BAB 22

Romance Series 30122

OMAR melangkah masuk ke dalam bangunan Food Mega. Matanya meliau mencari kelibat Melinda. Badannya yang terasa masih lagi sakit gara-gara pertelingkahan bersama Melinda langsung tidak dihiraukan. Matanya bekerja keras.

“Melinda Binti Mirza Zhafran!”

Rayyan mengangkat wajah memandang Omar yang berada betul-betul di tengah tingkat bawah bangunan Food Mega. Sebuah keluhan dilepaskan sebelum tangannya naik menyentuh pipinya yang masih berbalut.

“Melinda Binti Mirza Zhafran! Kau keluar!!”

Melinda melangkah keluar daripada pejabatnya. Matanya memandang tajam ke arah kelibat Omar yang berada di tingkat bawah. Sebuah dengusan dilepaskan kasar.

“Kau nak apa, bodoh?” soal Melinda dengan kasar. Omar tersenyum senget.

“Tak serik-serik ke? Tak faham bahasa dah? Masuklah taska balik,” sindir Melinda. Omar mengetap giginya.

“Aku cintakan kau, Melinda!”

Melinda terdiam mendengar luahan hati Omar itu.

“Tapi kenapa kau tak balas cinta aku? Sejak dulu aku cuba rapat dengan kau. Aku lebih kenal kau daripada suami kau yang miskin tu!”

“Diam!”

Penumbuk Melinda dikepal kuat. Hatinya begitu sakit apabila mendengar hinaan yang dilemparkan oleh Omar kepada suaminya, Rayyan.

“Melinda, please.”

Melinda menghela nafasnya. Para pekerjanya mula menghentikan seketika kerja mereka untuk menyaksikan drama yang dipaparkan di hadapan mereka. Melinda laju menuruni tangga lalu mendekati Omar.

“Apa kau nak?!”

Omar tersenyum. Dia menarik tangan Melinda.

“Apa ni?!”

Rayyan bangun melihat Omar yang menyentuh Melinda. Namun, dia cuba untuk menenangkan diri supaya rahsia yang selama ini mereka simpan tidak terbongkar.

“Mel, aku cintakan kau.”

Melinda semakin rimas dengan luahan hati Omar itu.

“Mel…”

“Eeeeiii! Apa ni?!” Tangan Melinda spontan naik ke udara.

PANG!!!

Melinda terkedu apabila tangannya berjaya memberikan sebuah tamparan hebat menyebabkan kepala Omar terteleng ke kiri. Para pekerja Food Mega terkejut melihat kejadian tersebut.

Omar menyentuh pipinya. Bibirnya tersenyum sinis.

“Dah dua minggu aku tak rasa tangan kau hinggap ke pipi aku sebab lelaki miskin tu.”

Sinis! Melinda mengetap giginya. Hatinya semakin sakit apabila Omar menghina Rayyan sekali lagi.

“Jangan hina suami aku.”

Omar tergelak.

“What? Suami kau patut kena hina, Melinda.”

Rayyan terpaku mendengar kata-kata Omar itu.

“Aku kenal kau, Mel. Kau takkan pernah rapat dengan sesiapa yang kau tak berminat. Lagi-lagi bukan yang sama darjat dengan kau.”

“Dia itu miskin, Mel. Tak sedarjat dengan kau pun langsung.”

“Jadi apa kaitannya dengan darjat?” Melinda menjeling tajam ke arah Omar.

“Dia miskin. Macam mana nak tanggung kau? Lagipun aku tengok, kau pula yang jadi majikan dia. Kau pula yang tanggung dia. Lelaki pengecut. Lemah!”

Melinda terdiam.

“Kau patut cari lelaki yang kaya. Yang boleh tanggung kau. Bukan yang minta ditanggung pula macam suami kau tu. Lelaki da…”

“Lelaki apa?” soal Melinda selepas beberapa minit mendiamkan diri. Penumbuknya digenggam kuat.

“Dayus.”

Omar terduduk ke belakang apabila menerima tumbukan daripada Melinda. Melinda mara ke hadapan lalu mencengkam kolar baju Omar.

“Apa kau cakap? Kau cakap suami aku dayus?!”

“Ye, memang patut dia kena kata dayus!” jawab Omar dengan berani tanpa menyedari sebuah gunung berapi akan meletus di hadapannya. Cengkaman Melinda di kolar bajunya semakin kuat seperti gadis itu ingin mengoyakkan bajunya.

“Bodoh!!”

Melinda menolak Omar dengan kasar.

“Kau boleh hina aku, Omar.”

Sebuah tumbukan dilepaskan sekali lagi. Ivy pantas berlari mendekati majikannya.

“Tapi kalau suami aku, jangan harap kau boleh hina!!”

Suara Melinda bergema ke pelusuk bangunan itu. Ivy menelan air liurnya. Niatnya untuk menghentikan tindakan majikannya terhenti seketika.

“Langkah mayat aku dulu kalau kau nak hina suami aku.”

Ivy menarik perlahan-lahan tangan Melinda. Sebelah tangannya mengusap-usap bahu Melinda.

“Boss, sabar. Bawa bertenang.”

Melinda menarik sebuah nafas. Nampaknya, sisi kasarnya sudah terbongkar di hadapan pekerjanya sendiri.

“Omar…”

Omar memandang tajam ke arah Melinda.

“Kau pergi sebelum polis datang untuk tangkap kau.”

Omar bangun daripada lantai.

“Kau ingat, Mel. Kau takkan bahagia dengan suami kau. Aku akan datang semula untuk rosakan rumah tangga kau!”

Omar melangkah keluar dari bangunan Food Mega tersebut. Melinda menarik nafasnya. Tangannya meraup wajahnya.

“Teruskan kerja kamu. Lupakan apa korang nampak. Kalau tak, aku akan bakar korang satu-satu. Faham?” Melinda memandang tajam ke arah para pekerjanya yang menyaksikan kejadian tadi.

“Faham, boss!”

Melinda melangkah lalu pantas menaiki tangga. Rayyan hanya memandang ke arah kelibat isterinya yang semakin lama semakin hilang daripada pandangan matanya. Sebuah keluhan dilepaskan olehnya dengan perlahan.

Maaf kepada semua pembaca yang menanti. Ifah baru dpt buka np sbb kerja online bertimbun banyak. Ifah akan update pada masa yang sesuai. Terima kasih kerana sudi menunggu. Ahaks!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience