BAB 43

Romance Series 30122

MELINDA dan Rayyan melangkah masuk ke dalam bangunan Food Mega. Mata Rayyan terpandang susuk tubuh Kamilah yang khusyuk membuat kerja. Bibirnya mengukir senyuman kerana suka melihat gaya Kamilah yang membuatkan matanya sejuk memandang.

“Kau dah kenapa senyum macam orang gila?”

Rayyan menoleh ke arah Melinda. Senyuman di bibirnya terus mati.

“Takde apa-apa.”

Melinda menaiki tangga lalu membiarkan Rayyan. Rayyan pantas mendekati Kamilah.

“Hai, Milah!”

Kamilah senyum.

“Hai, Encik Rayyan,” sahut Kamilah dengan riang. Rayyan melepaskan tawanya.

“Eh, tak payah panggil encik. Panggil Rayyan je.”

“Oh, yeke? Tapi saya kena hormat Encik Rayyan. Encik Rayyankan pekerja lama kat sini.”

Rayyan menggeleng kepalanya.

“Taklah. Kita semua di sini sama sahaja, Milah. Lama atau baru ke? Sama sahaja,” ujar Rayyan untuk menyedapkan hati gadis yang berada di hadapannya itu. Kamilah tersenyum mengangguk kepala.

“Baik!”

Melinda memandang ke arah Rayyan dan Kamilah dengan anak mata helangnya. Sebuah perasaan mula merasuki dadanya. Dia sangat cemburu dengan layanan baik Rayyan kepada Kamilah itu.

“Opocot makcik kau terbang!”

Rayyan melatah apabila Melinda menutup pintu pejabatnya dengan kuat. Bahu Kamilah pula ternaik akibat terkejut.

“Fuh, ingatkan apa tadi.”

Kamilah ketawa. Mereka menyambung semua perbualan mereka yang terhenti kerana hentakan kuat yang dilakukan oleh Melinda ke atas pintu pejabatnya sendiri.

PEN biru dimain oleh jari Melinda. Sebuah keluhan dilepaskan. Perasaan cemburu yang menguasai dirinya cuba diusir jauh tetapi semua tidak berhasil. Perlahan-lahan tangannya meraup wajah.

“Sabar, Mel. Sabar…”

Melinda mencapai iPhone nya lalu mendail sebuah nombor. iPhone ditekapkan ke telinga kirinya sambil menunggu panggilannya dijawab oleh si penerima.

“Hello, assalamualaikum Mel. Kenapa ni?” soal Remy di hujung talian. Melinda menghela nafasnya.

“Waalaikumsalam, abang. Ni, Mel tengah stress.”

“Stress? Kenapa pula? Mel okey tak ni?”

Melinda mengangguk kepala.

“Mel okey. Abang! Nak tanya sikit boleh?”

“Ha, apa dia tu?” soal Remy. Melinda menarik fail Kamilah.

“Jawatan PA Mel dulu, dah ada orang ke?”

“Takde lagi. Kenapa? Mel nak isi semula?”

Melinda ketawa.

“Taklah. Ni ada pekerja Mel. Keluarga dia susah betul. Mel rasa dia tak layak kerja sini. Dia layak kerja syarikat macam syarikat abang,” ujar Melinda. Remy hanya melepaskan tawanya.

“Oh yeke? Mel ada tak fail peribadi dia dalam laptop?”

“Ada. Baru je masukkan tadi.”

“E-mel dekat abang. Nanti abang periksa. Terima kasig sebab tolong carikan abang PA baru untuk abang. Susah betul kalau tak ada PA ni.”

Melinda mengangguk kepala.

“You welcome abang. Nanti Mel send e-mel dekat abang. Okey, itu je Mel nak bagitau. Bye!”

“Bye!”

Melinda tersenyum. Dia sudah nekad untuk memecat seorang pekerja yang baru sahaja masuk ke dalam syarikat ini iaitu Kamilah.

Terima kasih! Semoga bersabar menunggu bab seterusnya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience