BAB 19

Romance Series 30122

OMAR memandang cincin yang kemas tersimpan di dalam kotak kecil tersebut. Sebuah keluhan dilepaskan dengan kasar. Dia sangat kecewa apabila lamarannya ditolak begitu sahaja.

“Apa salah aku?”

Omar mengesat air mata jantannya. Ini pertama kali dia merasakan sebuah kesakitan yang amat sakit sehingga dadanya terasa pedih.

Melinda adalah gadis pertama yang menyebabkan dirinya mengenali cinta. Tetapi mengapakah Melinda senang menyakitkan hatinya dan menolak lamarannya kerana sudah memegang status ‘isteri orang’.

“Kenapa…”

Omar menarik nafasnya. Tangannya dikepal kuat.

“Banyak kenangan kita dahulu, Mel. Tapi kenapa kau lupakan aku.”

Walaupun tidak pernah bercinta dengan Melinda, tetap Omar tetap merasakan manis dan bahangnya perasaan cinta tersebut.

“Tak apa, Omar. Kau kena kuat,” ujar Omar sambil menguatkan dirinya. Dia bertekad. Bertekad untuk memikat hati Melinda. Walaupun gadis itu memegang status isteri orang sekalipun.

OMAR tersenyum memandang sejambak bunga yang terletak di atas kerusi sebelah kerusi pemandu. Dia mencapai sejambak bunga tersebut lalu melangkah keluar daripada kereta. Kakinya dilangkah laju untuk memasuki bangunan Food Mega.

“Melinda!”

Serentak kepala gadis itu ditoleh, Omar terus melutut di hadapan Melinda. Sejambak bunga dihulurkan kepada gadis itu.

“Untuk sayang!”

Melinda terkebil-kebil melihat sejambak bunga yang dihulurkan ke arahnya. Para pekerjanya mula kecoh melihat kejadian itu.

“Omar. Bangun! Tak manis lah, ngok!” Melinda menarik tangan Omar. Omar menggeleng kepala.

“Saya akan pikat awak sampai awak bercerai dengan dia,” tegas Omar. Rayyan yang mendengar kata-kata Omar terkedu.

Melinda menyambut huluran Omar dengan senyuman manis. Perkara itu menyebabkan keadaan semakin menjadi kecoh. Namun keadaan tiba-tiba menjadi hening apabila Melinda berjalan mendekati seseorang.

“Ambil bunga ini, Ivy.”

Ivy mendongakkan kepalanya memandang Melinda.

“Bunga ini sesuai untuk awak. Jangan bersedih tau!” Melinda mengusap kepala Ivy menyebabkan mata gadis itu mula berkaca. Dia tahu apa masalah yang sedang dialami oleh gadis itu. Ivy memeluk bunga-bunga tersebut sambil menghamburkan tangisan.

Melinda membetulkan posisi berdirinya. Sebuah keluhan dilepaskan.

“Walau apapun terjadi, saya tetap setia kepada seorang sahaja.”

Melinda memandang tajam ke arah Omar.

“Saya masih bergelar isteri dia. Saya takkan terima apa-apa hadiah daripada orang lain selain suami saya.”

Melinda melangkah pergi daripada situ. Semua pekerja terkedu mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut Melinda itu. Rayyan hanya menguncikan bibir walaupun hatinya sedikit terusik dengan kata hikmah Melinda itu.

Omar mengetap giginya kuat. Hatinya terasa bagai disentap dengan hebat. Rasa sakit menusuk lagi ke situ. Tanpa belas kasihan. Sebuah keluhan dilepaskan dengan kasar.

‘Oh, tak apa. Kau tunggu nanti, Melinda. Aku akan buat kau jatuh cinta dekat aku.’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience