BAB 61

Romance Series 30157

MELINDA mengesat air matanya. Dia tidak tahu bagaimana untuk mengatakan apa yang terbuku di jiwanya sekarang. Kesetiaannya seperti dia sia-siakan oleh kekasih syurganya.

“Apa guna kau menangis, Mel? Tiada guna semua ni,” ujar Melinda dengan sayu. Tisu ditarik lalu dilap ke pipinya. Air mata masih mencurah-curah dan tiada memberikan tanda-tanda untuk berhenti.

“Mel, kau dah kenapa nangis? Kan dia dah sayangkan kau! Tak guna kau menangis tau…”

Melinda mencebikkan bibirnya. Tangannya perlahan-lahan menekup wajahnya. Dia menangis semahu-mahunya akibat kesedihan yang tidak tertahan. Hatinya bagai dihiris-hiris dengan pisau yang mempunyai mata yang tajam. Rasa sakit di jiwanya menyebabkan emosinya kini tidak stabil.

TOK! TOK! TOK!

Melinda pantas mengesat air mata lalu mencapai kaca mata hitam. Wajahnya kini beriak biasa.

“Masuk!”

Daun pintu ditolak. Rayyan dengan senyuman manisnya masuk lalu mendekati sang kekasih.

“Mel…”

Melinda fokus menaip-naip sesuatu pada komputer ribanya walaupun skrin laptop masih belum hidup. Kaca mata hitam masih tidak ditanggalkan untuk menutup matanya.

“Mel, dah lunch. Jomlah sama-sama.”

Melinda menggeleng kepala.

“Tak apa lah. Aku nak siapkan kerja ni dulu.” Rayyan mengerutkan dahinya. Matanya memandang ke skrin laptop.

“Apa kerja kalau laptop tak berpasang.”

Melinda pantas menekan butang on. Bibirnya tersenyum tawar.

“Ouh, lupa tadi.”

Rayyan memandang wajah Melinda.

“Mel, buka kaca mata tu,” arah Rayyan. Kaca mata hitam itu menyebabkan dia tidak dapat melihat anak mata gadis itu.

Melinda menggeleng kepala.

“Mel, buka. Kalau tak, aku yang buka.” Rayyan cuba menarik kaca mata hitam tersebut. Namun Melinda pantas menepis tangan lelaki itu. Dia bangun dari tempat duduknya.

“Tak payahlah! Kau nak makan jangan ajak aku. Aku banyak kerjalah. Ajaklah Helmi tu. Hish!!” Melinda melangkah ke tandas. Dia menutup pintu tandas dengan sekuat hati.

“Payah betul. Bukan main lagi dipermainkan aku.”

Rayyan mendekati pintu tandas. Tangannya perlahan-lahan mengetuk pintu tandas tersebut.

“Mel…”

Melinda menghela nafasnya. Dia hanya mengendahkan panggilan tersebut lalu meneruskan aktivitinya iaitu mencuci tangan.

“Mel, aku ada buat silap dekat kau ke?” soal Rayyan dengan lembut. Melinda memandang tajam ke arah pintu tandas.

Ye! Memang pun banyak buat salah! Buat-buat tak tahulah pula mamat ni.

“Mel, janganlah marah. Aku minta maaf kalau aku ada buat salah dekat kau,” pujuk Rayyan. Melinda melepaskan sebuah keluhan.

“Rayyan…”

“Ye, Mel. Kenapa?” soal Rayyan.

“Aku tak ada mood sekarang. Kalau kau nak pergi lunch, pergilah. Aku tak pernah halang kau pun.”

“Betul kau taknak ikut?”

“Ye!” jawab Melinda sambil meraup wajahnya.

Rayyan mengangguk kepalanya. Dia perlahan melangkah keluar dari pejabat Melinda tersebut.

TANGISANNYA semakin menjadi-jadi akibat tidak dapat melupakan gambar yang baru sahaja yang dilihatnya tadi. Hatinya begitu hancur melihat bukti yang sudah berada di dalam tangannya.

“Kenapa … kenapa Rayyan…”

Melinda meraup wajahnya. Dia menghamburkan tangisan semahu-mahunya. Hati dan jiwanya merasakan sakit yang mendalam. Dia sudah mula merasakan dirinya tertipu dengan keprihatinan lelaki itu.

“Kau tipu aku! Kenapa kau buat aku macam ni? Apa salah aku?!”

Melinda mencapai kunci kereta sambil mengesat air matanya. Kakinya laju melangkah dan menuruni tangga. Beberapa pekerja memanggil namanya beberapa kali namun Melinda hanya mengendahkan. Dia terus keluar dari bangunan Food Mega tersebut sebelum masuk ke dalam kereta.

Melinda menangis semahu-mahunya. Stereng kereta yang tidak bersalah dihentak beberapa kali untuk melepaskan perasaan sakit tersebut.

“Arghhh!!!”

Melinda meraup wajahnya. Dia cuba menenangkan dirinya.

“Kenapa…”

Melinda mengagahkan diri untuk menghidupkan enjin kereta. Kereta dipandu dengan laju tanpa memikirkan apa-apa lagi. Melinda sudah kehilangan pertimbangan dirinya.

RAYYAN melangkah masuk ke dalam bangunan Food Mega. Walaupun Melinda tidak meminta sebarang makanan untuk dibeli, namun dia tetap membelikan sebungkus nasi goreng kepada isterinya.

“Abang Rayyan!”

Ivy pantas berlari mendekati Rayyan apabila kelibat lelaki itu sudah mula kelihatan di dalam bangunan tersebut.

“Hah, kenapa? Helmi mana?”

Nafas Ivy tercungap-cungap.

“Abang Rayyan, kenapa dengan boss tadi?” soal Ivy selepas nafasnya mula stabil. Rayyan mengerutkan dahinya.

“Kenapa dengan Mel?”

“Tadi saya panggil dia. Dia tak pandang pun. Tapi saya perasan dia macam nangis,” cerita Ivy kepada Rayyan. Rayyan terus memberi sebungkus nasi goreng kepada Ivy.

“Ivy makan sampai habis ye.”

Ivy kebingungan hanya mampu mengangguk kepala. Rayyan berlari keluar sambil tangannya mendail sebuah nombor di telefon pintarnya.

“Uncle, Mel! Dia lari!”

Terima kasih!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience