BAB 30

Romance Series 30124

KOTAK dibawa ke stor dengan segera. Daun pintu ditolak kasar oleh Rayyan. Lampu dihidupkan menyebabkan sebuah jeritan ganjil mula kedengaran.

“Makk!!”

Kotak yang berada di tangan Rayyan terjatuh. Dia lalu membongkokkan tubuhnya dan mengambil barang-barang yang terkeluar dari dalam kotak.

“Sorry, sorry. Saya tak sengaja jerit. Saya tak tahu pun bilik ni ada lampu.”

Rayyan mengangkat wajahnya. Matanya bertemu dengan anak mata Bella. Senyuman manis terukir di bibir Bella.

“Takpe. Saya pun tak patut buat macam tu,” ujar Rayyan. Bella hanya mengangguk kepala sambil matanya memandang ke arah wajah kacak Rayyan.

“Patutlah Melinda sayang sangat dekat awak. Rupanya awak hensem, Rayyan.” Kata-kata Bella menyebabkan Rayyan terkejut. Dia memandang tajam ke arah Bella.

“Apa yang awak cakap ni, Bella?”

“Awak suami Melindakan?”

Rayyan terkedu. Macam mana pula budak baru kerja di sini boleh tahu hubungannya dengan Melinda? Tak mungkin Melinda sibuk untuk memberitahu gadis di hadapannya itu.

“Macam mana kau tahu?”

“Jangan risau, Rayyan. Saya ini bukan jahat mulut nak bagitahu semua tentang awak dan Melinda.”

Rayyan cepat menyusun barang-barang di dalam kotak. Dia mula merasakan sesuatu yang buruk bakal terjadi. Lagi bagus dia cepat berambus sebelum malang menimpa dirinya.

“Awak kenapa, Rayyan? Awak okey?” soal Bella. Dia perlahan-lahan mendekati lelaki itu. Tangan kiri Rayyan diusap lembut menyebabkan lelaki itu terkejut. Rayyan menepis tangan Bella.

“Apa kau cuba nak buat, huh? Kau rancang apa selama ni?”

Tangan Bella dengan berani naik menyentuh kedua pipi Rayyan. Bibir Bella mula mengukir sebuah senyuman ganjil.

“Sayang tak buat apa pun. Kita dua sahaja ada di dalam stor ini sekarang. Hanya kita dua.”

Rayyan menolak kedua belah tangan Bella sebelum sebuah dengusan kasar dilepaskan. Matanya memandang tajam wajah Bella yang tidak bersalah.

“Awak!”

Bella memeluk tubuh Rayyan menyebabkan lelaki itu semakin marah. Rayyan cuba untuk menolak sebaliknya dia dan Bella mula terduduk di atas lantai. Usaha menolak Bella masih berjalan.

“Apa kau buat ni, betina?” Dengan kasar, Rayyan merentap lengan Bella menyebabkan Bella terjerit kuat. Rayyan mengetap gigi. Dia sangat berharap suara Bella tidak didengari oleh orang yang melalui kawasan itu.

“Alah, awak sukakan kalau kita buat benda itu.” Jari Bella menyentuh bibir Rayyan. Sebelah tangannya pula naik ke bidang dada Rayyan.

“Kau dah gila ke? Jangan buat kerja gila lah!”

Bella sengaja mendekatkan wajahnya ke wajah Rayyan. Bibirnya tersenyum sinis.

“Kalau lelaki, takkanlah tak bernafsu.” Mata Bella turun memandang bibir Rayyan. Dia tersenyum nakal.

“Bella, stop!”

“No.”

“Aku kata berhenti.”

Daun pintu terbuka. Bella laju menolak Rayyan dan memeluk tubuhnya sambil menghamburkan tangisan. Rayyan terkebil-kebil dengan tindakan Bella itu.

“Dia nak rogol saya … dia nak rogol saya…”

Rayyan terkejut mendengar kata-kata palsu yang keluar dari mulut Bella. Dia mengetap gigi.

“Apa korang buat ni?”

Rayyan pantas menoleh ke muka hadapan pintu. Dia terkedu melihat wajah Melinda. Bella pula sengaja menguatkan tangisannya.

“Melinda … jangan salah faham. Kitorang tak buat apa-apa pun.”

Melinda diam. Dia memandang ke arah Bella yang semakin kuat menangis. Dia melangkah perlahan mendekati gadis itu.

“Bella…”

Bella mengangkat wajahnya. Dia bingkas bangun lalu memeluk tubuh Melinda. Melinda hanya terdiam.

“Rayyan … dia cuba nak…”

“Shuu … jangan nangis. It’s okay.”

Melinda masih tenang. Dia tidak terus memarahi Rayyan atau mahu mempertahankan Bella. Buat apa mahu kecoh? Kalau dah tahu apa sebenarnya dah berlaku. Dia hanya membiarkan Bella menangis di bahunya sambil memandang ke arah Rayyan.

Terima kasih!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience