BAB 31

Romance Series 30122

MELINDA masih tenang walaupun Bella masih menangis teresak-esak. Rayyan pula mendiamkan diri. Dia geram melihat Bella yang berpura-pura menangis untuk meminta simpati Melinda namun lain pula kepada Melinda. Gadis itu masih terlihat tenang walaupun Rayyan difitnah cuba memperkosa Bella. Kebiasaannya, seorang gadis akan mengamuk apabila benda ini terjadi. Namun untuk Melinda semuanya menjadi pelik bin ajaib.

“Apasal kau tengok aku macam nak makan aku?” soal Melinda memeluk tubuhnya. Rayyan pantas mengalihkan pandangan ke arah lain. Haih kau ni, Rayyan. Boleh pulak terkantoi pandang Melinda. Eh? Tapi bukan ada masalah pun. Isteri kau juga, Rayyan.

Sebuah motosikal masuk ke perkarangan bangunan Food Mega. Seorang lelaki berbadan sasa turun dari motosikal lalu menuju ke arah mereka berdua. Melinda pantas mencapai fail yang sempat dibawanya dan melangkah ke arah lelaki itu.

“Mana lelaki yang cuba rogol adik aku, huh?!”

Fail ditekankan ke dada lelaki itu menyebabkan pergerakan lelaki itu terhenti untuk mendekati Rayyan. Senyuman tersinggung di bibir Melinda.

“Awak Ilham? Abang Bella?” soal Melinda. Bella bangun dari tempat duduknya lalu mendekati Melinda dan Ilham.

“Bella…”

Tangan Bella ditarik lembut dan dibawa ke belakang Ilham. Ilham memandang tajam ke arah Melinda.

“Itu ke lelaki yang cuba rogol adik aku?” soal Ilham sambil memandang Rayyan yang terdiam. Melinda tersenyum.

“Encik Ilham. Boleh encik tenangkan diri? Jangan buat tindakan secara melulu. Takut akan makan diri encik sendiri.”

“Macam mana aku nak tenang? Adik aku nak kena rogol kot?!”

“Ye, ye. Memang perkara ini agak besar. Tapi kita tak tahu pun apa yang terjadi. Kita jangan percaya bulat-bulat apa yang keluar dari mulut manusia. Kadangkala, kata-kata itu hanya dusta untuk mempertahankan kesalahan diri sendiri,” ujar Melinda dengan tenang. Ilham mendengus kasar.

“Jadi, kau nak bela lah jantan tak guna tu?” soal Ilham sambil menuding tangannya ke arah Rayyan. Melinda menarik nafas dalam.

“Saya tak berpihak kepada mana-mana pihak. Kita perlu siasat dulu. Apa yang berlaku? Kita tak tahu siapa yang salah. Antara Rayyan yang kononnya bernafsu tinggi ataupun adik awak yang gatal.”

“Kau jangan nak hina adik aku.” Ilham mencengkam kolar baju Melinda menyebabkan gadis itu terangkat sedikit. Rayyan terkejut melihat aksi berani Ilham.

“Woi! Kau tak boleh berlembut dengan perempuan ke?” Setelah sekian lama mendiamkan diri, Rayyan mula bersuara. Tindakan Ilham sangat kasar terhadap isterinya.

Tangan Melinda diangkat ke atas menyebabkan langkah Rayyan terhenti. Melinda selamba menutup mulutnya yang menguap besar. Fail digenggam erat sebelum memukul kepala Ilham.

BUKK!!!

Ilham segera melepaskan cengkamannya di kolar baju Melinda. Melinda membetulkan posisi bajunya lalu menoleh kearah Ilham.

“Aku bagus-bagus buat cara baik. Jangan sampai kasut tumit aku ni buat kau mati pucuk.” Wajah dingin mula dipaparkan kepada Ilham. Kesabarannya sudah hilang dicampak entah kemana.

“Abang…”

Bella risau dengan keadaan Ilham. Ugutan Melinda sangat menyebabkan dia kecut perut. Patutlah semua pekerja sangat hormat kepada Melinda. Tiada siapa pun mahu melawan arahan Melinda kerana takut menerima padah sahaja.

“Argh … kau memang kuat perempuan. Patutlah Food Mega hebat macam sekarang.”

Ilham berdiri dengan tegak memandang ke arah Melinda. Dia cukup kagum dengan gadis yang berada di hadapannya itu. Tidak pernah lagi dia menjumpai seorang wanita yang berani melawannya.

“Kita selesaikan semua ini esok. Jangan risau. Maruah adik kau tak pun tergadai. Bukan Rayyan teringin sangat nak rogol dia.”

Melinda menarik tangan Rayyan tanpa menoleh ke arah Ilham dan Bella. Biarlah mereka mahu berkata apa-apa, asalkan jangan lagi mencuba untuk mencari nahas ataupun mengusik kesabarannya.

Mereka masuk ke perut kereta. Melinda menghidupkan enjin kereta. Wajahnya diraup kasar.

“Maaf, Mel. Aku menyusahkan kau…”

“Jangan risau. Aku tahu siapa yang salah dalam hal ni. Aku akan cuba pertahankan kau walau apa pun terjadi.”

Melinda memandu kereta itu keluar dari perkarangan bangunan Food Mega. Dia hanya diam dan fokus terhadap pemanduannya. Rayyan tidak melepaskan pandangannya ke arah Melinda sehinggalah mereka sampai ke rumah.

Terima kasih!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience