BAB 8

Romance Series 30157

MELINDA melangkah keluar dari bilik air sambil tangannya mengeringkan rambutnya. Matanya memandang ke arah Rayyan yang sudah terlena di atas sofa. Bibirnya mengukir senyuman. Dia laju mendekati Rayyan.

“Hish! Geram aku tengok kau ni.” Tangan Melinda naik menyentuh bibir Rayyan menyebabkan lelaki itu tersedar. Rayyan laju menepis tangan Melinda lalu membetulkan posisinya.

“Apa kau cuba buat, huh?”

Melinda hanya ketawa. Kepalanya digeleng-geleng beberapa kali.

“Kau ingat aku nak buat apa? Tak ada seleralah!” ujar Melinda lalu baring ke atas tilam yang berada di sebelah sofa. Rayyan bangun lalu mengambil bantal. Dia keluar rumah dan baring di tangga depan rumah.

BOOM!!!

Tidak semena-mena bunyi petir sabung-menyabung kedengaran kuat di luar rumah. Bunyinya yang bergema menyebabkan Melinda semakin kecut. Matanya memandang ke arah pintu rumah yang tertutup.

“Rayyan...”

Dia bangun perlahan-lahan lalu cuba mendekati dan membuka pintu rumah.

BOOM!!!

“AHHHHHHHHHHHHH!!!!!!”

Laju tombol pintu rumah dipulas oleh Melinda. Dia berlari keluar lalu berguling-guling ke arah Rayyan. Dia memeluk tubuh Rayyan dari belakang menyebabkan Rayyan terkejut.

“Woi!!”

Tangisan Melinda mula kedengaran. Semakin erat gadis itu memeluk Rayyan.

“Hish! Lepaslah...”

Rayyan sudah tidak selesa dengan situasi tersebut. Melinda menggeleng kepalanya.

“Awak, tolong. Tidurlah kat dalam. Saya takut...”

“Mana boleh. Nanti rumah senget.”

BOOM!!!

Melinda menyembamkan wajahnya ke belakang tubuh Rayyan. Dia semakin takut mendengar bunyi petir yang semakin kuat itu.

“Ish, lepas. Tak elokkk. Kau masuklah. Peluk bantal. Tak dapat apa-apa juga kalau kau peluk aku. Dapat dosa kering je.”

Melinda menggeleng kepalanya.

“Takut...”

Rayyan menghela nafasnya.

“Haduh ... jom!”

Dia bangun diikuti Melinda dari belakang. Melinda masih memeluk erat tubuh Rayyan. Mereka masuk semula ke dalam rumah tanpa menyedari seseorang sedang memerhati mereka berdua.

Melinda berlari ke tilam lalu memeluk erat bantal peluk. Rayyan membaringkan dirinya di atas sofa lalu memejamkan matanya. Melinda cuba untuk menenangkan dirinya. Namun, matanya kembali terbuka akibat bunyi petir yang tiba-tiba menyambar.

“Rayyan!!”

“Hrmmm ... apa?”

Dia membuka kelopak matanya sambil menoleh ke arah Melinda. Melinda merebahkan tubuhnya di atas tilam.

“Jangan kemana-mana tau. Jangan tinggalkan aku. Aku takut...” rintih Melinda bersama dengan riak muka kesian.

“Ye, ye. Aku tak tinggalkan kau. Aku kat sini,” ujar Rayyan lalu memejamkan matanya semula. Melinda mengangguk kepala dengan perlahan-lahan. Dia pun turut terlena apabila asyik memandang ke arah wajah kacak Rayyan yang sudah tertidur.


MELINDA tersedar apabila beberapa titik air hujan menitik ke wajahnya. Matanya yang kuyu digosok-gosok perlahan. Anak mata dibawa naik melihat ke arah zink di atasnya.

Laaaaa ... bocor rupanya. Melinda berdesis sendiri.

Melihatkan Rayyan yang masih nyenyak dibuai mimpi membuatkan Melinda bangun dari tilam tersebut dengan berhati-hati. Perlahan-lahan kakinya melangkah masuk ke dapur untuk mencari baldi. Bibirnya tersenyum melihat sebuah baldi berwarna hitam. Tangannya menarik lembut baldi itu.

“AAAAHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!”

Melinda berlari tidak cukup tanah keluar daripada dapur. Dia mendekati Rayyan lalu duduk di atas tubuh lelaki itu sambil menggigit kuku ketakutan.

Rayyan tersedar. Tubuhnya yang terasa seperti dihempap sesuatu yang berat bergerak-gerak. Perlahan-lahan dia membuka matanya dan terkejut.

“WOI!!!!”

Rayyan bangun dengan cepat dan menolak tubuh Melinda ke tepi. Dia memeluk tubuhnya.

“Tu! Tu!”

Jari Melinda dituding ke arah seekor lipas. Rayyan memandang lipas itu.

“Ouhhh ... Cici.”

Rayyan duduk di atas sofa dengan tenang semula. Melinda terkejut.

“Cici?!” soal Melinda seolah-olah tidak percaya.

“Ye, cici. Nama lipas tu cici.”

“Kau kawan dengan lipas?”

Rayyan mengangguk kepalanya.

“Aku tak pandai bergaul. Introvert. Jadi aku memang suka kawan dengan binatang.”

“Ouhhhhhhhhh ... kalau dengan aku, kau bercakap pula. Tak terkeluar bahasa alien.”

“Dah kau banyak mulut.”

“Aku pula,” gumam Melinda sendiri sambil bibirnya mencebik.

“Aku tak boleh tau dengan orang pendiam. Mesti aku akan banyak cakap.”

“Cakaplah seberapa banyak yang kau nak. Cakap sampai Subuh. Aku tido dulu.” Rayyan baring ke atas sofa. Melinda bangun.

“Kau tinggal dimana selama ni, Rayyan?”

Melinda memandang sekeliling.

“Di sinilah. Rumah.”

“Siapa jaga kau?” soal Melinda. Kepalanya ditoleh ke belakang memandang ke arah Rayyan di atas sofa.

“Aku daripada rumah anak yatim. Lepas 18 tahun, aku terus keluar. Hidup sendiri.”

“Ouhhhhhhhhhh...” Kepala Melinda diangguk beberapa kali tanda faham.

“Rayyan...”

Tanpa meminta izin, Melinda terus duduk sebelah Rayyan yang sedang berbaring.

“Kau nak tak?”

“Nak apa?”

“Kahwin dengan aku.”

“Huh?” Rayyan terkebil-kebil memandang ke arah Melinda.

“Ye, kahwin.”

“Kau demam atau mengigau ke ni?”

“Mana ada! Aku seriuslah, Rayyan. Kau ingat aku main-main ke, huh?”

Rayyan bangun dari posisi berbaring lalu mengangkat sofa mencari sesuatu. Melinda kebingungan.

“Kau cari apa?”

“Nak cari otak kau. Mana tau tertanggal waktu tidur tadi.”

Melinda mencebikkan bibirnya.

“Aku seriuslah!”

Rayyan duduk bersila di atas lantai. Kepala didongakkan memandang ke arah Melinda.

“Kenapa kau nak lamar aku? Tu, boss kau tadi elok aje. Kaya, sasa, kacak. Takkanlah kau taknak dia?”

“Aku tetap taknak dia. Sebab hati aku nak kau!”

Rayyan diam. Dia baring perlahan di atas lantai beralaskan tangannya. Malas dia mahu layan kerenah pelik Melinda.

Wayar putus ke apa minah ni? Rayyan berbicara sendiri dalam hati.

“Rayyan...”

“Apa?”

“Kau terima lamaran aku?”

Rayyan menggeleng kepala.

“Taknak.” bantah Rayyan.

“Kenapa pula? Aku cantik kot.” Melinda memuji dirinya sendiri. Rambutnya sempat digerbang-gerbangkan acah seperti model iklan syampu rambut Rejoice di dalam televisyen.

“Taknak. Sebab aku taknak,” jawab Rayyan dengan selamba lalu memejamkan matanya menyebabkan Melinda semakin geram.

“Ok, tak apa. Aku akan buat kau jatuh cinta, Rayyan. Tunggulah nasib kau.”

Rayyan hanya diam. Dia sudah penat melayan Melinda. Tiba masanya untuk dia merehatkan diri.

TOK! TOK! TOK!

Bunyi ketukan daripada pintu menyentakkan keheningan di antara mereka berdua. Melinda dan Rayyan memandang ke arah pintu rumah. Sebuah keluhan dilepaskan oleh Rayyan.

“Haih, siapalah yang jual produk malam-malam buta ni?”

“Itu produk menghilangkan bodoh kau. Pergilah buka,” sembur Melinda pedas. Rasa geramnya masih bersisa.

“Kaulah pergi buka. Aku malas nak bangunlah.”

Melinda mendengus kasar. Dia perlahan-lahan bangun dan melangkah ke pintu rumah. Tombol pintu dipulas lalu pintu rumah dibuka. Wajah Melinda yang ceria tiba-tiba menjadi pucat.

“Siapa tu?” Rayyan bangun apabila melihat Melinda yang terkaku di hadapan pintu rumah. Dia berjalan mendekati Melinda dan memandang ke arah tetamu yang datang ke rumahnya itu. Rayyan terkedu.

“Maaf encik dan cik. Kami mendapat laporan bahawa ada pasangan yang bukan mahram bersama di dalam rumah ini. Boleh kami masuk?” Seorang lelaki tua berkopiah putih sudah siap sedia terpacak di hadapan rumah usang milik Rayyan. Di belakangnya juga turut terdapat beberapa lagi orang lelaki. Turut mengenakan kopiah dan berbaju melayu.

Melinda sudah menelan liurnya kelat manakala Rayyan di belakang sudah terkaku habis.

Perkara yang sedaya upaya dia elak sudah pun berlaku. Dunia Rayyan seakan-akan berhenti berputar pada paksinya. Pembuluh darah serasa kian menyempit. Sesempit dadanya yang dihenyak dengan perasaan yang berkecamuk.

Lelaki tua tadi serta beberapa orang lelaki di hadapan mereka mula berbisik-bisik sesama sendiri.

Melinda pula menolehkan kepalanya ke belakang. Bibirnya dikemam kerana dihimpit rasa bersalah tatkala melihat wajah Rayyan yang seakan-akan pucat itu.

Kepala dibawa kembali menatap wajah lelaki tua itu semula.

“Maaf pakcik, tapi saya dengan dia…”

“Awak berdua ada apa-apa ikatan? Adik-beradik ataupun suami isteri?” Lelaki tua itu menyoal.

Melinda tergamam sejenak. Lambat-lambat kepalanya digelengkan. Rayyan tunduk menekur lantai kayu rumah.

Terdengar keluhan halus daripada dua ulas bibir lelaki tua tersebut. Kepalanya digelengkan sekali diikuti dengan rakan-rakannya yang lain.

“Kamu berdua. Sila ikut kami ke balai,” tegasnya.

Rayyan dan Melinda terbungkam.

Anda semua adalah yang terbaik!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience