyan.

“Dah, jom!”

Rayyan dan Melinda menaiki motosikal. Enjin motosikal dihidupkan sebelum dibonceng keluar dari perkarangan bangunan Food Mega itu. Rayyan dan Melinda menjerit keriangan. Tubuh Rayyan dipeluk erat oleh Melinda sebelum dagunya diletakkan di atas bahu Rayyan.

Kini, kebahagiaannya yang selalu menjadi mimpi di dalam tidurnya sudah menjadi kenyataan. Ianya bukan sekadar mimpi, tetapi bahagia yang nyata!

Tahniah, anda sudah sampai ke penghujung kisah Rayyan dan Melinda! Jom baca surat daripada penulisnya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience