BAB 52

Romance Series 30124

ANIQ tersenyum melihat Rayyan yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang Melinda. Dia menyandarkan tubuhnya ke kerusi.

“Apa lagi kau nak tahu tentang Mel?” soal Aniq. Rayyan berfikir sejenak.

“Hrm, macam mana uncle dengan Mel rapat?” soal Rayyan ingin mengetahui lebih lanjut. Aniq tersengih.

“Itu…”

KHAIRA berlari terkedek-kedek mendekati Aniq. Tubuh kecil itu pantas diangkat oleh Aniq. Pipi yang tembam milik Khaira dicium banyak kali.

“Haih, Mirza. Mana kakak aku dengan kembar Ira?” Khaira sibuk bermain-main dengan rambut Aniq. Mirza melangkah mendekati Aniq dan Khaira.

“Ada dekat atas.”

“Ouhhh…”

Khaira menjerit suka apabila merasakan tubuhnya melayang-layang. Mirza menggeleng kepala melihat aksi yang dilakukan oleh adik iparnya itu terhadap anaknya. Kepalanya ditolehkan ke arah tangga.

“Sayang, ini adik awak datang.”

Aniq memandang ke arah Zuhaira yang sedang menuruni tangga bersama si kecil, Melinda yang memeluk kaki kakaknya itu.

“Hai kak! Meh sini Melinda sayang.”

Melinda memeluk kaki Zuhaira. Wajahnya disembamkan kerana takut untuk berhadapan dengan Aniq.

“Hahahaha … Mel nampak takut kau, Niq.”

Aniq mencebik. Khaira diberikan kepada Mirza lalu mendekati Zuhaira dan Melinda.

“Mel sayang. Sini! Dengan uncle, jom!”

Melinda menggeleng kepala. Dia menepis perlahan tangan Aniq yang cuba untuk mencari dirinya. Kaki Zuhaira dipeluk erat.

“Nanak! (Taknak!)”

Zuhaira dan Mirza tergelak mendengar jeritan Melinda apabila Aniq masih mencuba untuk mendapatkan dirinya. Aniq pantas menarik kedua belah tangan Melinda lalu tubuh kecil itu diangkat.

“Mama!”

Melinda cuba untuk turun dari dukungan Aniq tersebut. Aniq tersenyum lalu mencium pipi Melinda.

“Sayang, ini uncle. Bukan monster.”

Melinda mencakar halus wajah Aniq namun lelaki itu sempat mengelak dari terkena cakaran tersebut.

“Lama-lama Mel okeylah tu jumpa uncle dia.”

Aniq tersengih sambil jarinya bermain-main dengan tangan Melinda.

“Aduh!!”

Aniq menggosok-gosok dahinya. Rayyan mengetap gigi. Majalah tadi diletakkan di tempat asal.

“Apa kau ni? Rosak rambut aku.” Aniq membetulkan rambutnya yang terkena pukulan Rayyan tadi.

“Orang nak tahu tentang macam mana rapat bukan first jumpa.”

“Oh yeke? Sorry ye. Tersasar tajuk pulak.”

Rayyan menghela nafasnya. Perangai Aniq lagi menjengkelkan daripada perangai Melinda. Patutlah Melinda gila, rupanya pakciknya yang mengajar gadis itu menjadi gila.

“Kau nak yang mana?” soal Aniq.

“Saya nak macam mana uncle dengan dia boleh rapat dan macam mana dia boleh jadi gila macam uncle,” jawab Rayyan dengan selamba.

“Uish, boleh. Begini ceritanya…”

RAYYAN menggeleng kepalanya mendengar cerita yang diceritakan oleh Aniq itu.

“Tak baik…”

“Apa tak baiknya pula?”

“Mengajar budak bawah umur benda yang tak bagus.” Rayyan menggeleng kepala.

“Woi, bukanlah. Aku bukan ajar dia hack sistem bank atau data kerajaan ke apa.” Aniq memeluk tubuhnya.

“Jadi? Apa sebenarnya natang tu?”

“Hack maksudnya menggodam. Kalau hacker maksudnya penggodam. Yang itu kena faham dulu. Hacker ni biasanya akan terlibat dalam jenayah komputer. Terbahagi kepada beberapa spesies iaitu topi hitam yang berniat jahat atau jenayah, topi putih yang bertauliah dan topi kelabu yang samar-samar indentitinya,” terang Aniq kepada Rayyan. Rayyan mengangguk kepala tanda faham.

“So, Melinda tu spesies hacker apa pulak?”

“Erk … mungkin topi kelabu. Sebab dia tu dah tak menggodam. Lama dah dia tinggalkan dunia penggodam ni,” ujar Aniq.

“Ouhhhh…”

Aniq tersenyum lalu menghirup air teh.

“Jadi uncle topi hitam?”

“Uhuk! Uhuk!”

Aniq menepuk dadanya. Dia terbatuk-batuk apabila mendengar spesies yang dikatakan oleh Rayyan itu.

“Kau dah kenapa? Bila masa aku hitam woi!” marah Aniq. Rayyan menggaru kepalanya.

“Muka uncle tu muka tak suci.”

“Wow, sedap mulut kau. Nasib kau ni laki anak buah aku. Kalau tak, melekat kau dekat dinding tu,” ugut Aniq untuk menakut-nakutkan Rayyan. Namun lelaki itu hanya menjelirkan lidahnya ke arah Aniq seperti tidak takut terhadap ugutan tersebut.

“Apa-apa pun, saya nak berterima kasih,” ucap Rayyan. Aniq mengerutkan dahi.

“For what?”

“Sebab ceritakan serba sedikit tentang Melinda untuk saya mengenali lebih dalam isteri sayang itu.”

Aniq tersenyum memandang Rayyan.

“Sama-sama.”

Terima kasih! Harap bersabar menunggu bab seterusnya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience