BAB 35

Romance Series 30122

RAYYAN menyandarkan tubuhnya pada dinding. Siku mendarat ke lututnya lalu meraup wajah. Helmi mendekati Rayyan lalu menghulurkan sebuah botol mineral.

“Untuk kau, Rayyan.”

Rayyan mengangkat wajahnya. Bibirnya mengukir senyuman senget untuk dihadiahkan kepada kawan baiknya itu. Tangannya menyambut huluran Helmi itu.

“Terima kasih,” ucap Rayyan sambil senyum menampakkan lesung pipitnya. Helmi mengambil tempat di sebelah Rayyan.

“Patutlah boss sayang gila dekat kau. Rupanya, comel juga kau minum.”

Tersedak Rayyan mendengar kata-kata Helmi itu. Dia juga tidak menafikan benda tersebut. Melinda sangat menyayangi dirinya.

“Tapi, kau pernah tak?”

Kening Rayyan terjungkit.

“Pernah apa?”

“Pernah tak hargai seorang gadis bernama Melinda yang memerlukan dambakan kasih sayang seorang lelaki bernama Rayyan,” ujar Helmi lalu melepaskan tawanya. Rayyan mencebikkan bibirnya.

“Ceh, ayat kau. Kau ingat ini pertandingan ayat sastera ke?”

Helmi menepuk bahu Rayyan. Tawanya sudah dihentikan. Dia fokus memandang anak mata Rayyan.

“Kau sayang Mel tak?”

Rayyan terdiam. Dia pun tidak tahu mahu menjawab apa kepada soalan Helmi itu. Bagaimana hendak melahirkan perasaan cinta dan sayang jika kahwin pun secara terpaksa?

“Kenapa kau diam, Rayyan?”

“Aku…”

“Kau terpaksa kahwin dengan dia sampai kau kunci sepenuhnya hati kau dari terima dia. Begitu?”

Rayyan terkedu. Sememangnya dia tidak pernah menyukai Melinda apatah lagi menyayangi dan mencintai gadis itu.

“Tak apalah, Rayyan. Aku faham. Jangan risau.”

Rayyan memandang ke arah Helmi. Sebuah keluhan dilepaskan.

“Pertama kali aku jumpa dia, aku tak sangka dia akan jadi isteri aku yang sah. Sebab time itu dia sangat senget di mata aku,” luah Rayyan kepada Helmi.

“Start hari itu, dia asyik nak stalker aku. Sampailah kejadian kami kena tangkap di rumah usang aku.”

Helmi mengangguk kepala tanda faham. Dia memegang bahu Rayyan.

“Mungkin semua ini sudah ditakdirkan oleh-Nya. Sekarang kau perlu redha dan lakukan sesuatu.”

“Lakukan apa?” Ternaik kening Rayyan.

“Hargai dia sebelum dia pergi kerana hatinya disakiti atau hatinya sudah jauh dari kau.”
Rayyan memandang Helmi.

“Maksud kau? Kau nak aku terima dia sedayanya?”

Helmi mengangguk kepalanya.

“Ya. Terima kelebihan dan kekurangan dia. Kita semua ini manusia. Para pendosa. Tak ada yang sempurna di dalam dunia ini. Kita hanya bergantung kepada-Nya sahaja.”

Rayyan mengalihkan pandangannya ke arah lain. Dia tidak tahu mahu membuat keputusan yang mana. Adakah dia hanya terus mendiamkan diri tentang hubungan mereka atau patut menerima Melinda?

“Melinda kasar, ganas dan tegas. Tapi hanya kau sahaja boleh lihat sisi lain dia, Rayyan.”

“Walaupun kasar tetapi di dalam hati dia penting, Rayyan. Dia memang suka tolong orang.”

“Kalau kau tak hargai Melinda, aku tak tahu nak cakap apa lagi.”

Helmi bangun dari tempat duduknya. Tangannya dimasukkan di kocek seluarnya. Matanya tidak dilepaskan untuk menatap wajah rakannya itu.

“Fikir-fikirkanlah, Rayyan. Semua ini untuk kebaikan kau dan Melinda.”

Terima kasih!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience