BAB 47

Romance Series 30122

RAYYAN masih memegang tangan Melinda dengan kuat walaupun gadis itu cuba menepis berkali-kali. Sebuah keluhan dilepaskan.

“Jom balik!”

“Aku taknak! Lepaskan aku!”

“Takde! Balik!” Rayyan menarik Melinda ke motosikal. Melinda masih melawan.

“Taknak! Kau sayangkan dia! Bukan aku. Aku taknak ikut kau!”

Rayyan memakaikan Melinda helmet motosikal.

“Takde! Kita balik!” tegas Rayyan. Mata Melinda mula berkaca.

“Taknak! Lepaskan aku.”

“Melinda, please. Jom balik. Jangan degil.”

Melinda menangis teresak-esak lalu memeluk tubuh Rayyan. Kepalanya disandarkan ke dada lelaki itu.

Rayyan terkelu. Entah mengapa tangannya berani mengusap dan membelai kepala Melinda bagi memujuk gadis itu.

“Jom balik!”

Melinda mengangguk kepala. Dia menaiki motosikal selepas Rayyan menaiki motosikal tersebut. Rayyan pantas menghidupkan enjin lalu membonceng tersebut dengan laju. Melinda memeluk tubuh Rayyan lalu memejamkan matanya.

TUBUH Melinda dicempung masuk ke dalam rumah mertuanya. Rayyan pantas membawa tubuh itu masuk ke dalam bilik. Sebuah keluhan dilepaskan apabila memandang wajah Melinda yang begitu pucat itu.

“Mel, bangun.”

Melinda membuka kelopak matanya sedikit.

“Achooo!!!” Spontan tangan Melinda menutup hidungnya.

TOK! TOK! TOK!

Zuhaira melangkah masuk ke dalam bilik Melinda. Matanya memandang ke arah Melinda dan Rayyan.

“Mel okey tak?” Tangan Zuhaira diterbalikkan lalu menyentuh dahi anaknya. Zuhaira mula risau dengan keadaan Melinda.

“Sejuk sangat ni. Kamu buat apa tadi huh? Basah-basah lagi.”

Melinda tersengih.

“Dia main air hujan mama. Rayyan dah pesan tapi dia taknak dengar,” ujar Rayyan dengan selamba. Zuhaira mengetuk kepala Rayyan dan Melinda menyebabkan kedua insan itu mengerang kesakitan.

“Mama, Rayyan tak bersalah. Kenapa Rayyan juga kena?” soal Rayyan sambil menggosok kepalanya.

“Kamu pun tegaslah dengan Melinda ni!”

Rayyan mengangguk kepala faham.

“Baik mama.”

Zuhaira menghela nafasnya. Kepalanya digeleng-geleng.

“Kamu mandi samalah. Melinda tu takut pengsan je dalam tu nanti. Mama pergi dulu.”

Zuhaira melangkah keluar dari bilik tersebut. Melinda mengunci mulutnya apabila mendengar ayat yang keluar daripada mulut mamanya itu.

Rayyan mengambil tuala lalu mengeringkan rambut Melinda. Melinda memeluk tubuhnya kerana kesejukan.

“Kau nak aku mandikan?”

“Tak payah. Aku boleh mandi sendiri,” tolak Melinda lalu perlahan-lahan melangkah ke bilik air. Rayyan menghela nafasnya lalu mendekati Melinda.

“Rayyan!!”

Rayyan mengangkat tubuh itu lalu memasuki bilik air. Melinda pula terjerit-jerit kerana terkejut dengan tindakan Rayyan itu.

“Jangan bising, duduk diam. Aku takkan apa-apakan kau.”

Melinda mengangguk kepala.

MELINDA mengeringkan rambut nya menggunakan tuala kecil. Terasa kekok apabila bersama Rayyan.

“Kau okey? Nak aku tolong keringkan?” Tangan Rayyan naik ke atas kepala Melinda. Melinda laju menepis tangan itu.

“Tak payah. Aku boleh buat sendiri.”

Rayyan hanya membiarkan Melinda. Matanya tidak lepas memandang ke arah gadis itu. Dia menelan air liurnya apabila terpandang bahu Melinda yang terdedah.

“Err ... cepatlah pakai baju.”

Melinda mengangkat wajahnya. Dia mengangguk kepalanya lalu ingin melangkah ke almari.

Terima kasih!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience