BAB 1

Romance Series 30157

CAHAYA terik daripada sang matahari memancar tepat mengenai wajah Melinda. Sesekali tangan gadis itu naik mengelap peluh yang merenek di dahinya lalu melepaskan lelah. Sudah beberapa minit dia berkeliaran di bangunan Syarikat Mestika Sdn Bhd namun pintu masuk syarikat ini masih tidak ditemui.

Melinda merengus geram.

“Hish, apa gunalah syarikat besar tapi pintu masuk tak jumpa-jumpa.” Melinda mengumam sendiri. Anak matanya melingas memandang kawasan sekeliling bangunan sehinggalah korneanya tertancap pada satu susuk tubuh yang sedang berdiri di hadapan sebuah pintu. Langkah ditapak menghampiri lelaki tua tersebut.

“Assalamualaikum pakcik.” Melinda menegur ramah. Lelaki tua itu menoleh ke arah Melinda. Satu senyuman tersungging di hujung bibirnya.

“Boleh saya tanya mana pintu masuk?” Mulutnya laju terus bertanya. Lelaki tua itu mengeluarkan jari telunjuknya lalu menunjukkan ke arah pintu di belakang mereka. Melinda tersenyum.

Kepalanya dianggukkan sebagai tanda terima kasih. Lelaki tua itu sekadar tersenyum. Melinda membuka langkah dan tidak bersoal lebih-lebih lagi. Dia membuat andaian mungkin sahaja lelaki tua itu bisu sebab itulah lelaki tadi tidak mengeluarkan suaranya.

Dengan penuh berkredibiliti dan berkarisma, Melinda menolak masuk pintu kaca tersebut. Angin daripada pendingin hawa terus menerpa kearah dirinya lantas menyejukkan badannya yang sejak tadi panas dek cuaca cerah.

“Fuh, lega…”

Kaunter yang berada di tengah-tengah ruang itu membuatkan bibir Melinda tersenyum. Penantiannya menampaknya akan berakhir.

Baru sahaja dia hendak membuka langkah semula, tubuhnya terus sahaja jatuh menyembah bumi. Melinda mengadu kesakitan.

“Aduhhhhhhhh…” Sebelah tangan mengusap bahagian punggung yang terasa sakit akibat hentakan. Bibirnya mengomel sendiri. Bebola mata naik memandang ke arah si penyebab dia terjatuh tadi.

“Eh, bongoklah! Siapa yang main langgar-langgar aku ni?”

Bingkas Melinda bangun dari posisinya.

“Saya minta maaf, encik. Saya tak sengaja.”

“Minta maaf, minta maaf. Maaf tak diterima. Bye!” Rayyan melangkah pergi bersama dengan kotak yang berbentuk segi empat sama. Dia berdesup hilang dari radar. Melinda mendengus kasar.

“Ceh, aku cabut kepala dia nanti baru dia tahu sana.”

Dia melangkah ke arah admin kaunter.

“Saya Melinda ingin melapor diri,” ujar Melinda lembut. Admin kaunter itu mendongak memandang ke arah Melinda.

“Ohh, Cik Melinda Binti Mirza?”

Kepala Melinda diangguk-angguk.

“Ye, saya.”

“Ouhh, baik. Cik boleh melaporkan diri ke bilik bos ye. Ada di tingkat 50.”

“Tingginya. Memang tingkat 50 ke?” soal Melinda lagi. Kepala admin kaunter itu diangguk beberapa kali.

“Ouhh, baik cik. Saya boleh guna lif mana?”

“Di hujung sana itu.”

“Ouhh, yang di hadapan ini?” Kepala admin kaunter diangguk perlahan. Bibir Melinda mengukir sebuah senyuman.

“Ok, terima kasih.”

Melinda melangkah mendekati lif. Jarinya menekan punat lif. Telefonnya tiba-tiba sahaja berdering menyebabkan dia terkejut. Laju dia mengangkat panggilan dari papanya itu.

“Assalamualaikum papa. Papa, Mel dah ada kat sini. Jangan risau,” jawab Melinda. Serentak itu, pintu lif terbuka dan dia menapak masuk ke dalam lif.

“Waalaikumsalam, Mel. Take care, ok? Jangan stress-stress. Anything just call me,” ujar Mirza di dalam panggilan telefon itu. Melinda tersenyum. Jarinya menekan punat lif tingkat 50.

“Ok, papa. Love you…”

“Love you too, Mel.”

Panggilan dimatikan. Pintu lif terbuka apabila lif sudah sampai ke tingkat 50 bangunan itu. Melinda melangkah keluar lalu mencari bilik bos.

“Err... saya Melinda, pekerja baharu di sini,” sapa Melinda kepada seorang pekerja.

“Boleh saya tahu dimana bilik bos?”

Pekerja itu menunjukkan ke satu bilik di hujung koridor.

“Itu pintu bilik bos, cik.”

Melinda mengangguk kepalanya. Dia mengucapkan terima kasih kepada pekerja itu sebelum melangkah mendekati bilik itu.

Tangannya naik lalu mengetuk perlahan pintu bilik itu.

TOK! TOK!

“Masuk!”

Mendengar suara garau itu, Melinda laju memulas tombol pintu untuk masuk ke dalam bilik itu.

“Saya Melinda ingin melapor diri dan bersedia untuk bekerja pada hari ini, tuan!”

Remy mendongak kepalanya memandang ke arah Melinda.

“Melinda… jemput duduk.”

Melinda mengangguk kepala. Dia menarik kerusi lalu duduk di hadapan Remy. Dia memandang ke arah Remy yang sedang membelek-belek fail peribadi milik Melinda.

“Ya Allah… panas.” Tangan Melinda naik mengipas-gipas wajahnya. Remy mendongakkan kepalanya semula.

“What?”

“Tak ada apa-apa, tuan.”

“Panas?”

Melinda laju menggeleng kepalanya.

“Tak. Lidah saya ini. Sakit…”

Remy memandang ke arah fail peribadi Melinda semula sambil kepalanya diangguk-angguk.

“Ok, alasan yang boleh diterima.”

Melinda tersenyum tawar. Dia menanti jawapan daripada Remy.

“Hmm… okey. Mulai hari ini, awak akan bekerja di sini sebagai PA saya.”

“Baik tuan!” ujar Melinda dengan gembira. Dia bangun dari kerusi lalu menundukkan hormat kepada Remy.

“Terima kasih, tuan.”

“Ye, sama-sama.”

Melinda melangkah keluar dari bilik itu. Remy hanya memerhati Melinda dari belakang. Bibirnya menyorokkan sebuah senyuman.

Melinda menarik kerusi lalu duduk. Fail dan beg tangannya diletakkan di atas meja kerjanya. Sebuah keluhan dilepaskan perlahan sebelum memulakan kerja pada hari pertama dia menjadi pekerja syarikat ini.

MELINDA melangkah keluar dari lif apabila pintu lif terbuka. Langkahnya terhenti apabila melihat sosok tubuh yang berdiri di hadapan kaunter.

“Hah? Baru sampai?” soal Ara kepada Rayyan. Rayyan hanya tersengih. Dia menghulurkan bungkusan makanan kepada Ara.

“Sorry lah awak. Awak tahukan kerja Food Mega macam saya ini. Banyak customer,” ujar Rayyan sambil membetulkan topi berwarna merah yang dipakai di kepalanya.

Melinda terkedu melihat sosok tubuh Rayyan. Dia melangkah mendekati Rayyan.

“Macam pernah nampak…” gumam Melinda sendiri.

Rayyan menoleh ke tepi. Matanya terbuntang melihat Melinda yang sudah rapat dengan tubuhnya.

“Engkau?”

Mata Melinda berkedip-kedip. Dia membetulkan posisi apabila penat mencari jalan untuk melihat wajah Rayyan dengan lebih dekat. Bibirnya mengukir senyuman.

“Kau kerja Food Mega?”

“Ye, kenapa? Ada masalah? Dan … kau buat apa kat sini? Merompak ke?” soal Rayyan hairan melihat kelibat Melinda yang berada di dalam bangunan ini.

“Aku gigit kau baru kau tahu sana.”

Rayyan hanya diam. Rambutnya disebak ke belakang dan dia terlihat sedikit macho di hadapan Melinda.

“Ouhh, good luck menjalankan tugas anda.” Bibir Melinda tidak henti-henti mengukir senyuman kepada Rayyan menyebabkan berkerut kening lelaki itu melihat Melinda.

“Senget minah ni…” ujar Rayyan dengan perlahan namun boleh didengari oleh Melinda.

“Apa kau cakap aku? Senget? Orang bagi semangat kepada kau bukan aku nak menghina kau kerja runner Food Mega pun.”

“Bagi semangat? Kita baru kenal kot. Stranger sangat.”

“Nenek aku cakap…”

“Jangan sesekali menghina pekerjaan seseorang, pekerjaan kita mungkin belum lebih bagus daripada orang yang kita hina itu.” Kata-kata Melinda menyebabkan Rayyan terkedu. Dia sangat-sangat tidak sangka boleh menemui gadis bersikap sebegini.

“Good luck!”

Kening Rayyan terangkat. Dia mengangkat beg kotaknya yang berwarna merah.

“Jangan mudah putus asa. Semoga berjaya mencari rezeki yang halal. Bye!”

Bibir Rayyan tidak mengukir sebarang senyuman pun. Dia hanya membuat muka kerek kepada Melinda.

“Bye, minah senget!!!”

Rayyan berlari keluar dari bangunan itu. Melinda mendengus.

“Hish, mamat gila ni!”

Melinda menyorokkan sebuah senyuman manis. Wajah Rayyan disimpan ketat di dalam ingatannya. Tidak mudah dia untuk melepaskan seorang lelaki yang menyebabkan dia tertarik.

“Ara, awak ada kad budak Food Mega ke tadi?” soal Melinda. Ara mengangguk kepala lalu menghulurkan sebuah kad ke arah Melinda. Melinda menyambut huluran tersebut.

“Terima kasih.”

Kepala Ara diangguk beberapa kali. Melinda melangkah mendekati lif. Dia masuk ke dalam pintu lif apabila pintu lif terbuka. Bibirnya mengukir senyuman.

“Rayyan…”

Comeback Sharifah Wahab bersama Alia Nazeerah yang bertajuk Aku Mahu Dia! Jangan terlepas setiap bab novel ini tau!

Share this novel

Syzwns_Khaled
2021-02-15 20:11:07 

ehh pehal pulak dia yang minta maaf? ᕦᶘ ᵒ㉨ᵒᶅᕤ

Syzwns_Khaled
2021-02-15 20:10:02 

terkojut den. vongok dia kasi HAHAHAHAHA (≧▽≦)

Syzwns_Khaled
2021-02-15 20:07:45 

uishh payah betul tu nak cari pintu


NovelPlus Premium

The best ads free experience